Breaking News

Full edit blog umaira

Kali ni akak umaira pula menempah untuk template blog beliau,blog ni menjual produk shaklee,jadi
temanya mestilah hijau dan ceria,seperti shaklee

edit blog,free header,design blog

Tema:Ceria dan nature
Simple design



Read more ...

Cara menghilangkan whitehead di wajah



Tahu apa itu whitehead?atau dalam bahasa melayunya bintik putih.bintik putih ni terjadi disebabkan sebum atau minyak dirembeskan dari kulit muka kita.

Whitehad juga dikenali  sebagai comedones dalam bahasa inggeris .

Ha baca yang ni pula 
      When they get oxidized due to pollution, they become black and are called black heads.If air is unable to reach the hair follicle, no oxidation takes place, and they continue to remain white bumps. Whiteheads may be deep seated; spoiling the texture of the skin and making it lose its luster.
petua ,whitehad,bintik putih

Eeur ngerinya,malangnya saya juga menghadapi masalah whitehead ni,jadi macam mana nak atasinya?

Petua lama
1.Gunakan limau nipis /kasturi kemudian sapu di wajah,jangan sapu terlalu kuat.
2.Gunakan putih telur sebagai masker ,sapukan di wajah dan lekatkan tisu .biar sehingga kering,anda akan melihat hasilnnya,caranya sangat efektif.Selain itu ia dapat mengurangkan minyak di wajah,melicinkan muka,megurangkan parut.

Whitehead ni selalu muncul di kawasan hidung dan pipi jadi lebihkan pada kawasan tersebut dan masker putih telur ni berupaya menarik keluar segala whitehead serta bulu halus di wajah tapi tak perlu dilakukan setiap hari,

Walaupun muka korang bersih bila tengok kat cermin pada dalamnya korang takkan nampak sebab whitehead terlalu halus untuk dilihat terutamanya di kawasan hidung.

Ok jangan lupa cuba

Read more ...

Full edit blog Nilam

Hai semua,fuhh,lamanya tak update blog,berhabuk dah ni,masih ada juga yang sudi melawat dan meninggalkan komen di blog ni,terima kasih ya.

Design kali ni agak mencabar sikit,sebab hiasannya agak over gitu,hehe,Tempahan dari nilam Himawari,siapa tak kenal blogger ni?agak famous amos orangnya,karya novelnya pernah disiarkan di beberapa majalah..
Famous tak dia?


comel,cantik,lukisan,murah
 Sama tak?hehe
tempahan illustrasi,comel,cantik,lukisan
Gambaran penuh illustrasi RM15 potongan harga jika ditempah bersama template blog


tempahan edit blog,design blog,


Template blog

Jemput follow blogger famous ni adindaevangelistanil.blogspot.com

Untuk tempahan boleh pm saya di  fanpage blogMaz




Read more ...

Petua wajah comel macam Kak Ton

Tajuk bukan main lagi kan,hehe

Okay berbalik tajuk di atas,petua wajah comel macam kak ton,comey tak kak ton?mestilah comel kan.

Jom ketahui rahsia kak ton ni,kak ton merupakan pengasas produk Beauty Umaira,walaupun usianya sudah lanjut tapi wajahnya kelihatan berseri,kulitnya putih mulus je..

Apa rahsianya?
Ini adalah petua dari kak ton sendiri ,saya mengambil petua ini dari rancangan tv1 .

Bangun pagi -pagi tu sediakan air suam kemudian letakkan limau kasturi kedalam cawan,dan minum bersama air kosong.


Limau kasturi ni banyak sangat kebaikan pada tubuh badan,ia penting untuk membuang toksin dalam tubuh badan selain memastikan kulit sentiasa cantik dan comel macam kak ton ,huhu.

Limau nipis juga dapat menghilangkan jerawat,dan blackhead pada muka.

Ok itu saja


Read more ...

Design blog Mamact

Dah lama tak update blog ni kan,pageview pun menurun juga,maklumlah sibuk pula banyak sangat tempahan.

Tempahan kali ni agak  mencabar sikit sebab akak ni tempah illustrasi family ,jadi saya pun menerima cabaran dari akak untuk melukis illustrasi dari anaknya yang comel sampailah ke ayahnya.huhu.memang mencabar terutama bila tang nak lukis ayahnya tu,


Hasil illustrasi
Comel kan gegirl tu hehe

Keseluruhannya

Jom follow akak ni hidupharmoni.blogspot.com

Theme:Ceria dan comel
RM55




Read more ...

Memaafkan

Sejahat mana pun seseorang itu pada kita,
Biarpun bertahun  lama memendam rasa di hati,
Seperit mana pun ,dan sedalam lautan sekalipun luka di hati kita,
Berilah kemaafan padanya,
kerana itu akan membuat hati kita lebih tenang.


Ingatlah,
setiap manusia pernah melakukan kesalahan dan setiap manusia ada kekurangannya.
walaupun sukar untuk memaafkan seseorang tapi cuba lupakan buat seketika semua perbuatan mereka.
P/s"Renung-renungkan dan selamat beramal



Read more ...

Tempahan sticker

Stiker ni baru pertama kali buat,ada juga yang berminat  tempah stiker untuk kedai kek beliau,terima kasih sangat kak linda,

Walaupun baru pertama kali aktif melukis illustrasi ni,ada juga yang sudi menempah,sekurang-kurangnya dapat juga mengasah bakat melukis,rasa bersemangat bila ramai yang tempah illustrasi ni.

Tetapi untuk bahagian printing,akak linda yang print sendiri,

jual kek,jual stiker,tempah stiker
Satu illustrasi berharga RM18(Tak termasuk bahagian print)

Hasilnya
Kamera tab yang tak berapa cantik,jadi maaf gambar tak jelas.

Untuk tempahan boleh emelkan saya di damisya.maya@yahoo.com atau boleh pm di fanpage blog cik maz,di belah kanan blog



Read more ...

Design blog niraboutique

Salam sejahtera semua,uish berhabuk sudah blog ni kan,hehe,dah lama tak update. sibuk katakan,tukang komen pun nampaknya semua dah lari,apa nak buat,terima je la.

Bila cuti sekolah ni banyak sikit tempahan,dan kali ni ada juga yang berminat menempah illustrasi walaupun illustrasi saya tidaklah secantik dan secomel mana,hehe,

Jom usha blog ni,tempahan dari kak nira,terima kasih kepada kak athirah diyana sudi mempromote saya kepada beliau

footer 

header
 TEMA:BUNGA
Warna:Pink ,purple

Jemput follow http://niraboutique90.blogspot.com/

Read more ...

Tutorial photoshop

Salam sejahtera semua,fuhh sudah lama blog ni tak berupdate,nak update guna bloggerdroid malas pula .

Ramai yang bertanyakan saya tentang tutorial photoshop dan maaf ya,saya bukanlah PAKAR PHOTOSHOP jadi kalau soalan yang susah tu saya tak dapat jawab sebab saya guna cara tersendiri bila guna photoshop ni.kalau nak mengajar tu memang tak pandai.

Disebabkan itu,saya mencari website tutorial photoshop untuk korang semua belajar

Read more ...

Tempahan illustrasi dibuka

Hello semua,kali ni mencuba peluang pula untuk menjual illustrasi,walaupun masih merangkak lagi bila guna photoshop tapi boleh dikatakan ada sedikit kemajuan,ini disebabkan gara-gara semalam tu ,dalam hati rasa macam nak melukis,tapi tak tahu nak lukis apa jadi terciptalah illustrasi ini,

murah,illustrasi,doodle
Agak kurang kemas sedikit ,Illustrasi ini adalah hadiah buat kak nurdani younique kerana telah banyak membantu saya.

Tempahan illustrasi untuk pertama kalinya hanya RM18 SAHAJA ,Sesiapa yang nak tempah cepat-cepat pm atau hantar emel di damisya.maya@yahoo.com atau fb saya

Read more ...

Full edit blog Shafiqah Azlin

Selamat pagi semua,dah lama juga tak update hanya untuk melaksanakan tugas menyiapkan tempahan,huh bila cuti sekolah macam ni berduyun tmpahan datang,nampaknya mood untuk  bercuti dari mengambil tempahan tak dapat dilaksanakan lagi

Rezeki katakan,walaupun design saya tak ada la secantik mana tapi ada juga yang sudi tempah,terima kasih semua.

tempahan,blog cantik
Tema:Santai dan comel
Warna:Pink,blue,white,(mix n match)
RM30

Header di atas menerangkan tentang ciri-ciri peribadi tuan punya blog,

design blog,full template
Bahagian footer yang ringkas

 Adik ni newbie lagi ,jadi entri pun tak ada lagi jom kenal-kenal sambil                    follow misztalynncikebum.blogspot.com
Read more ...

Tempahan timeline facebook

Timeline ini ditempah oleh kak shuaili berserta template blog beliau.Sudah lama siap sebenarnya cuma hari ni baru berkesempatan nak publish di blog,ini pun guna tablet saja.jadi maaf ya gambarnya agak kecik sikit.



Untuk illustrasi tersebut harga mengikut design.Harga RM5-RM15 mengikut design

Boleh juga dibayar melalui topup atau bank in,

Dan untuk pengetahuan semua,tempahan sudah dibuka jadi cepat-cepat pm saya kalau nak tempah,hoho.

Ok itu saja bye2 semua,maaf tak dapat blogwalking
Read more ...

Full edit blog Ain Zuhairi

Tempahan dari ain zuhairi,
Design yang agak ringkas dan comel gitu,hehe
                                           
                                                   Tema:Pink and purple
                                               
                                        Jom follow ainpunyeceritalah.blogspot.com



Segala tempahan telah ditutup.

Read more ...

Pelakon mirip Nia Ramadhani


Sekilas pandang,artis cantik bernama Amyra Rosli ni mirip seperti pelakon indonesia,Nia Ramadhani yang popular menerusi cerita Bawang merah,Bawang putih.

Saya mengenali pelakon baru ini melalui cerita Kampungku aidiladha,yang membawakan watak Maya,orangnya memang cantik.

Jom kita lihat persamaan wajah Amyra Rosli dan Nia Ramadhani


Amyra Rosli



Nia Ramadhani
Read more ...

Tips sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan

Walaupun rasanya sudah terlambat untuk publish entri ni,tapi saya rasa ia bermanfaat buat sesiapa jua yang akan menghadapi peperiksaan ada tahun ini,hari-hari yang mendatang.

Peperiksaan inilah yang ditakuti oleh semua pelajar,kerana peperiksaan ini akan menguji tahap mana korang faham semasa korang belajar tu,

Jadi saya berikan tips yang mungkin agak berbeza sikit dari yang lain.

Yang pertama
1.Lupakan atau putuskan hubungan dengan bf/gf
Ha...ini masalah utama pelajar,sesiapa yang ada bf/gf terutamanya budak remaja yang masih bersekolah tu lupakan dulu kisah percintaan agung korang tu ,tumpukan pada pelajaran dulu,sebab hubungan couple tu akan menjejaskan prestasi dan semangat untuk belajar.Bayangkan sewaktu korang sedang menghadapi exam.tertiba-tiba gf/bf tu minta putus,haa jawab la exam sambil menangis...hoho,,banjir pula nanti..

2.Pastikan diri serta keluarga sihat
Tekanan juga menyebabkan kita stress semasa peperiksaan jadi kalau rasa tak sihat tu,cepat-cepat makan ubat.Keluarga pun kena jaga kesihatan.terutamanya ibu dan ayah.sebab ini akan mempengaruhi /menganggu peperiksaan anak-anak nanti.Perkara ni saya pernah hadapi,sampaikan untuk jawab peperiksaan pun tak fokus.

3.Belajar secara bijak
Belajar secara bijak ni sebenarnya bukan membaca semua buku yang ada,belajar secara bijak ni bermaksud membaca nota-nota penting saja,supaya otak tu tak rasa tertekan dan tak berserabut.Nota ni maksudnya ringkasan sebaiknya ditulis dari awal lagi sewaktu form 4 ,atau form 1.

4.Sediakan peralatan peperiksaan
Ini kita dah tahu kan,jadi tak perlu duk pinjam sana sini,sampaikan kerusi meja pun nak pinjam.

5.Bersarapan pagi
Tidak perlu mengambil makanan yang berat cth daging kerana ia akan menyebabkan kita mengantuk sewaktu peperiksaan sedang berjalan.

6.Tidur awal
Tidur pada waktu yang tetap supaya badan lebih segar dan tidak mengantuk pada keesokan hari.


Itu saja tips dari saya,semoga bermanfaat,tips yang lain tu semua kita dah tahu kan
Read more ...

Full edit blog Syera

Ingat lagi tak entri ini?

Akhirnya siap sudah mendesign blog beliau,

tempahan design blog,edit blog
Tema:Garden


Dan ini adalah illustrasi 100% dilukis oleh saya sendiri.Illustrasi adalah mengikut muka tuan punya blog,hehe.

TADAAAA........
illustrasi,murah


Footer

Maaf saya bukan pakar  jadi sebarang cacat cela itu harap dimaafkan.

Read more ...

"Orang kita"di tv3

Rancangan 'orang kita" baru saja bersiaran pada hari sabtu minggu lepas,tak sempat tengok episod 1 ,untuk episod ke 2 ,tv 3 telah mengunjungi kawasan perkampungan orang asli Mahmeri di Pulau Carey.






Aidid marcello merupakan pengacara rancangan ini.



Salah seorang penduduk di kawasan pulau carey yang giat aktif mengukir patung diperbuat daripada kayu,yang uniknya wajah/imej patung tersebut dialami dari mimpi.

Patung yang diukir ini bukan saja unik malah dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit.


Semasa sambutan "Hari Moyang".Dari segi pakaian dan pelbagai hiasan juga dibuat sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit.

Pada yang nak mengetahui budaya masyarakat orang asli di Malaysia,jangan lupa like fanpage orang kita dan menonton rancangan orang kita pada hari sabtu ,pukul 6 petang.

Kredit gambar:Fanpage orang kita
Read more ...

Tips rambut sihat dan bersinar

Hello semua

Kali ni saya ingin berkongsi tips agar rambut lembut dan bersinar*Guna jari pun boleh hehe.

Siapa ada rambut?yang takdak rambut , sila abaikan entri ini.Rambut ibarat mahkota wanita,rambut yang cantik dapat meningkatkan diri kita,tak giitu?




1.Tips pertama cucilah rambut selang sehari.
Ia dapat membantu menghilangkan kotorsn serta debu dan peluh yang melekat di kulit kepala.

2.Menggunakan conditioner
Letakkan syampu kemudian usapkan di kulit kepala bukan pada rambut ye,penggunaan conditioner selepas bersyampu sangat digalakkan untuk jelembutkan rambut.

3.Pemakaian masker rambut
Jangan ingat muka je yang ada masker,rambut pun ada juga ok,penggunaan masker dapat melembutkan rambut.dan menyihatkan rambut juga

4.Elakkan penggunaan pengering rambut
Seeloknya biarkan rambut kering sendiri berbanding menggunakan pengering rambut kerana haba dari pengering rambut menyebabkan rambut rosak

5.Belai rambut dengan manja
Selepas mencuci rambut,lapkan dengan tuala tanpa menggosoknya terlalu kasar,sebelum bersikat juga,leraikan rambut dengan berhati-hati agar tidak mudah kusut.

Ok itu saja tips dari saya,jangan lupa kunjungi blog ni selalu ya.hehe
Read more ...

Siapakah gadis cantik ini?

Hello...hello..

doodle comel,tempahan doodle,illustrasi
Siapakah gadis cantik ini?

Huhu,biar dirimu diselubungi misteri,(sambil tarik selimut)

Wajah tersebut akan dipaparkan setelah blognya siap direka bentuk dengan jayanya ,heh sambil senyum sampai ke telinga.
Read more ...

Digital painting cik yaya


Hai semua,kali ni saya merajinkan diri untuk buat digital painting atau dengan nama lainnya vector,vector ni sangat berbeza dari dulu sebab tak ambil layer yang terlalu banyak dan menjimatkan masa .

Hanya guna smudge tool dan teknik blur saja,terima kasih kepada ahli welovearts yang sudi memberi kritikan untuk saya memperbaiki lagi hasil lukisan seperti ini,

Tinggal beberapa lagi lukisan yang perlu dipelajari,kena banyakkan praktis la ni,huhu.


Jom follow tuan punya vector di atas www.cikyaya.my/
Read more ...

Edit blog ezzatee

Template simple design ,harga pun kurang dari RM30 jadi agak kurang crowded la,cuma tumpukan pada header sahaja.

Blogshop kepunyaan ezzatee,Masih baru lagi jadi entri pun tak ada lagi







Dan  ini adalah satu illustrasi perkahwinan versi cincai tapi bukan tempahan ye, saja lukis untuk praktis mengadun warna 

sangat buruk kan?



Malas nak letak watermark hehe,mesti tak ada yang nak curi lukisan  ni.

Read more ...

Full edit blog Shuaili

Kali ni mendapat pepercayaan akak su  Untuk design blog beliau termasuklah doodle tersebut.agak mencabar sebab pertama kali membuat illustrasi muka sebenar,nasib baik akak su suka,terima kasih ye kak.





RM65 termasuk full template dan doodle illustrasi,

sesiapa nak tempah boleh pm ye,

jom singgah vitgarden.blogspot.com/
Read more ...

Cara mengetahui usus kotor atau tidak

Hai semua.

Lama juga tak update ni sibuk siapkn tempahan.

Entri kali ni mengenai usus kita.apa yang kita makan ,apa yang kita telan semuanya masuk dalam perut kan.dalam perut tu la kilang pemprosesan makanan.kalau usus kita kotor,terjadinya penyakit seperti barah usus dan kemunculan jerawat kronik.dan pelbagai lagi.

Nak tahu usus kita kotor atau tak. Cuba letak tangan di mulut kemudian hembus ,kalau bau busuk tangan tu maksudnya usus kita kotor la tu walaupun kita dah MELEPASKAN HAJAT BESAR* tetapi ada lagi najis melekat di dinding usus kita.



Inilah rupa usus yang tidak sihat,kotor sangat kan

Jadi nasihat saya pada semua,elakkan makan berminyak ,banyakkan makan sayuran dan buah-buahan disamping itu banyakkan minum air dan pengambilan supplement tertentu supaya baadan anda jadi sihat.

Itu saja entri hari ni bye,

P/s rasa macam nak buang shoutbox.penuh dengan spam
Read more ...

Pemilik suara di sebalik watak upin dan ipin

Hai semua.
Mesti ada yang minat dengan cerita animasi upin dan ipin ni tak kira kecil atau dewasa,makcik2 ,abang2.kakak2 mseti minat cerita ni,siri animasi ni sangat-sangat berbeza berbanding siri animasi yang lain.Nak tahu kenapa?kerana siri animasi ni dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa ,

Dan siapakah pemilik suara di sebalik kartun animasi upin dan ipin ni sepasang kembar yang sangat comel gitu.

Adik Nur Fathiah Diaz memegang watak sebagai upin dan ipin



Dan kemudian bertukar kepada Nur Asyiela Putri





Comel kan?

Siri animasi ni juga sesuai untuk golongan dewasa sebab ia sangat2 fun,dan penuh dengan pengajaran.boleh menghilangkan stress kalau tengok gelagat dorang yang lucu ni.

Buat remaja yang suka tengok cerita ni"dapat mengimbau segala kenangan ketika di waktu kecil,waktu di tadika bersama kawan-kawan,,di kampung,memang seronok .

P/S eh tuan blog ni suka kartun kah?hehe
Read more ...

Edit blog Mimi chin

Tempahan kali ni datangnya dari cik mimi,blogger sabah bha..baru lagi dalam dunia blogging ni,jadi entri pun tak ada lagi,

Tema blog pink dan biru berserta diamond.

RM25 untuk template seperti ini,nak juga?boleh emel di damisya.maya@yahoo.com atau pm di facebook saya.




Jom follow mimi di sini mimiskypeer22.blogspot.


Read more ...

Tempahan footer,body dan header

Hai semua

Tempahan kali ni dari Nurul fatihah ,boleh dikatakan si adik ni customer tetap la juga,

saya hanya menukar bahagian header,footer ,body blog yang lain adalah template yang sedia ada






Doodle customade,dimana ia hanya dibuat khas untuk customer.Nak tempah?sila contact saya di bahagian sidebar
Read more ...

Tips kekalkan pageview



Hai semua,kali ni saya nak bagi tips untuk kekalkan pageview korang walaupun pada masa tu korang langsung tak update apa-apa.ataupun dengan kata lainnya,tiada idea nak update entri.Bayangkan kalau korang tinggalkan blog pada jangka masa yang lama mesti pageview jatuh mendadak kan

Tips pertama:
1.Perbanyakkan entri menarik
Yang ni penting sangat untuk sesiapa yang baru lagi dalam dunia blogging ni,sentiasa banyakkan entri yang pengunjung minat untuk dibaca,dan entri tu sentiasa segar maksudnya sentiasa orang cari,contohnya tutorial blog,tips belajar,tips solekan macam2 lagi.

2.Ping entri
Ini pun penting juga,supaya entri korang tu mendapat tumpuan di search engine google.dan menggalakkan trafik serta pageview yang tinggi.contohnya korang boleh ping entri di kartikel,busuk org,apesal.com

3.Coding SEO
Benda yang paling penting mesti tak ramai yang ambil tahu mengenai seo ni kan,semua blogspot tidak mesra seo sebenarnya,wordpress kebih mesra seo.disebabkan itulah sekarang ramai beralih kepada wordpress theme kecualilah jika blogspot korang diletakkan coding seo di bahagian edit html.

4.Biar gambar menceritakan segalanya
Haa..tak faham ye?maksudnya kalau korang tiada idea nak update apa,boleh je buat Wordless wednesday,ada juga orang yang terjah blog korang kan.

5.Buat segmen
Korang pun boleh buat segmen kalau korang rasa korang tinggalkan blog dalam jangka masa yang lama,dengan ini,tak ada la pageview menurun kan,

Ok itu saja tips yang saya amalkan supaya pageview sentiasa kekal ,tak rugi mencuba,
Read more ...

Wajah baru

Hello semua,selamat pagi

Kali ni berkesempatan juga mendesign kembali blog izza sakura ni,sudah lama sebenarnya nak design semula blog ni,tapi disebabkan tak ada idea dan juga kekangan masa,

Design kali ni lebih kepada ringkas dan lebih mesra pengunjung,cuba tengok pada bahagian entri yang agak sedikit lain kan,




Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi,bahagian tab menu perlu dilengkapkan dan entri-entri diasingkan mengikut kategori

Nak template macam ni?boleh emelkan saya di damisya.maya@yahoo.com atau  sila klik di bahaigan sidebar Hubungi saya.

Read more ...
Designed By Izzasakura