Breaking News

Perbezaan cantik & comel


Hai semua,
Kadang-kadang saya tertanya -tanya apa maksud sebenar cantik dan comel tu kan,

Kalau bertembung dengan seseorang mesti berkata dalam hati "comelnya dia" ,"cantiknya dia".Definisi cantik tu mungkin la dari segi raut wajah dia,kening terletak cantik,hidung mancung,bibir merah delima,kulit halus licin,tu kalau dah makeup,kalau tak makeup camna agaknya kan??

Pada pandangan saya ,Comel atau cute pula boleh la dikategorikan sebagai lain dari lain,Comel ni raut wajahnya mungkin ke arah keanak-anakan sedikit apa lagi kalau muka tidak disolek langsung ala lebih kurang macam muka innocent la kan,wuu comel 😁,rasa nak cubit je pipi dia.Bukan semua orang ada sifat kecomelan ni.Mungkin orang lain akan nampak diri korang tu menarik,sweet ,dan sejuk mata memandang walaupun korang berkulit gelap.haa lebih kurang gitulah yang membuatkan korang nampak special dan digilai ramai.

Mungkin susah juga nak jumpa orang comel ni kan,😆😆."Beauty is in the eyes of beholder"maksudnya lain orang ,lain pendapat dia tentang kecantikan dan daya tarikan korang.

Pernah tak korang jumpa seseorang yang nak kata lawa pun tak,hensem pun tak,nak kata comel entahla tapi korang ada rasa something yang membuatkan korang nak pandang dia lama-lama.Sekali pandang,dua kali pandang pun takpuas lagi,mesti ada kan???macam artis janna nick memang comel,natural beauty..


Tapi semua orang ada kecantikan yang tersendiri ,yang penting jaga perangai korang .Kalau perangai tak cantik pun tak guna jugak kan??

Apa pula pendapat korang ??
Read more ...

Tempahan watermark

cantik,murah,harga murah,watermark murah


Siap la sudah design watermark  untuk cik akak siti mazra ni,watermark simple tapi cantik dengan harga sangat berpatutan RM5 satu.Watermark ni memang penting supaya  gambar kita tidak dicpilak orang lain.

Teringin juga nak watermark cantik sebegini?jom order cepat tau emel;damisya.maya@yahoo.com

Read more ...

Tips melupakan seseorang



tips cinta,cara melupakan bekas kekasih
Haii... kali ni saya nak bagi tips sedikit untuk orang yang mungkin baru lepas putus cinta ke,ataupun kes cinta tak berbalas,sebenarnya saya bukanlah pakar cinta cuma saja ingin berkongsi dengan semua.

Melupakan seseorang bukanlah begitu mudah apalagi orang yang kita sayang tu dah terlalu rapat ,susah senang sentiasa bersama ,susah sangat nak lalui hari-hari tanpa dia kan?sehingga kadang-kadang kita gagal mengawal perasaan sendiri dengan melakukan perbuatan yang tak berfaedah .

Bila dikenang saat pertemuan kita dengan si dia ,saat itulah yang membuatkan kita sedih sehinggalah mengalir air mata.Kes ni selalu terjadi kepada wanita dan remaja.Wanita biasalah hati mudah sangat terusik .


Tapi apalah guna kalau kita mengalirkan air mata darah sekalipun ,dia takkan kembali pada kita lagi.Cara ni memang bukan mudah dan bukan susah.Kalau kita sentiasa berfikiran positif,mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah lama-lama perasaan sedih tu akan pudar dengan sendirinya.
Jika kita tidak dapat mengawal perasaan sendiri maka sebab itulah banyak perkara seperti kes bunuh diri terjadi.

Jom kita baca dulu cara-cara untuk melupakan seseorang
1.Jangan stalk media sosial mereka.
Salah satu punca kamu tidak dapat melupakan seseorang kerana kamu sentiasa stalk sosial media bekas kekasihmu,saja nak hilangkan rindu la konon ,tetapi itu akan lebih menyakitkan hati jika kamu ternampak dia bersama wanita lain.keciwwaaaa kan!

2.Sibukkan diri dengan aktiviti lain.
Untuk melupakan seseorang tu perlukan masa juga,jika ada masa lapang sila sibukkan diri dengan aktiviti di rumah atau bersama keluarga,atau buat perkara yang kamu suka contoh memasak,menjahit bagi perempuan atau bermain bola bersama kawan-kawan  bagi lelaki tak ada la kamu sentiasa memikirkan masalah kamu itu.

3.Dekatkan diri dengan Tuhan
Bagi yang beragama ,luahkan rasa sedih kamu terhadap Tuhan.Kalau ada jodoh di antara kamu tidak akan kemana juga.Mungkin ada lagi orang yang lebih baik dari bekas kekasihmu

4.Jangan hubungi lagi bekas kekasihmu .
Tindakan kamu menghubungi bekas kekasihmu kadangkala mengundang rasa sedih di hati kamu jika dia tidak mempedulikan kamu.Mesej berpuluh kali pun tak akan dilayan jadi jangan buang masa kamu,MOVE ON LAH! Itu tandanya dia tidak berminat lagi pada kamu.

5.Jangan selalu bersendirian
Jika kerap kali kamu bersendirian maka kamu akan sentiasa memikirkan bekas kekasihmu,ayuh bangkit ,pergi aturkan pertemuan dengan rakan-rakan kamu dan lakukan aktiviti berfaedah.

6.Delete segala mesej dan no bekas kekasihmu
Jika kamu masih lagi menyimpan no si dia,Ayuh mulakan hari anda,delete semua no si dia ,dan block semua sosial media si dia.

Saya harap tips ini dapat membantu anda untuk melupakan si dia walaupun agak mengambil masa sedikit .Buat para remaja yang masih lagi belajar ,lupakan je perasaan untuk berpasangan dengan jantina lain kerana itu akan menggangu proses pembelalajaran kamu.Umur masih muda lagi tak perlu fikir mengenai cinta.


Read more ...
Designed By Izzasakura