Breaking News

APA??Rokok ada sel darah khinzir...

Betulkah perokok juga ada hak ???
Ya,Hak untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok.
ATTENTION BUAT SI PEROKOK TEGAR

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok,anda sebenarnya membelanjakan:
  • 24sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong /pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati penanam /pengawit tembakau
Nilai sebenar bagi sebatang rokok hanyalah ...5 SEN SAHAJA,,,(APA 5SEN!!!)

Dan inilah kejutannya,setiap rokok yang dihisap ,anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan :
  • 20 kali lebih risiko dijangkiti kanser paru-paru bukan pura-pura ok..
  • 10 kali lebih ancaman penyakit partu-paru.
  • 4 kali lebih ancaman jantung.
  • 2kali lebih risiko serangan strok 
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok

Jadi berhentilah sebelum terlambat dan paling utama anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang anda sayangi .


Berhenti sebelum terlambat!!Katakan tak nak kepada rokok..
Read more ...

Tips Mendapat A+ dalam SPM Bahasa Melayu

Kali ini saya kongsikan sedikit tips yang berguna dan perlu diberi perhatian oleh para pelajar yang akan  menduduki peperiksaan spm tahun ini.

1.Kekemasan
Kekemasan tulisan itu penting.Biarpun tulisan tidak cantik ataupun yang berkaitan dengannya tidak mengapa asalkan tulisan itu kemas dan tidak menyerabutkan kepala si pemeriksa kertas,Contohnya jika buku nota anda berserabut dan tidak menarik mesti anda malas nak baca kan?

2.Sebelum anda menulis karangan ,Sila tulis rangka karangan terlebih dahulu,Amaran*Jangan terlalu tergopoh-gopoh dalam membuat karangan.Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu rangka karangan,Sila lihat di bawah
CONTOH:KEBAIKAN MENABUNG
  3.Sila baca soalan betul-betul ,Ini bermakna anda harus memahami bentuk soalan sama ada soalan itu menginginkan pendapat anda ataupun langkah-langkah bagi mengatasi,, dan sebagainya.

4.Apabila anda mula menulis pendahuluan ,pastikan anda tidak lari daripada tajuk asal contohnya jika soalan meminta pendapat anda mengenai remaja JANGAN   lari daripada soalan yang telah diberi.
Contoh soalan
Beri pendapat anda mengenai kebaikan membaca  
             
 Contoh pendahuluan yang lari daripada tajuk        
  Pendahuluan - Remaja merupakan aset negara......................

5.Masukkan peribahasa yang bersesuaian dengan soalan yang telah diberi.Ini dapat membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak markah.
Contoh:Kes sosial dalam kalangan remaja
                          Remaja sering dilabelkan sebagai "pemuda harapan bangsa ,pemudi tiang negara",pelapis bangsa ,dan penerus wawasan negara tetapi harapan ini hanya tinggal angan-angan sahaja jika remaja terus dibelenggu........................

 6.Guna ayat yang merujuk kepada siapa,bagaimana,apakah,dan dimanakah serta mengapakah.
             
7.Pastikan anda memasukkan setiap perenggan dengan peribahasa yang bersesuaian .
                                                    
8.Masukkan ayat karangan yang lebih matang dan merujuk kepada soalan yang telah diberi.
Contoh ayat gramatis ;
Mangkir,manifestasi,polemik,dampaknya ,eksplisitnya,dikuasai nafsu -nafsi,macarpada,Implisit,swadaya,seyogianya

Unsur-unsur bahasa yang indah
Contoh:
Dalam kerendahan hati,ada ketinggian budi,Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
 Sombong seperti merak kayangan
Umpama virus yang sedang merebak
Ibu bapa diperdagangkan seperti kupang tembaga yang tiada nilai harganya.
 Sering menghiasi dada-dada akhbar.

9.Sila baca semula karangan anda dan pastikan ejaan ,anda betul.Langkah terakhir ialah membuat kesimpulan .Kesimpulan merupakan penutup sesuatu karangan itu.Jadi pastikan  kesimpulan anda tidak lari daripada topik yang telah anda bincangkan.
        
10.Pastikan karangan anda menyemak semula karangan anda dan kira jumlah perkataan.
Read more ...

Dunia Maya

Dunia yang tidak pernah kita  jelajahi,terokai dan dengan dunia maya lah kita membenci dan menyayangi seseorang, tanpa perlu bertentang mata hanya melalui tutur kata yang akhirnya menelusuri setiap pelosok  jiwa dan hati kita, ,Mungkinkah?mungkinkah dunia maya itu kejam buat kita kerana dengan dunia maya lah kita membenci seseorang yang tidak pernah kita kenal ,dengan dunia maya lah banyak kejadian yang tidak diingini berlaku kepada setiap anak muda terutamanya kepada anak -anak gadis  yang tidak berfikir secara rasional hanya berlandaskan nafsu semata -mata,telinga mereka seolah terdengar bisikan syaitan yang pastinya akan menjerumuskan mereka ke arah bahana yang tiada penyelesaianya, ,Dengan dunia maya lah persahabatan yang telah dibina utuh sekuat tembok runtuh begitu sahaja kerana fitnah yang pastinya persahabatan itu semakin rengang dari sehari ke sehari dan.........akhirnya musnah begitu sahaja...
Mengapakah?? semua ini terjadi...










Mungkin anda ,saya dan juga mereka, tidak mengetahui akan semua ini kan kerna kita leka ,lalai dengan dunia yang dicipta oleh manusia,,sedangkan dunia realitinya kita tidak tahu akan perangai seseorang dari sudut mata kita sendiri,kita terlalu mudah jatuh dari mata kemudian ke hati kepada seorang insan yang bernama lelaki kerana hati kita telah terpesona dengan setiap lagak tutur katanya ,Dengan dunia maya jugalah kita ibarat tidak mempunyai kehidupan sendiri,Kehidupan bersama keluarga ,kawan-kaan,Kita tinggalkan semuanya hanya untuk menghadap dan kemudian menarikan jari-jari dia atas keyboard hanyauntuk memuat naik gambar yang tersedia cantik dan memaparkan setiap pelusuk tubuh hanya utnuk santapan sang mata lelaki  dan mengharapkan LIKE  datang daripada mereka,

Renug-renungkanlah dan selamat beramal,,,,,,,,,



Read more ...

Freebies

                                        
     http://i1149.photobucket.com/albums/o593/Mayaizara/bluemaz.jpg
http://i1149.photobucket.com/albums/o593/Mayaizara/pinkbrick.jpg
 Kalau nak ambil sode ni sila copy+paste kemudian ambil Add html kemudian pastekan code ni dalam html 
  <style>
body {
background-image: url(' Url background');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>

Tak perlu credit ok,,ambik je,,tapi kena comment dulu.. sebab ni hasil tangan maz sendiri
Read more ...

Kunyit untuk kecantikan

Kunyit bukan saja sebagai penyedap rasa dan memberikan warna pada makanan malah ia digunakan untuk mencerahkan kulit wajah ,menanggalkan pigmentasi  serta bintik hitam pada wajah dan juga dapat menghalang jerawat jika selalu diamalkan,,Masyarakat India khususnya menggunakan kunyit sebagai salah satu cara untuk mencerahkan wajah mereka.Masyarakat India juga percaya kunyit boleh menghilangkan luka-luka kecil ,kudis ,,sakit sendi,,ruam dan kesan parut jerawat.Sebelum mereka berkahwin,mereka digalakkan agar menyapukan ramuan kunyit  ke muka selama beberapa hari agar wajah lebih berseri-seri.








Ada sesiapa yang tak kenal kunyit tak???




Ramuan kunyit juga boleh dicampurkan dengan yogurt,tepung dan air  serta ,madu,Ulaman kunyit muda boleh dihiris halus dan dimakan bersama hidangan nasi panas,,Hmmm macam mana lah rasanya kan??Untuk pengetahuan semua,kunyit juga dapat mengurangkan sakit senggugut bukan sesunggut ye,,Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masalah senggugut ,boleh mencuba okey..Kunyit juga boleh mengurangkan berat badan beradarkan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik Barat.

Peringatan
. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.
Read more ...
Designed By Izzasakura