Breaking News

Tips menulis rumusan(BM)

Contoh soalan
Baca petikan di bawah kemudian buat rumusan tentang faedah-faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.Panjang rumusan  hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
.

Tips membuat rumusan iaitu ambil kata kunci pertama faedah-faedah membaca,kata kunci kedua cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat .Gariskan terlebih dahulu kedua-dua kata kunci tersebut dengan pensil.

Kita beralih pula pada kata kunci pertama tadi iaitu faedah-faedah membaca dimana perkataan faedah itu akan ditukar kepada perkataan yang sama erti dengannya contohnya kebaikan ,manfaat ,kelebihan  dan kepentingan .

Membuat frasa pendahuluan pula perlu dimulakan dengan Petikan membincangkan.....

Jadi rumusan itu akan dimulakan seperti 

       Petikan membincangkan kebaikan membaca dalam kalangan masyarakat ..
  Antaranya ialah....(isi tersurat 1).Selain itu ialah(isi tersurat 2) .Di samping itu ,(isi tersurat 3) seterusnya pula ialah (isi tersurat 4) .Bukan itu sahaja,(isi tersurat 5)dan akhir sekali ialah (isi tersurat 6).
  Cara-cara menggalakkan budaya membaca pula ialah (isi tersirat 1) dan juga(isi tersirat 2)
  Kesimpulannya ialah kita perlulah (iaitu merujuk kepada siapa yang patut bertindak dan apa tindakan tersebut)agar(tujuan tindakan)masyarakat lebih cemerlang dan negara lebih maju.


MAKSUD TERSURAT
Maksud tersurat ialah isi yang kita dapat melalui petikan dimana isi ini akan berada di setiap perenggan soalan.Pelajar juga perlu berhati-hati semasa membaca petikan soalan.

MAKSUD TERSIRAT
Maksud tersirat pula ialah isi sendiri yang tidak terdapat dalam petikan.

Saya harap para pelajar faham ,dan sekiranya belum jelas,anda boleh bertanya guru-guru anda dengan lebih lanjut kerana soqlan rumusan ini banyak membantu untuk mendapatkan markah.

No comments:

Designed By Izzasakura