Breaking News

Tips penjagaan wajah lelaki

Hai semua,baru kali ni berkesempatan nak menaip entri buat blog ni,tak boleh dibiarkan begitu saja,dah lama menyepi siapkan kerja,dugaan line yang tersangkut ni membantutkan hasrat menyiapkan design blog secepat mungkin,seperti yang semua tahu,cuaca sekarang ni tidak berapa elok,banyak sangat kejadian ribut dan puting beliung berlaku jadi hati-hati semua.

Tips penjagaan kulit wanita dah banyak kita dengar dan jumpa ,kali ni nak bagi tips penjagaan untuk lelaki-lelaki macho dan jejaka hensem di luar sana,mana tahu berguna kan,lelaki pun kena jaga keterampilan ok?


Tips pertama
1.Pencuci muka yang bersesuaian,
Kulit wajah lelaki ni agak tebal berbanding wanita jadi pencucinya pun semestinya yang sesuai untuk lelaki,jika kulit berminyak tak semestinya perlu menggunakan pencuci untuk kulit muka berminyak

2.Kebersihan tempat tidur
Haa ni penting sekali ,sesetengah lelaki malas nak tukar cadar ,dan sarung bantal,eeur mesti busuk kuman banyak membiak kan,bayangkan kalau korang tidur tutup muka dengan bantal tu,berduyun jerawat tumbuh  kat muka.jadi pastikan cadar dan sarung bantal atau  selimut bersih ya.

3.Kebersihan diri
Kuku panjang pun menyebabkan jerawat tumbuh merata-rata,lelaki ni biasanya rajin menyimpan kuku yang panjang,kalau simpan kuku panjang tapi bersih tak apa jugak kan,ni kalau kuku tu panjang dan kotor?pastu garu -garu pula muka yang hensem tu,,uish mesti bertambah hensem la muka tu kan,jangan lupa tukar tuala mandi tu,tengok dah berkerak-kerak dah berapa tahun tak basuh tu hehe

4,.Masker
jangan ingat perempuan je  kena guna masker,lelaki pun perlu gunakan masker supaya kulit lebih terjaga dan segar,masker tu tak perlu beli yang mahal-mahal,cukup saja gunakan bahan-bahan yang ada di rumah,takperlu kerap sangat,cukup dalam seminggu sekali,kulit pun nak bermanja juga kan

Ok itu saja tips dari saya,lepas ni boleh la perasan feeling-feeling jadi Fahrin ahmad jejaka pujaan wanita  kan,muka dah kacak hensem  gitu ..



5 comments:

Unknown said...

ikut la tips2 ni..mesti hensem..hahah

said...

Hee , sehun jadi model untuk entry nii xD

Unknown said...

skrg lelaki dah ramai yg pandai jaga wajah. xmcm zaman dulu2. hehe

Mohd Noor Shawal said...

wah wah.. nice tips.. hahaha... sehun tu model ye? huhu.. tq for the tips! ^^

Han Woo Hwan's Blog

Unknown said...

saya dah singgah dan follow di blog ini,

saya join blogger area mega giveaway

singgah la disini:
http://mimpicoklat.blogspot.com/

Designed By Izzasakura