Hai semua,
Kali ni nak bagi sedikit petua untuk merawat kucing selesema,Selesema ni virus datang dari burung umpama wabak juga la dulu masa tahun 2009 kot tak ingat.Lepas tu berjangkit dengan ayam seterusnya kucing sehinggalah ke hari ini tak habis-habis kucing kena selesema terutama anak-anak kucing yang baru lahir,,malah ada juga yang mati masa kecik kesian kan.
Kalau kucing selesema susah nak rawat lainlah kalau manusia.Manusia pandai bersin dan makan ubat .Kucing dibawa pergi ke doktor pun belum tentu selesemanya jadi baik malah duit pun habis,masa pun terbuang kan jadi kali ni nak bagi tips untuk merawat kucing selesema dengan petua lama.Memang ambil masa tapi lama-lama kucing akan pulih .
Petua 1
Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara ni memang bagus tau bukan saja untuk manusia,malah untuk haiwan juga.Mengandungi 1001 khasiat yang kita tak pernah ambil tahu.lepas ni boleh cuba google Khasiat minyak kelapa dara ya.Beli minyak kelapa dara yang siap dijual tu tak kisah jenama apa pun.Titikkan sedikit ke dalam makanan & minuman kucing.
Saya dah buktikan cara ni memang berkesan kerana suatu hari kucing saya nampak murung,tak bergerak,tak nak makan dan minum,nafas pun tercungap-cungap sampai hilang suara.rupanya terkena demam dan selesema.Saya cuba memberi ubat selesema ,letak vicks,halakan wap ke hidung dia tapi kurang berkesan tetap juga macam tu.
Selama beberapa hari juga saya buat tips tu kemudian akhirnya saya tekad nak cuba meletakkan minyak kelapa dara ni,Cara pertama saya letakkan sikit dalam mulut dia kemudian hari-hari seterusnya dia dah ada selera makan dan minum seperti biasa,cuma suara je tak ada lagi.saya cuba lagi letakkan minyak kelapa dara tu.
Akhirnya dalam beberapa hari suaranya pun dah keluar ,seronok juga dapat dengan suara dia dan skearang ia kembali aktif macam biasa,lari kesana sini,panjat sana sini..
Bersyukur kan sebenarnya ramuan semulajadi yang kita tak pernah ambil tahu tu sangat berguna untuk kita.
Read more ...