Breaking News

Tips yang betul merawat muka berjerawat

petua atasi jerawat,tips merawat jerawat,ubat jerawat
Hai semua.


Kali ni saya nak memberi sedikit nasihat atau tips yang berguna buat adik-adik kita yang mungkin baru nak tumbuh jerawat ke,atau sedang mengalami masalah  jerawat.Jerawat ni memang perkara biasa tapi jika dibiarkan dan dirawat dengan cara salah habislah rosak muka.


Saya pun berani nak memberi tips sedikit kerana selama ni saya banyak membaca dan membaca terutama di laman web www,acne.org.Laman yang sangat popular seluruh dunia tau.Di laman ini ada memberikan tips dan remedies yang biasa seharian kita lakukan untuk menjaga wajah kita conothnya seperti membasuh muka

1.Untuk muka yang berjerawat teruk,jangan basuh muka dengan kerap kalau terasa muka berminyak,cukup basuh  2 kali sehari.Semasa membasuh muka,usapkan telapak tangan kita dengan air dulu dan sapukan ke wajah  supaya muka kita tak terkejut mungkin la kan.Jangan gosok cuma dap dap gitu je tau pastu cuci muka macam biasa

2.Pilih pencuci  muka yang lembut dan tanpa bau
Pencuci muka di pasaran ni memang banyak letak pewangi tapi pewangi tu lah yang akan menyebabkan jerawat makin sensitif dan makin banyak jadi sila pilih pencuci muka yang lembut,tidak merengsa ,tanpa bau dan non comedegonic,serta dermatologist tested.Pencuci muka untuk masalah muka berjerawat mengandungi salicyric acid yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan jerawat biasa  salicyric acid 2% ,Contoh pencuci muka untuk jerawat adalah cetaphil,sebamed,avene,eucerin dll.Walaupun harga agak mahal tapi memang berpatutan.


3.Jangan sekali guna skincare
Tak kisahlah korang beli dari online ke,siap ada kkm bagai ke,atau dari mana pun tau sebab skincare ni belum tentu 100% merawat muka korang dengan bagus malah mungkin jerawat tu akan bertambah banyak  dan banyak ,,fuhh..sebabnya mungkin pada awalnya masa korang guna tu jerawat makin kurang tapi sebenarnya ia masih ada di dalam kulit.Kuman tu masih lagi di dalam kulit tau jadi bila korang stop maka habislah bertambah naik .Itulah apa yang orang selalu cakap.Kalau nak putih sangat pun tolong rawat masalah jerawat tu dulu.Kalau nak pakai skincare pun maybe korang boleh pilih dari farmasi kn.


4.Amalkan supplement atau ubat
Kalau korang jumpa doctor .Doctor akan memberi ubat khas untuk jerawat contohnya macam pil perancang dan ubat jerawat yang lain tetapi awas tau kalau korang tengah pregnant jangan makan ubat jerawat tu nanti efek kat bayi tapi fahamlah bayaran memang mahal tapi berbaloi sangat.Kalau nak cari doctor pun,cari yang terbaik ok

5,Elakkan guna oil blotter
Oil blotter ni tidak bagus untuk muka kerana boleh menyebabkan muka memproduksi lebih banyak minyak walaupun korang nampak ia menyerap minyak tapi sebenarnya tak langsung.

6.Pilih cream jerawat yang mengandungi benzoyl preoxide
Krim jerawat ni untuk mengecutkan jerawat haruslah mengandungi benzoyl peroxide untuk mematikan kuman jerawat.

7.Elakkan cermin
Kalau muka korang berjerawat mesti tiap hari nak duk hadap cermin sampai retak seribu cermin tu hehe.Jadi tolong ya kalau boleh tutup cermin tu

Ok itu saja,rasa macam terlalu panjang kan hehe.takpoalah sekali sekala.Kalau ada tersilap ayat sikit tu maaf lah ya saya nak cepat dan saya bukan doctor ,saya cadangkan car asas saja.Apa pun sila rujuk doktor anda.


2 comments:

Aqilah Azmi said...

thank you so much!!!!! <3

Ayuni Sara said...

hihi...jgn sesekalihadap cermin kalau tgn tu pn gatal sgt duk kacau jerawat tu..habis luka jadi >_<

Designed By Izzasakura