Breaking News

Pemergian arnab tersayang

Banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku di tahun 2014 yang tak mungkin dapat dilupakan.Yang paling sedih apabila arnab kami telah pergi buat selamanya pada 1/1 2015,melihat dia sakit sekejap saja nyawanya sudah ditarik.

Kesian dan sedih itu memang ada,tapi mungkin setakat itu hayat dia,Masih terasa lagi dia ada,Dari kecil sampai besar kami jaga.Walaupun agak sedikit susah tapi semua tu tak terasa bila dia sentiasa menghiburkan hati kami semua.

Dia tidak tahu bercakap seperti kucing ,tetapi hanya tahu berlari keliling tuannya apabila dia gembira.Tak bergerak ketika dia cirit birit.Semua tu pernah dilaluinya Tetapi entah mengapa pagi itu dia tiba-tiba senyap,langsung tak bergerak menandakan dia sakit .

Dalam fikiran,ingatkan sakit biasa dan boleh diubati tetapi tiba-tiba saja dia terbaring lemah.,,tak mampu nak teruskan lagi bila teringat macamna sakitnya dia.

Rindu ,sedih,gembira..mungkin itu ada dalam perasaan saya ketika ini,

Rindu dengan kenakalan dia,
Rindu nak jaga dia,

Tetapi biarlah dia pergi dari terus tangung kesakitan tu.semoga dia tenang di alam sana...kami di sini sentiasa rindukannya..nangis air mata berdarah sekalipun,dia takkan kembali lagi...



Semoga dia tenang disana :(

3 comments:

izzeyda said...

In shaa Allah yang pergi akan berganti.. jangan terlalu sedih2 sangat tau.. paham sangat perasaannya bila kehilangan haiwan kesayangan.. dah pernah merasai kehilangan banyak arnab yang dibela..

Izza Sakura said...

terima ksih kak

Agen Bola, Agen Bola SBOBET, Agen Bola Terpercaya said...

Baca artikel ini jadi dapat inspirasi untuk teman2 yang lain.

Designed By Izzasakura