Breaking News

Tips melupakan seseorang



tips cinta,cara melupakan bekas kekasih
Haii... kali ni saya nak bagi tips sedikit untuk orang yang mungkin baru lepas putus cinta ke,ataupun kes cinta tak berbalas,sebenarnya saya bukanlah pakar cinta cuma saja ingin berkongsi dengan semua.

Melupakan seseorang bukanlah begitu mudah apalagi orang yang kita sayang tu dah terlalu rapat ,susah senang sentiasa bersama ,susah sangat nak lalui hari-hari tanpa dia kan?sehingga kadang-kadang kita gagal mengawal perasaan sendiri dengan melakukan perbuatan yang tak berfaedah .

Bila dikenang saat pertemuan kita dengan si dia ,saat itulah yang membuatkan kita sedih sehinggalah mengalir air mata.Kes ni selalu terjadi kepada wanita dan remaja.Wanita biasalah hati mudah sangat terusik .


Tapi apalah guna kalau kita mengalirkan air mata darah sekalipun ,dia takkan kembali pada kita lagi.Cara ni memang bukan mudah dan bukan susah.Kalau kita sentiasa berfikiran positif,mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah lama-lama perasaan sedih tu akan pudar dengan sendirinya.
Jika kita tidak dapat mengawal perasaan sendiri maka sebab itulah banyak perkara seperti kes bunuh diri terjadi.

Jom kita baca dulu cara-cara untuk melupakan seseorang
1.Jangan stalk media sosial mereka.
Salah satu punca kamu tidak dapat melupakan seseorang kerana kamu sentiasa stalk sosial media bekas kekasihmu,saja nak hilangkan rindu la konon ,tetapi itu akan lebih menyakitkan hati jika kamu ternampak dia bersama wanita lain.keciwwaaaa kan!

2.Sibukkan diri dengan aktiviti lain.
Untuk melupakan seseorang tu perlukan masa juga,jika ada masa lapang sila sibukkan diri dengan aktiviti di rumah atau bersama keluarga,atau buat perkara yang kamu suka contoh memasak,menjahit bagi perempuan atau bermain bola bersama kawan-kawan  bagi lelaki tak ada la kamu sentiasa memikirkan masalah kamu itu.

3.Dekatkan diri dengan Tuhan
Bagi yang beragama ,luahkan rasa sedih kamu terhadap Tuhan.Kalau ada jodoh di antara kamu tidak akan kemana juga.Mungkin ada lagi orang yang lebih baik dari bekas kekasihmu

4.Jangan hubungi lagi bekas kekasihmu .
Tindakan kamu menghubungi bekas kekasihmu kadangkala mengundang rasa sedih di hati kamu jika dia tidak mempedulikan kamu.Mesej berpuluh kali pun tak akan dilayan jadi jangan buang masa kamu,MOVE ON LAH! Itu tandanya dia tidak berminat lagi pada kamu.

5.Jangan selalu bersendirian
Jika kerap kali kamu bersendirian maka kamu akan sentiasa memikirkan bekas kekasihmu,ayuh bangkit ,pergi aturkan pertemuan dengan rakan-rakan kamu dan lakukan aktiviti berfaedah.

6.Delete segala mesej dan no bekas kekasihmu
Jika kamu masih lagi menyimpan no si dia,Ayuh mulakan hari anda,delete semua no si dia ,dan block semua sosial media si dia.

Saya harap tips ini dapat membantu anda untuk melupakan si dia walaupun agak mengambil masa sedikit .Buat para remaja yang masih lagi belajar ,lupakan je perasaan untuk berpasangan dengan jantina lain kerana itu akan menggangu proses pembelalajaran kamu.Umur masih muda lagi tak perlu fikir mengenai cinta.


2 comments:

PeRdU cINta said...

Dekatkan diri dengan Tuhan...solusi terbaik...kerana hati kita milik Allah...biar Allah yang merawatnya...terima kasih berkongsi ya...

Afif Rayyan said...

Tips yang menarik

Designed By Izzasakura