Bila dah habis je set jerawat ailin ,saya pula bercadang untuk menggunakan skincare baru tetapi masa tu masih lagi ragu-ragu untuk menggunakan skincare tempatan sebab takutlah tak sesuai dengan muka.
Tapi akhirnya beli juga tati skincare ni.Dalam set 5 in 1 ni ada sunblock,day cream,cleanser,night cream,treatment cream.Saya cuma pakai kesemua krim tersebut tetapi saya tak gunakan cleanser tati tu je.
Pada awal penggunaan memang akan muncul jerawat sebiji masa tu tanda kulit tengah nak serasi dengan produk jadi saya biarkan setelah beberapa minggu pakai nampaklah kulit berseri dan yang penting sekali muka tak tegang ,tak berminyak,Best kan?
Untuk pori-pori terbuka tu nampaknya ambik masa sedikit lama untuk pulih.Saya memang akan stick dengan sesuatu produk selama sebulan dua untuk melihat perubahan yang ketara.Bukan pakai harini esok terus berkesan ye.Dan yang penting tati ni tak membuatkan wajah saya pedih,dan terasa tegang seperti skincare sebelum ni.
Ini adalah gambar sebelum pemakaian tati skincare
Sebab setakat ni kulit saya tak mengelupas & tak meradang semasa menggunakan produk ni
Pada saya,tati skincare ni memang sesuai untuk kulit saya tetapi hasil berbeza bagi setiap individu okay.Yang penting pastikan ori baru beli hehehe...ok itu saja untuk harini,
3 comments:
selamat mencuba produk skin care tati!
abam kie folo sini ye? no 1143. TQ.
U pakai skrg camne?klau stop guna ok x?
U pakai skrg camne?klau stop guna ok x?
Post a Comment