Breaking News

Petua hilangkan batuk tanpa ubat



Musim sekarang ni musim selesema dan batuk berkahak perit rasanya sampai tak lena tidur malam.Dah banyak kali telan ubat batuk tapi tak juga sembuh .


Saya pun tidak terlepas dari terkena jangkitan batuk berkahak ni jadi saya ambil inisiatif dengan mencuba petua hilangkan batuk ni mana tahu berkesan kan.

PETUA 1
Lemon+madu
Perahkan jus lemon dan campurkan bersama sesudu madu dan
minum 3 kali sehari.Ia bukan saja melegakan tekak tetapi membantu anda untuk detoks.

PETUA 2
Bakar bawang putih sehingga masak .Pastikan betul-betul masak untuk hilangkan rasa pedas-pedas nanti mesti tak lalu nak makan hehe, kemudian makan sebiji sehari sehingga batuk anda berkurangan.

PETUA 3
Bila selesema dan batuk memang sedap minum sup ayam ni sebab ia mampu menghilangkan kotoran yang berada di dalam tekak .Selain itu juga kajian mengesahkan yang sup ayam mengandungi anti-inflamasi seperti kebanyakan ubat batuk.

PETUA 4
Minyak sapu Vicks yang memiliki menthol yang boleh disapukan di dada. Selain itu,gula-gula yang memiliki menthol juga boleh dimakan untuk membuka ruang nafas .

PETUA 5
Semasa batuk ni anda perlukan lebih banyak air masak untuk melegakan tekak anda tapi bukan minuman yang manis dan bergas okay.

Sebenarnya banyak lagi petua tradisional untuk melegakan batuk tanpa ubat.Anda boleh cuba dan alaminya sendiri.Petua tradisional bukan saja selamat malah lebih berkesan dari ubat tetapi ingat jika batuk anda berpanjangan ,sila segera berjumpa doktor .Mungkin batuk anda berkaitan dengan penyakit lain
.


Akhir sekali doakan semoga penyakit batuk saya segera sembuh.

2 comments:

NINA FARHANA said...

Dah seminggu dah suami batuk berkahak kesian nengok. Tq utk info ni 😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

puterikemasul.blogsport.com said...

alhamdulillah

Designed By Izzasakura