Breaking News

Percubaan menghasilkan vector menggunakan aplikasi android







Hai semua,

Memang lama sangat tak berblog ni,belum timbul kerajinan nak taip panjang-panjang walaupun dalam otak ni ligat sangat berfikir pelbagai tips yang nak dikongsikan .

Sekarang ni timbul pula hobi baru iaitu melukis.Selama ni biasanya saya melukis menggunakan photoshop tapi bila wujud sikap malas nak hadap laptop seharian lagipun kena juga jaga mata ni .

Jadi dari situ mulalah mencari aplikasi untuk melukis akhirnya terjumpa juga aplikasi Autodesk Sketchbook ni.Bila buka sebentar rasa macam susah pula nasib baiklah ada seorang kawan ni tolong.

Bila dah lama kelamaan belajar tools dalam autodesk ni timbul minat nak cuba lah lukis
sikit.

Tak sangka hasil percubaan tu memang menjadi sangat😍 tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi tona warna.

Aplikasi Autodesk sketchbook ni memang sangat mudah hanya download di aplikasi playstore saja dan tak perlu gunakan laptop untuk melukis.Selain itu ,gambar serta pun warnanya cantik .

Korang yang suka melukis wajib download ni.
Oh ya,untuk melukis di autodesk sketchbook ni anda hanya perlukan stylus pen dan lebih mudah berbanding menggunakan jari.

Selamat mencuba😊

1 comment:

paradx said...

wahh percubaan yang baik...
hasil dia nampak mcm guna adobe je..
tapi gunakan android ..
tapi agak susah kot kalo xde pengalaman edit croping ...

----------

Visit My Blog at http://paradxtv.blogspot.com

Designed By Izzasakura