Breaking News

Karya tersiar di Tunas Cipta





Hai selamat pagi  semua,

Hari ini nak berkongsi bagaimana puisi saya iaitu "Alunan Rindu" tesiar di majalah Tunas Cipta baru-baru ini keluaran Jan 2017.

Mula-mula sekadar mencuba hantar puisi ini pada tahun lepas juga iaitu antara bulan Jun kemudian sibuk pula dengan bisnes Shaklee.Penilaian selama 6 bulan memang lama juga tapi tak sangka juga puisi saya pun terpilih di ruangan majalah Tunas Cipta  maklumlah masa tu memang tak yakin pun itupun disebabkan cemburu pada rakan penulis lain jadi semangat berkobar-kobar je nak mencuba.

Terima kasih buat rakan penulis saya iaitu Fazrin yang selalu membantu membetulkan segala kesillapan dan struktur ayat puisi saya ni.Setakat ni saya dah hasilkan sebanyak 6 puisi untuk dihantar ke syarikat penerbitan lain.Sekarang ni rasa berminat nak mencuba hasilkan cerpen pula,hehe.

Rupanya dalam tak sedar kita ni mempunyai bakat  menulis cuma perlu digilap dan usaha pun kenalah lebih.Kalau satu puisi tu ditolak boleh hantar puisi lain pula.Ini rezeki saya ,rezeki anda mungkin kearah lain siapa tahu.

Puisi in bertajuk "Alunan Rindu"merupakan karya pertama saya yang terpilih untuk majalah Tuna Cipta.Jadi buat remaja di luar sana kalau dah ada bakat menulis jangan sia-siakan bakat anda dengan merapu dan merepek dimana-mana sosial media cuba saja hasilakn puisi dan hantar ke editor.

Selain itu ,hantar karya pun anda sudah boleh menjana pendapatan tau maklumlah sekarang ni semua benda mahal.

Anda juga boleh cuba,manalah tahu rezeki kan.Terima kasih baca entri  ni.

Read more ...
Designed By Izzasakura