Breaking News

Doodle muslimah bergaya

Kali ni saja menampilkan sedikit kelainan doodle ni,nampak bergaya mengikut aliran fesyen dan tidak nampak kaku,

Susah juga nak menampi;lkan gaya-gaya tersebut,doodle ini adalah insipirasi dari akak nurdani,si cantik yang berbakat besar,

Doodle yang sangat memikat hati,rasa nak pinjam sekejap tangan dia,hehe


Cuma susah sikit nak gayakan tangan dooodle tersebut ini kiranya percubaan yang baik la,hihi,ini adalah 100% photoshop

Jadi komen anda?

Read more ...

Tutorial transparentkan header guna paint net

Kali ni tutorial yang di request oleh seorang blogger kita,Cara ni mudah je,tak perlu ada photoshop,cukup hanya photoscape untuk buat header dan paint net untuk transparentkan header,

Kalau tak ada paint net download  sini



Langkah 1.
Klik file>open

Langkah 2
Ini adalah imej yang akan kita transparentkan

Langkah 3
Klik kat tongkat ajaib(magic wand tu) dalam kotak merah tu,




Langkah 4
Kemudian ambil tongkat ajaib tu klik kat area biru area yang nak ditransparentkan.


Langkah 5
Siap dan save imej anda save as png ok,

Nak buat header comel tak?KLIK SINI

Read more ...

Tempahan dari fadhlin

Terima kasih kepada lin kerana sudi menempah full edit blog dari saya yang tak seberapa nih hehe.

Blog fadhlin ni bercirikan islamik ,ilmu-ilmu agama,jadi pada sesiapa nak menambah ilmu tu,rajin-rajin berkunjung ke blog Lin ok,


Bangga sekejap sebab doodle itu adalah hasil tangan saya sendiri,walaupun tak cantik tapi bolehlah hehe ,banyak lagi kena belajar,dari segi bentuk dan gaya doodle.

Untuk ke blog lin klik klik sini
eh napa entri ini jadi popular post eh?huhu,



Read more ...

Design kad raya

Pertama kali mengambil peluang mencuba mendesign kad raya untuk rakan blogger kita ,cuma bahagian print je bukan tugas saya hehe.


Tak tahu rasanya nak tetapkan harga untuk kad raya ni,

Dan doodle itu adalah hasil tangan saya sendiiri,tiba-tiba muncul pula  idea nak buat doodle tu duduk di atas mercun buluh,dan di atas bulan,dihiasi bintang-bintang .

Hehe,comel tak?
Pesanan buat adik-adik semua,jangan main mercun ye,hehe





Read more ...

Tips bibir cantik seperti gadis korea

Gadis-gadis di luar sana semestinya menginginkan gaya bibir yang cantik dan mungil seperti gadis korea kan?

Mari kita lihat tips bergambar di bawah



Penjagaan bibir juga janganlah diabaikan,bibir yang hitam sebenarnya tidak sesuai untuk mengamalkan tips ini,jadi untuk mengatasi masalah bibir hitam ini anda perlulah mencuba petua tradisional seperti berikut

1'Sapukan tomato merah di bibir anda setiap hari,tomato merah ini dapat melembutkan bibir "serta membuat bibir kemerah-kemerahannsecara semulajadi

2.Ini adalah tips yang saya selalu amalkan sapukan rumpai laut di bibir anda setiap kali sebelum tidur

3.Sapukan majerin di bibir tiap kali sebelum tidur .Keesokannya basuh bibir dengan air suam atau air biasa.Hasilnya bibir akan terasa lembut dan merah secara semulajadi.Tips ni memang berhasil dan selalu saya amalkan .

Itu saja entri untu hari ini,
Read more ...

Art trade bersama Azzah said

Hai semua,

Ini adalah kali pertama saya ber -art trade atau bahasa ringkasnya mungkin bertukar-tukar lukisan dengan kak azzah said,lukisan kak azzah pun cantik dan comel.

Memandangkan saya pun masih baru dalam dunia doodling ni,harap akak azzah memberi bimbingan untuk saya hasilkan lukisan yang awesome seperti lukisan kak azzah,hehe,

Ini adalah doodle dari saya untuk akak azzah,

Warna merah dan hijau adalah permintaan dari kak azzah


                   

Macam mana ok tak?

Untuk singgah ke blog kak azzah sila ke sini
Read more ...

Pemilik blog cherry blossom akhirnya didedahkan

Macam tajuk berita pula,

Ini hanya sesi pengenalan diri ye walaupun saya dah lama berblogging,dari bulan 4. 2012 ,memandangkan ada ramai yang nak berkenalan dengan saya ni jadi hari ni saja buat entri santai-santai hehe,

Sesi pengenalan diri dah lama tapi entri entah kemana pula perginya,jadi kalau ada sesiapa yang terjumpa entri tu,rajin-rajinkanlah membaca kalau nak tahu serba sedikit ke serba banyak ke mengenai diri saya,

Kita ringkaskan saja ok,

Nama diberi izza sakura,hehe(bukan nama sebenar)

Kaum Cina+asli semelai

Jeng...jeng..jeng..


Mungkin entri ini akan dipadam jadi cepat cepat tengok,hehe

Ada komen?nak tanya apa-apa?tinggalkan komen di bawah


Read more ...

Tempahan doodles dibuka

Saya masih baru lagi dalam bidang doodling ni jadi saya harap anda faham jika hasil saya tidak secantik hasil doodlers lain

Cara membuat tempahan

1,Sila nyatakan design yang anda mahukan secara jelas,melalui email,facebook atau fanpage
2,Bayaran perlulah dilakukan terlebih dulu,
3.Sertakan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran.
4.Tempahan mengikut list order,

Cara pembayaran
1.Perlulah dilakukan melalui bank in sahaja,
2,Bayaran perlulah dilakukan terlebih dahulu,

Sila contact saya di
EMEL:damisya.maya@yahoo.com

FANPAGE:Blog Cik Maz (di belah kiri)

FACEBOOK;Maya Izara(di belah kanan)

Contoh2 doodle

1 doodle dewasa;RM30
1 doodle family RM70
1 doodle kanak-kanak RM20
Doodle couple RM 60


Untuk yang berminat sahaja
Read more ...

Doodles free hair

Selamat pagi semua,ada yang bertanyakan saya mengenai tempahan untuk doodle tu kan,untuk sementara ni saya rasa masih  belum bersedia untuk buka tempahan doodles tu,tempahan edit blog dan vector saja dibuka,

Memandangkan saya baru saja belajar melukis doodles ni,Kali ni doodle free hair pula hehe,



Macam mana ya?ok tak ke terlebih cantik?hehe

Nak buat gaya doodle tu agak susah sikit,ni terus lukis je,tak buat lakaran pun,semuanya dilukis mengikut mood,kalau mood ke laut,tak jadilah jawabnya,

Biasalah kerja melibatkan seni ni,kena sebati dengan jiwa dulu,banyak lagi kena praktis ni,dari segi kreativiti gaya doodle , kalau tak pandai nak gayakan doodle nampak kaku je,skin tone,shadow,banyak lagi kena belajar,

Jadi apa pendapat korang semua?



Read more ...

Freebies muslimah cute

Selamat petang semua,hari ni nak bagi freebies la ye,sila komen dulu sebelum ambil.

Doodle ni biasa je tak cantik mana pun,saja suka-suki buat  sebab nak praktis,hehe

Ada 3 colour je,



Read more ...

Doodle untuk Ainaa Roseberry

Semalam saya ada post mengenai doodle tu tak sangka pula cik ainaa ni berminat dengan doodle izza  ni,

Walaupun doodle saya tak secantik doodle akak nurdani,cci,dan akak cik dil,semuanya famous je kan

Tapi boleh lah kot sekadar nak mencuba je,hehe,geram trngok doodlers yang lain,comel-comel semuanya
   
      Doodle di atas adalah hak milik cik ainaa kita ye,seperti permintaannya,warna tema adalah merah jambu dan putih dan laptop toshiba

Harap cik ainaa terima la ye walau tak cantik,huhu,

Ok la inI saja entri untuk hari ni
                                                         
                                                  klik klik  AINAA



Read more ...

Doodle hasil photoshop

Hai semua,huhu ,dah makin banyak la entri kali ni,malam ni nak pamerkan sikit hasil lukisan doodle dari photoshop ni,

Walaupun tak berapa cntik tapi saja nak bagi anda semua tengok,ini adalah 100% peratus hasil dari photoshop,kalau  dah pandai lukis doodle ,boleh buat business ni ,hehe

Kalau ada sesiapa nak ambil pun boleh juga,silakan,,tu pun kalau ada nak ambil.

Sebenarnya saya lebih suka hasil dari photoshop berbanding paint tool sai,sebab photoshop hasilnya agak "sharp" sebab kita bermain dengan pen tool,pen tool ni la yang susah sebenarnya tapi hasilnya memang cantik,

Paint tool sai pula kurang kemas sebab guna curve saja,dah la tangan saya ni kidal,hehe

Ni hasil lukisan doodle tadi,tapi bila dah praktis lama-lama ,dah jadi biasa,
                   


Jadi macam mana ye?harap dapat bagi pendapat anda semua agar sayadapat memperbaiki lagi hasil lukisan ni.
Read more ...

Tempahan vector dibuka

Dengan ini saya telah membuka tempahan melukis vektor,

Untuk half body seperti di atas hanya RM10 SAHAJA manakala untuk full body RM15-RM30 mengikut kerumitan gambar.Cara pembayaran bank in/topup  celcom

          Anda hanya perlu memberi gambar yang bersaiz besar ,dan resolusi yang tinggi,syaratnya  anda perlulah membayar dahulu sebelum hasil lukisan disiapkan

       Antara vektor-vektor yang lain


             Untuk tempahan sila pm di fanpage Blog cik maz atau emelkan di damisya.maya@yahoo.com
Read more ...

Testimoni rumpai laut

Kali ni nak berkongsi mengenai keberkesanan rumpai laut @seaweed ni.Ini adalah testimoni saya sendiri tapi saya tak jual rumpai laut ni,cuma berkongsi kebaikan rumpai laut ni je,


Sebagaimana yang anda tahu,rumpai laut ni mempunyai 1001 khasiat,memang banyak sangat khasiatnya malahan ia juga sesuai untuk golongan berumur,golongan remaja,malahan budak-budak kecil pun boleh.cuma mungkin rasanya yang agak meloyakan bagi sesiapa yang baru nak mencuba.

Rumpai laut ni pun dikenali sebagai kolagen,tapi saya rasa bukan kolagen.Rumpai laut ni sesuai juga untuk sesiapa yang kurang makan sayur@ tak nak makan sayur,hehe.

Oh ,panjangnya membebel kan,ok terus kepada topik asal,dahulu wajah saya mengalami jerawat halus,atau mungkin jerawat pasir kot namanya,contoh bila kita picit ia akan keluar seperti bintik putih.Bintik putih ni akan menyebabkan muka berlubang dan terasa kasar.

                                     
Ni adalah wajah dahulu kala,harap jangan geli tengok pic ni.Gambar ni dah lama sebenarnya.
Masa tu pakai krim garnier,sebab tu nampak berminyak



Haa nampak,myang kecil kecil halus comel tu sebenarnya jerawat halus,macam ruam je kan,huh..

Setelah mengamalkan Rumpai laut ni dalam 5 bulan rasanya,jerawat dah hilang,parut pun dah kurang,

Muka pun nampak bersih je walaupun tak pakai krim ,nampak bersih sehingga ke malam,dan muka nampak bersinar,

Caranya adalah dengan hanya menyapukan rumpai laut ni ke wajah sehingga kering,boleh juga dibawa tidur,kalau saya bawa tidur je,hehe.

Keesokkan harinya basuh muka dengan pencuci muka ataupun nak lagi berkesan,basuh muka dulu dengan air suam kemudian barulah boleh sapukan rumpai laut ni ke wajah supaya pori-pori muka terbuka dan khasiat rumpai laut tu meresap ke dalam kulit.

Apa yang hebatnya mengenai rumpai laut ni kerana ia mengubati luka dari dalam cth luka-luka jerawat tu,bukan macam produk kecantikan yang hanya mengubati luka dari luar tetapi tidak dari dalam kulit,


Jadi tak rugi mencuba rumpai laut ni,saya dah cuba,anda bila?

Ini adalah hasil setelah lebih 4 bulan menyapukan rumpai laut ni dan mengamalkannya.

Oh ok malas nak rotate hihi,sengetkan kepala kalau nak tengok,Tanpa edit dan tanpa mekap ye,
Untuk gambar sebenar dirahsiakan...


Read more ...

Percubaan melukis

Selamat petang semua,

Tanpa banyak membebel sebab internet pun agak slow sikit maklumlah cuaca redup je,jom lihat dan komen hasil lukisan saya ni,urm agak -agak  boleh buat business tak ni ?hihi

           
paint tool sai


                                                   photoshop

                                              paint tool sai,ala-ala anime la konon,hehe

paint tool sai

Jangan lupa komen ya,bye...
Read more ...

Tuto photoshop:Licinkan kulit wajah

Kali ni tutorial photoshop ok,memandangkan lama dah tak bertutorial ,oh ya lupa ,tempahan  edit blog ditutup ye,saya nak berhenti mengambil tempahan,huhu,bestnya,

Beri peluang pada adik-adik yang mengambil tempahan edit blog tu dulu.
                                 
                                      Terima kasih kepada model kita kak ju

                                                          Step 1
                                         
                                           Buka ps kemudian klik open

                     
                                                    Step 2
                                  Klik layer background kemudian duplicate layer
                                   Yang dimerahkan itulah yang akan kita buang,
                         

Step 3
Klik filter >blur>surface blur

Step 4
Akan munculwindow seperti di atas,adjust radius dan threshold sehingga cela di wajah hilang

Step 5
Klik bahagian yang dimerahkan pula
Kotak tu akan jadi warna putih kan?

Step 6
Then klik ctrl+I kotak tu akan jadi warna hitam pula

Step 7
Klik kat icon brush ,pilih soft brush dan brush di kawasan muka yang ada cela ok

SIAP..senang kan?

Read more ...

Full edit blog Kak ju & Ain Nadia

Kak ju
                                           RM10 Theme: purple soft
                 Semoga kak ju suka dengan hasil saya yang tak seberapa ni
                                 
                                                   http://muffinsjue.blogspot.com/
                                                   
                                                        Ain Nadia Syahmina

RM10 Theme diamond and flowers

Kali kedua adik ni menempah edit full blog dengan  saya,thanks dik


Read more ...

Oh copycat

Setelah terbaca satu entri dari blog Whitey Mommy mengenai imej dan gambar dari blog beliau telah diambil tanpa meminta kebenaran.izza pun terdetik di hati nak buat entri mengenai copycat ni memandangkan izza pun salah seorang designer blog.

Saya tahu cik adik-adik semua nak blog cantik-cantik ,comel-comel kan tapi tak perlulah nak tiru hasil orang lain 100% .Cukup hanya untuk kita jadikan blog atau hasil design beliau sebagai inpirasi,inspirasi untuk kita menambahkan kreativiti dengan cara tersendiri,


Bayangkan untuk menghasilkan template blog yang cantik,kena banyak bermain coding,warna ,serta kreativiti,bukan senang ok,untuk seorang designer yang sanggup bersengkang mata,menghadap komputer berjam-jam,itupun salah satu kerja yang memenatkan.

Saya tahu ada yang nak meniru hasil design saya,tapi tak perlu saya sebutkan di sini,.Imej dan gambar yang ada di blog yang saya design itu adalah hak saya,hasil tangan saya.jangan sesuka hati mengambil hak orang lain dengan crop dan buang gambar yang lain.

Ok la sampai di sini saja entri hari ni,ini adalah peringatan buat sesiapa yang suka dengan kopi dan pasta tu ye




Meow...meow huhu
Read more ...

Remaja dan cinta?

Isu couple seminggu masih lagi hangat diperkatakan,bak pisang goreng panas la nampaknya .lebih hebat lagi dari cerita perkahwinan artis tersohor Siti Nurhaliza.Tetapi terdetik di hati rasa simpati pada gadis comel yang bernama Puteri Awani ni.Gadis kecil molek yang berbakat dalam bidang pidato,tetapi malangnya bakat yang ada tidak digunakan sebaiknya.

Setelah membaca komen-komen dari pengunjung blogger tersebut.ada yang memberi komen yang baik,malahan ada juga yang memberi komen yang negatif.Walau apa pun,puteri awani sudah menyedari kesilapannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Pada saya,remaja tatkala bercinta memang indah pada kali pertama,itu ini diturutinya .sampaikan pelajaran pun terganggu.

Pada remaja di luar sana,saya harap kisah ini dapat menjadi pengajaran buat remaja ,kalau nak bercinta tu boleh,tapi biarlah ada batasnya,batas antara lelaki dan perempuan.

Kalau boleh ,tumpukan pada pelajaran dulu,pelajaran paling utama,lupakan sekejap tentang isu percintaan ini.kalau dia jodoh kita,tak kan kemananya,ibarat

IKAN DI LAUT,ASAM DI DARAT
DALAM PERIUK BERTEMU JUA.

Lagipun belum tentu dia itu jodoh kita,tak perlu sumpah setia hanya untuk seseorang yang baru bergelar teman lelaki sahaja.

Jadi pada puteri awani dan kekasih hatinya ,mereka sudah meminta maaf dan tak perlu kita menuding jari lagi ,

Belajar bersungguh-sungguh kemudian dapat pekerjaan yang tetap barulah fikir mengenai cintan-cintun ni.
Read more ...

Eh,kuningnya gigi kamu!

Eur kuningnya gigi kamu"tak berus gigi ke?

Cara penjagaan gigi amat penting bagi kita,Jika dia seorang yang mementingkan tahap kebersihan dan kesempurnaan diri maka tahap penjagaan gigi akan lebih berdisiplin jadi jom semak kenapa gigi jadi kuning dan tips agar gigi menjadi lebih putih berseri.

Kenapa gigi jadi kuning ye?
1.Gigi jadi kuning disebabkan amalan pemakanan yang tidak betul,mungkin terlalu banyak mengambil makan yang manis cth gula-gula,dan sebagainya ala yang manis2 tu,sebab itu la digalakkan kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman"senyum sampai telinga pun tak apa,hee

2.Kejadian plak

3.Pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan gigimenjadi kuning

4,Merokok pun salah satu puncanya"merokok dapat merosakkan gigi serta menyebabkan gigi menjadi hitam,bukan kuning dah,nasib baik tak hijau,hehe

Jom putihkan gigi kamu
1.Arang
Cara ini dapat memutihkan gigi dengan tumbuk arang hingga halus dan gosokkan pada gigi serta kumur dengan air,jangan telan pula ye,huhu

2.Garam halus
Taburkan sedikt garam di ubat gigi dan berus gigi lepas tu kumur,cara ni juga dapat menghilangkan karang gigi

3.Buah pinang
Ambil buah pinang yang lering dan bakar sehingga menjadi arang ,gosokkan pada gigi dan kumur

Read more ...

Pahit manis dunia blogging

Sudah lama menapakkan diri dalam dunia blogging,bermula dari 1 blog kemudian menjadi 3 ,dan blog yang ketiga inilah yang akhirnya kekal sehingga ke hari ni,kerana sedikit kesilapan yang telah dilakukan maka blog tersebut terpaksa dibuang.

Berbekalkan nama IZZA SAKURA akhirnya blog ini telah mencapai 700ratus lebih  followers,dan diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan perkhidmatan edit blog,sungguh tak sangka kan,bermula dari blog inilah naz ,saya belajar sesuatu yang tak mungkin dilupakan sehingga ke hari ni.

Pada semua yang mengenali blog ini dari awal lagi,sudah tentu mereka tahu,akan jatuh bangunnya blog ini dari awal lagi.

Sunguhpun bukan blog sebangsa melayu dan berdarah orang asli semelai tetapi ia mampu berdiri setanding dengan blog yang lain,bukan untuk popular tetapi cukup hanya anda-anda semua menghargai  dan menghormati blogger yang bukan sebangsa dengan anda .menghargai erti 1 Malaysia .

Cukuplah tohmahan atau cemuhan yang diberikan kepada kaum kami,mungkin kaum kami tidak sebijak anda semua.

Terima kasih jua pada semua yang sudi memberikan galakan dan dorongan untuk saya meneruskan perjalanan blog ini,

Harapan saya semoga blog IZZA SAKURA@Cherry blossom ini dapat melangkah lebih jauh lagi kehadapan,

Tanpa anda semua,saya tidak dapat melakukannya,

 


Read more ...

Design pukal

Selamat petang semua,

Banyak masa dihabiskan di blog customer sampaikan blog sendiri pun terabai,

Entri santai-santai je hari ni ye,entri ni sebenarnya untuk menghargai customer yang menempah full edit blog dari saya ,di samping itu menambahkan trafik blog mereka.

Customer yang menempah ni hanya membayar RM10 untuk full template ,kerana ia adalah harga promosi.

Edit full blog dari Akak Mar Mansor



                                     Tema kuning dan pink color,nampak meriah,fun je blog ni kan,suka sangat,hehe

                                                         Design lama

                                    http://jnjikita.blogspot.com/


Full edit blog dari kak Aishah
                             

                 

Blog yang bercirikan tema santai,dan fun


Untuk menempah emelkan di damisya.maya@yahoo.com atau di Fanpage Blog Cik Maz@Maya Izara fb
Read more ...

KAMPUNG GIRL DI TV3

Setelah tamatnya kisah Sebenarnya saya isteri dia pada jumaat lalu,Kampung girl pula akan mula bersiaran pada 12 Julai nanti setiap hari jumaat pukul 9 malam ,semestinya cerita dari ini diadaptasi dari novel,jalan ceritanya agak menarik memandangkan saya pun tidak pernah membaca novel Kampung girl ini.



   

Gandingan pelakon Akim Ahmad bersama Nad Zainal,sebagai watak utama

Sinopsis Drama Kampung Girl TV3
Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.
Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang  keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf. Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.


Sumber: Sinopsis Dan Pelakon Drama Kampung Girl Slot Zehra TV3 | melvister.com 

Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni,,,
Read more ...

Wanita dan misai?

Urrgh seram je dengar,bila dikatakan wanita mempunyai misai?Macam mana nak jumpa orang ni?Ouh itu bukan misai ye cik abang-abang semua ,itu adalah kumis halus,

Kumis halus ni terjadi disebabkan lebihan hormon lelaki iaitu hormon androgen .Kenapa boleh jadi banyak?Kerana ia dipengaruhi faktor,semulajadi,genetik.pemakanan dan penuaan

Kumis halus tidak boleh dicukur kerana ia akan menjadi lebih banyak jadi,,cara yang disarankan adalah melakukan tweezing ,pemakanan pil mengawal hormon,laser hair removal,Hair Growth Inhibitor Lotion”Dan wax  dan cream tetapi boleh menyebabkan iritasi
Read more ...
Designed By Izzasakura