Breaking News

Melukis CHIBI

Hai semua,hari ni rajin sikit bab nak melukis CHIBI ni .Jadi dipersembahkan chibi cik maz yang tak berapa comel ni,

Chibi ni saya lukis menggunakan paint tool sai jadi bergantung la kepada mana-mana individu tu nak labelkan chibi saya ni comel ke,setengah comel ke and tak berapa comel langsung
                                  


      Comel tak?lawak pula tengok chibi  ni,Lukis guna pain tool sai je.Jangan lupa komen ok,terima kasih                                  
Read more ...

Awas!! Bahaya keputihan

                                    


Keputihan??Apa tu?

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
hey,gadis!Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan
Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Kredit:remaja
Read more ...

Ayat Gramatis untuk karangan BM(SPM)

Saya bukan guru bahasa melayu juga bukan seorang yang berbangsa melayu untuk mengajar bahkan untuk menjadi seorang guru bahasa melayu.Tidak layak bukan?tetapi kali ini saya ingin berkongsi sedikit ayat gramatis yang penting untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan Spm tidak  lama lagi,Harap pelajar dapat memanfaatkan  cuti dengan sebaik-sebaiknya agar tidak menyesal di kemudian hari nanti,Janganlah membuang waktu dan masa anda dengan perkara yang tidak berfaedah,Jadi tidak perlu kita berbahas mengenai ini.

Di bawah saya selitkan sedikit ayat gramatis yang akan membantu anda mendapatkan lebih banyak markah dalam karangan berserta maksudnya sekali.

                                                             
 1.signifikan: kepentingan
2. diadaptasikan: diubah suai
3. relevan: rasional, benar
4. menggesa: mendesak, mengarahkan
5. diimplementasikan: dilaksanakan
6. nafsi: pentingkan diri
7. dominan: berpengaruh
8. ironinya: sebaliknya, yang bertentangan
9. mangkin yang efektif: usaha yang berkesan
10. proaktif: maju
11. membejat: mengekang, mengatasi
12. sementelahan pula: tambahan lagi
13. kemenjadian: perihal menjadi, perihal sesuatu
14. agen perpaduan: pengaruh kesepunyaan kaum
15. nafsi perkauman: sifat kesepunyaan kaum
16. holistik: menyeluruh
17. rencaman: pelbagai
18. wadah: alat
19. kontemporari: zaman kini, era baru
20. meledakkan: meninggikan

SINONIM
1. indikator: penunjuk, penanda aras
2. pro dan kontra: kebaikan dan keburukan
3. mengobservasi: memantau, melihat
4. ikhtiar: langkah-langkah, usaha
5. menekan kemajuan: memperlahankan
6. marcapada: kini
7. cenderung: lebih gemar
8. menggunung: banyak, membukit
9. kotak pemikiran: pemikiran
10. tulang belakang: tunjang, sendi utama
11. norma: adat, kebiasaan 
12. eksploitasi: mengambil kesempatan
13. sebagai intiha: sebagai contoh
14. variasi: pelbagai, berbagai-bagai
15. polemik: isu
16. efektif: berkesan
17. memandang sebelah mata: melihat mudah, tidak serius
18. memacu: menyokong, mendorong
19. rumpun: negara
20. pentarbiahan: pendidikan
21. keterjelmaan: kejayaan, keterampilan

SINONIM
1.heterogen- pelbagai, berbagai-bagai
2.ghalibnya- lazimnya, biasanya
3.ruwet- sukar, susah
4.eksplisit- dinyatakan secara jelas, tiada selindung
5.nafsi- pentingkan diri
6.izhar- jelas
7.pragmatis- praktikal
8.mangkin yang efektif- usaha yang berkesan
9.evasif- mengelak, menghindarkan
10.signifikan- kepentingan
11.pidana- jenayah, kesalahan

Ayat gramatis di atas boleh disesuaikan mengikut soalan yang telah diberi.Jadi kepada pelajar yang akan menghadapi hari peperiksaan ,selamat berjaya dan mintalah restu  kedua ibu bapa anda.




Read more ...

Freebies Cute image

Hai readers and followers .Kali ni  saya ada sedikit freebies untuk semua,freebies ni  boleh juga buat header ke sidebar image ke,,ambik la tapi komen dulu ye,terima kasih.Ambik la yang mana suka tu tapi freebies sesuai untuk girl sahaja ye.Semua image ni dah transparent pun

Cara nak ambil
Klik kanan kemudian "Save image as" dah siap,





SELAMAT MENCANTIKKAN BLOG



                                       
Read more ...

Perkara yang tak perlu ada dalam blog.

Hai semua ,hari ni saya kongsikan sedikit tip yang mungkin berguna untuk blogger yang baru nak berjinak dalam dunia blogging ni,setelah 4 bulan lebih menerjah dari blog ke blog(blogwalking la tu maksudnya).Niat cuma ingin berkongsi sahaja kerana diri ini masih khilaf dalam dunia berbloging ni.
                                    
Perkara-perkara yang tak perlu ada:


Alert message
Tak perlu ada dalam blog kerana ini menganggu pengunjung anda kerana mungkin akan merimaskan pengunjung blog tersebut.

Welcome image(click here to enter)
Yang ni pun sama sebab akan menyusahkan blogger lain untuk blogwalking,asal nak blogwalking je,mesti muncul benda tu,rimas kan?

Music player yang tiada button stop...
Lagi merimaskan ,terutama jika berkunjung ke blog yang lagunya  rock kapak,jiwang bagai la,semua ada,.Memang tak salah tapi letak  la music player yang ada button stop tu disebabkan tak semua blogger suka baca entri sambil dengar lagu kan?
.

Word verification  for comments
Kenapa orang lain tak nak comment kat blog kita?SEBAB aPA?Sebab ada word verification ,benda ni pernah terjadi pada saya,saya dah baik hati nak komen tiba-tiba ada pula word verifaction ni ,jadi kepada blogger check dulu blog tu ada word verification ke tidak ye,

Terlalu banyak widget
Widget yang terlalu banyak ni menyebabkan loading jadi sangat...sangat lambat(macam apa?macam siput),terutama untuk blog yang terlalu sarat dengan widget jam la,dan seumpamanya.


1 Page 1 Post
Faham kan 1 page 1 post tu apa?Maksudnya di sini,1 halaman 1 post,ataupun boleh letak 2 ke 3 post ke kan,saya pernah blogwalking terjumpa 1 blog ni,loading dia agak lambat walaupun dia tak letak banyak widget/atau tak letak widget langsung,sebab apa?sebab dia letakkan terlalu banyak post dekat 1 halaman jadi loading blog dia pun slow,saya pun jenuh duk tunggu,tunggu macam tunggu durian nak jatuh ni,alahai lamanya ,,nasib baik saya baik hati ,saya follow juga dia(maaf kepada sesiapa yang terasa )

Cursor
Kalau boleh pilih la cursor yang simple sikit ye,(disebabkan itulah saya malas nak letak cursor)sebab bila saya nak scroll kat bawah,,ehhh kenapa tiba-tiba tak leh tekan ni?rupa-rupanya dia tekan kat benda lain,ish,,ish

Tulisan yang memerlukan kanta pembesar
Tiba-tiba terdetik di hati,nak datang blogwalking blog2 lain,baca je entri ,,alahai keciknya tulisan,penat mata ni nak baca. terutama untuk blogger yang menggunakan blogskin tu.

Mungkin tu je yang dapat saya kongsikan kali ni,harap-harap tiada sesiapa akan terasa dengan entri ni,cuma untuk tujuan pesanan sahaja,terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapa ni.
Read more ...

Haa?header baru lagi?

Hai semua,disebabkan tidak begitu berpuas hati dengan header lama,jadi saya dengan perasaan gembira bercampur happy(bukan sama ke happy dengan gembira tu?)eh pape je la.ingin memperkenalkan header terbaru saya .,,,,
sila tengok di bawah

sebelum

selepas






Jadi kepada sesiapa yang tak ada header tu,try la guna word ,powerpoint pun boleh
Maaf line slow sikit,,hurm sabar je la so tak dapat nak taip panjang2 ye.terima kasih

















Read more ...

Contoh karangan BM(SPM) yang cemerlang

                                                  Pendahuluan
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan .Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup menanam anak -anak perempuan hidup-hidup kononya mempertahankan maruah diri ,keluarga dan kabilah.Amalan jahiliah itu kini berulang lagi ,malah lebih dahsyat lagi apabila sesetengah bayi dibuang merata-rata tempat.Antara lokasi yang menjadi tumpuan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi adalah di kawasan surau dan masjid,tandas serta di tepi jalan dan lain-lain lagi. yang bakal terdedah kepada risiko kematian atau menjadi mangsa binatang buas.

Ini adalah contoh karangan pendahuluan yang sangat baik.Kita lihat di situ -,terdapat penerangan yang amat jelas dan terperinci dimana soalan-soalan sepertimana   Apa?Siapa?Bila?Bagaimana?Dimana? telah dikupas dengan lanjut.

   Pelajar dinasihatkan agar  mengupas isu ini dengan merujuk kepada apa ,siapa,bila ,dimana serta bagaimana kejadian itu boleh berlaku   

Ayat yang gramatis juga perlu dimasukkan contonhya seperti aqidah.Aqidah bermaksud akhlak seseorang .Jadi pendahuan diatas merujuk kepada ketiadaan aqidah iaitu ketiadaan atau kurangnya akhlak .                                          
Read more ...

Kenapa kucing makan rumput?



Kenapa kucing makan rumput?kenapa ?kenapa?
                                         
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai yang tak tahu,Kadang-kadang kita selalu nampak kucing tu  makan rumput kan,kenapa?dah tak ada makanan lain lagi ke?KENYATAAN tu sama sekali tidak berasas kerana kucing memakan rumput disebabkan ingin memuntahkan bulu yang mati ataupun tersangkut pada lidah semasa mereka sedang membersihkan bulu mereka.Jadi tak hairan lah kenapa kucing ni makan rumput kan?.Bulu yang tersangkut pada lidah tu dikenali sebagai hairball.





                  

Jadi sesiapa yang memelihara kucing dalam rumah tu,sebaiknya tanam rumput di dalam pasu agar kucing memakannya dan memuntahkan hairball tersebut.Untuk menghindari hairball juga jangan lupa sikat bulu kucing tu.

Read more ...

Cantik?perlu ke?


Lelaki memang menyukai benda yang cantik,tak gitu?wanita pun sama ,sebab itu wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik apabila berada di khalayak ramai terutamanya apabila berada dengan pasangan mereka.

Wahai wanita -wanita semua,selalunya orang lelaki memang memandang kecantikan semata-mata tetapi  lelaki yang memandang kecantikan  itulah yang tidak setia,apabila pasangannya mula kelihatan hodoh,ada kedut sana,kedut sini,,mulalah hati pun beralih perasaan.

Tak perlu kita nak perangkap lelaki dengan kecantikan palsu kita,jadilah diri kita yang sebenar walau apa apapun itu adalah ciptaan tuhan,dan mungkin ciptaan itu ada hikmahnya yang tersendiri. Kalau kita tak cantik,tak perlu risau sebab lelaki bukan menjadikan CANTIK syarat untuk berteman.

Ada lelaki yang sanggup menerima kita seadanya asalkan kita ikhlas,kaya budi pekerti,dan pegangan agama kita yang utuh,Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan,kecantikan hati itu lebih penting,tak guna juga cantik,tapi tak pandai memasak.Kecantikan itu pun tak pernah kekal,kerana tiada manusia pun dalam dunia yang akan kekal muda hingga akhir hayat mereka.Bila tiba masanya kecantikan akan hilang jua,

Seringkali kita juga melihat,orang yang tidak cantik berjodoh dengan orang yang segak bergaya hingga kita berkata dalam hati ,,buta ke dia?no no no dia memang tak buta langsung tapi dia melihat sesoerang itu dari hati buka dari rupa paras dia.

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Read more ...

Selamat datang header baru,

Hye semua,lama rasanya saya tak update blog ni kan..ehh(lama ke ?bukan ke semalam baru update?)

Okla memandangkan hari ni rajin la sikit,otak kepala ni asyik fikir  nak design header,tapi time buat free header,laju je idea keluar,,time nak buat header sendiri alahai bukan main ambil masa berjam-jam duk menghadap laptop ni,,tak mandi tak makan dan tak masak pun,ehh no no no takleh camtu k,tu la terlebih ketagih it da tu.Walau apa pun,kita tetap juga teruskan kehidupan kita macam biasa k jangan disebabkan sesuatu sampai kita lupa nak makan ,nak buat kerja semua tu.

Ok lari tajuk pula dah(haaa tajuk pun boleh lari ea?)ish2 nanti penat pula tajuk tu kan asyik lari je.'

Header baru yang comel lote ni bak kate org kelate,,(yke?) saya design simple-simple je(sila jealous skrg).saya tahulah header saya cantik(ahaks perasan...).using photoscape+paint net for transparent background and godek-godek je dalam lappy ni untuk imej

nak tengok?kat bawah ni ..
second(boleh lah )
First header(Tak sesuai)
  
Part yang saya suka dari header ni sebab tulisan dy using REALWORLD paint lebih kurang macam adobe ,photoshop memang cantik,btw agak senang nak guna tapi kalau nak belajar guna realworld ni terpaksa explore sendiri ye if tak faham bahasa bahasa inggeris,sebab kebanyakan banyak tutorial versi bahasa inggeris.Yang awan tu using realworld juga and ada sedikit gradient kat situ,nampak kan?

Ok la itu sje untuk hari ni,,murid-murid,,,,:)

            
Read more ...

Berat Badan Naik ketika haid

Betul ke berat badan boleh naik ketika haid?Memang perkara ini berlaku pada kebanyakan wanita tetapi anda perlu menerima hakikat bahwa pertambahan berat badan ketika haid adalah sebahagian daripada simptom sebelum haid (PMS)yang wanita pernah alami.

Mari kita lihat apakah penyebab berat badan boleh meningkat


1.Pembendungan air
Biasanya .berat bertambah ketika haid disebabkan takungan air dalam badan/edema  dan ia bukanlah berat daripada lemak dalam badan .Ia kerana disebabkan perubahan hormon dalam badan yang tidak menentu  dan tidak berada pada tahap normal ketika haid.Wanita menyimpan air di bahagian tertentu seperti di lengan,perut dan kaki,.Sesetengah wanita juga mengalami bengkak di dada dan mengakibatkan ketidakselesaan fizikal

2.Nafsu makan meningkat dan makan berlebihan 
Perubahan nafsu mengakibatkan keinginan yang kuat untuk makan  .Ini selalu terjadi pada wanita yang mengalami PMS.Keinginan akan meningkat dan mungkin melebihi jumlah kalori yang diperlukan badan terutama apabila mengalami pendarahan yang banyak 

3.Kembung perut
Pengumpulan gas dalam perut adalah penyebab kembung perut ketika haid dan menyebabkan masalah sembelit yang biasanya terjadi ketika haid .Malah jika seseorang itu sakit perut seperti sengugut,ia mungkin 
disebabkan kembung perut.

4.Kurang gula dalam darah
Tahap magnesium berkurangan dalam darah dan penghasilan insulin menjadi rendah .Wanita ketika haid mengalami kekurangan gula dan menyebabkan nafsu makan lebih tinggi agar paras gula berada pada tahap normal..

Cara pencegahan
1.Kurang mengambil sodium 
Ini akan mengurangkan  pembendungan air dalam badan .Sayur dalam tin,kicap,serbuk perasa.makan ,makanan diproses  mengandungi sodium yang tinggi  menyumbang kepada pertambahan berat badan ketika haid.Jadi elakkan pegambilan sedemikian

2.Bersenam
Bersenam dapat menggelakkan sakit kepala,perubahan mood dan nafsu makan yang tinggi ketika haid.

3.Pengambilan serat
Pengambilan serat digalakkan untuk mengawal berat badan dan nafsu makan sekaligus mengurangkan masalah gemuk air.

4.Makan makanan berkhasiat dalam jumpah kalori yang diperlukan .
Pilih makanan yang tinggi serat,protein tanpa lemak,bijirin,buah-buahan,dan sayur-sayuran,

Akhir kata,kenalilah diri anda kerana setiap wanita mempunyai kedatangan haid yang unik dan tersendiri.

Sumber:Harian metro
Diolah semula oleh :Cik Maz



Read more ...

Sabarlah sayang:)

Rasa susah dan payah itu sering kali mengiringi setiap perjalanan hidup kita  membuatkan kita selalu berasa putus asa,Sehinggakan setiap apa yang kita lakukan seolah-olah tidak bermakna buat kita,mungkin kita berasa kita tidak membuat sesuatu yang tidak  menguntungkan buat orang lain,mungkinkah?Adakalanya dalam hidup ni kita memerlukan kesabaran,kesabaran sebagaimana seorang ibu menjaga anaknya.Kesabaran sebagaimana seorang guru mendidik anak muridnya,kesabaran sebagaimana seorang jururawat melayan kerenah pesakitnya,mungkin dalam masa itu ,hati seorang guru terluka disebabkan anak-anak muridnya tetapi luka di hati ,siapa yang tahu,

Seringkali saya bertanya dalam diri,adakah saya seorang yang sabar?sabar apabila melakukan sesuatu...,tatkala itu satu suara syahdu, berbisik di hati,melontarkan setiap soalan demi soalan memberi peringatan.

Sabarlah sayang...

Sabarlah sayang...

Suara yang terlalu syahdu membisikkan alunan kata mengikut irama hati..

Seringkali saya juga terfikir saya ingin lari daripada semua masalah yang saya hadapi.saya tidak kuat lagi..saya ingin lari dari dunia realiti,dan ingin bersembunyi di balik suatu tempat yang tenang,mendamaikan,,terlalu mendamaikan tanpa ada manusia-manusia yang sibuk dengan urusan duniawi,
Read more ...

Doodle

Selamat malam semua.

Oleh kerana saya ni terlalu suka bab mendoodle -doodle ni jadi terhasillah sebuah doodle(ha?sebuah ke?)ok abaikan,terhasillah sebuah doodle yang tak berapa cantik ni,oleh kerana tangan ni gatal sangat nak melukis,sila tengok bawah ye...


                                                                  buruknya,hehe
Ni la first hasil doodle dibuat oleh Cik(hmm cik spe ea?)dengan menggunakan EN .pAINT TOOL SAI,ada sesiapa nak ambil tak?tak comel ,pon .
Read more ...

Free Header

Semenjak peristiwa yang berlaku semalam dan hari ni saya bertungkus lumus untuk menyiapkan header yang tak berapa cantik ni.Kalau ada sesiapa nak ambil ,boleh je dengan syarat komen dulu.Header ni berukuran 960x500 .





    ok,selamat mencantikkan blog anda.. cara nak ambil klik kanan then tekan save image as.                         
Read more ...

Free Header

Memandangkan mood saya hari ni baik,jadi saya telah bermurah hati untuk memberi Cik blog ni header yang saya edit ni.Harap Cik Naz suka k, sebb header ni takdela cantik sangat,ni headernya
                                               











   Cara nak ambil,Klik kanan dan tekan  'Save images a header ni berukuran 960x500.Mungkin terlalu besar rsenya,btw hope naz suka k walaupun takde pilot tu,

Read more ...
Designed By Izzasakura