Breaking News

Tempahan sticker

Stiker ni baru pertama kali buat,ada juga yang berminat  tempah stiker untuk kedai kek beliau,terima kasih sangat kak linda,

Walaupun baru pertama kali aktif melukis illustrasi ni,ada juga yang sudi menempah,sekurang-kurangnya dapat juga mengasah bakat melukis,rasa bersemangat bila ramai yang tempah illustrasi ni.

Tetapi untuk bahagian printing,akak linda yang print sendiri,

jual kek,jual stiker,tempah stiker
Satu illustrasi berharga RM18(Tak termasuk bahagian print)

Hasilnya
Kamera tab yang tak berapa cantik,jadi maaf gambar tak jelas.

Untuk tempahan boleh emelkan saya di damisya.maya@yahoo.com atau boleh pm di fanpage blog cik maz,di belah kanan blog



Read more ...

Design blog niraboutique

Salam sejahtera semua,uish berhabuk sudah blog ni kan,hehe,dah lama tak update. sibuk katakan,tukang komen pun nampaknya semua dah lari,apa nak buat,terima je la.

Bila cuti sekolah ni banyak sikit tempahan,dan kali ni ada juga yang berminat menempah illustrasi walaupun illustrasi saya tidaklah secantik dan secomel mana,hehe,

Jom usha blog ni,tempahan dari kak nira,terima kasih kepada kak athirah diyana sudi mempromote saya kepada beliau

footer 

header
 TEMA:BUNGA
Warna:Pink ,purple

Jemput follow http://niraboutique90.blogspot.com/

Read more ...

Tutorial photoshop

Salam sejahtera semua,fuhh sudah lama blog ni tak berupdate,nak update guna bloggerdroid malas pula .

Ramai yang bertanyakan saya tentang tutorial photoshop dan maaf ya,saya bukanlah PAKAR PHOTOSHOP jadi kalau soalan yang susah tu saya tak dapat jawab sebab saya guna cara tersendiri bila guna photoshop ni.kalau nak mengajar tu memang tak pandai.

Disebabkan itu,saya mencari website tutorial photoshop untuk korang semua belajar

Read more ...

Tempahan illustrasi dibuka

Hello semua,kali ni mencuba peluang pula untuk menjual illustrasi,walaupun masih merangkak lagi bila guna photoshop tapi boleh dikatakan ada sedikit kemajuan,ini disebabkan gara-gara semalam tu ,dalam hati rasa macam nak melukis,tapi tak tahu nak lukis apa jadi terciptalah illustrasi ini,

murah,illustrasi,doodle
Agak kurang kemas sedikit ,Illustrasi ini adalah hadiah buat kak nurdani younique kerana telah banyak membantu saya.

Tempahan illustrasi untuk pertama kalinya hanya RM18 SAHAJA ,Sesiapa yang nak tempah cepat-cepat pm atau hantar emel di damisya.maya@yahoo.com atau fb saya

Read more ...

Full edit blog Shafiqah Azlin

Selamat pagi semua,dah lama juga tak update hanya untuk melaksanakan tugas menyiapkan tempahan,huh bila cuti sekolah macam ni berduyun tmpahan datang,nampaknya mood untuk  bercuti dari mengambil tempahan tak dapat dilaksanakan lagi

Rezeki katakan,walaupun design saya tak ada la secantik mana tapi ada juga yang sudi tempah,terima kasih semua.

tempahan,blog cantik
Tema:Santai dan comel
Warna:Pink,blue,white,(mix n match)
RM30

Header di atas menerangkan tentang ciri-ciri peribadi tuan punya blog,

design blog,full template
Bahagian footer yang ringkas

 Adik ni newbie lagi ,jadi entri pun tak ada lagi jom kenal-kenal sambil                    follow misztalynncikebum.blogspot.com
Read more ...

Tempahan timeline facebook

Timeline ini ditempah oleh kak shuaili berserta template blog beliau.Sudah lama siap sebenarnya cuma hari ni baru berkesempatan nak publish di blog,ini pun guna tablet saja.jadi maaf ya gambarnya agak kecik sikit.



Untuk illustrasi tersebut harga mengikut design.Harga RM5-RM15 mengikut design

Boleh juga dibayar melalui topup atau bank in,

Dan untuk pengetahuan semua,tempahan sudah dibuka jadi cepat-cepat pm saya kalau nak tempah,hoho.

Ok itu saja bye2 semua,maaf tak dapat blogwalking
Read more ...

Full edit blog Ain Zuhairi

Tempahan dari ain zuhairi,
Design yang agak ringkas dan comel gitu,hehe
                                           
                                                   Tema:Pink and purple
                                               
                                        Jom follow ainpunyeceritalah.blogspot.com



Segala tempahan telah ditutup.

Read more ...

Pelakon mirip Nia Ramadhani


Sekilas pandang,artis cantik bernama Amyra Rosli ni mirip seperti pelakon indonesia,Nia Ramadhani yang popular menerusi cerita Bawang merah,Bawang putih.

Saya mengenali pelakon baru ini melalui cerita Kampungku aidiladha,yang membawakan watak Maya,orangnya memang cantik.

Jom kita lihat persamaan wajah Amyra Rosli dan Nia Ramadhani


Amyra Rosli



Nia Ramadhani
Read more ...

Tips sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan

Walaupun rasanya sudah terlambat untuk publish entri ni,tapi saya rasa ia bermanfaat buat sesiapa jua yang akan menghadapi peperiksaan ada tahun ini,hari-hari yang mendatang.

Peperiksaan inilah yang ditakuti oleh semua pelajar,kerana peperiksaan ini akan menguji tahap mana korang faham semasa korang belajar tu,

Jadi saya berikan tips yang mungkin agak berbeza sikit dari yang lain.

Yang pertama
1.Lupakan atau putuskan hubungan dengan bf/gf
Ha...ini masalah utama pelajar,sesiapa yang ada bf/gf terutamanya budak remaja yang masih bersekolah tu lupakan dulu kisah percintaan agung korang tu ,tumpukan pada pelajaran dulu,sebab hubungan couple tu akan menjejaskan prestasi dan semangat untuk belajar.Bayangkan sewaktu korang sedang menghadapi exam.tertiba-tiba gf/bf tu minta putus,haa jawab la exam sambil menangis...hoho,,banjir pula nanti..

2.Pastikan diri serta keluarga sihat
Tekanan juga menyebabkan kita stress semasa peperiksaan jadi kalau rasa tak sihat tu,cepat-cepat makan ubat.Keluarga pun kena jaga kesihatan.terutamanya ibu dan ayah.sebab ini akan mempengaruhi /menganggu peperiksaan anak-anak nanti.Perkara ni saya pernah hadapi,sampaikan untuk jawab peperiksaan pun tak fokus.

3.Belajar secara bijak
Belajar secara bijak ni sebenarnya bukan membaca semua buku yang ada,belajar secara bijak ni bermaksud membaca nota-nota penting saja,supaya otak tu tak rasa tertekan dan tak berserabut.Nota ni maksudnya ringkasan sebaiknya ditulis dari awal lagi sewaktu form 4 ,atau form 1.

4.Sediakan peralatan peperiksaan
Ini kita dah tahu kan,jadi tak perlu duk pinjam sana sini,sampaikan kerusi meja pun nak pinjam.

5.Bersarapan pagi
Tidak perlu mengambil makanan yang berat cth daging kerana ia akan menyebabkan kita mengantuk sewaktu peperiksaan sedang berjalan.

6.Tidur awal
Tidur pada waktu yang tetap supaya badan lebih segar dan tidak mengantuk pada keesokan hari.


Itu saja tips dari saya,semoga bermanfaat,tips yang lain tu semua kita dah tahu kan
Read more ...

Full edit blog Syera

Ingat lagi tak entri ini?

Akhirnya siap sudah mendesign blog beliau,

tempahan design blog,edit blog
Tema:Garden


Dan ini adalah illustrasi 100% dilukis oleh saya sendiri.Illustrasi adalah mengikut muka tuan punya blog,hehe.

TADAAAA........
illustrasi,murah


Footer

Maaf saya bukan pakar  jadi sebarang cacat cela itu harap dimaafkan.

Read more ...

"Orang kita"di tv3

Rancangan 'orang kita" baru saja bersiaran pada hari sabtu minggu lepas,tak sempat tengok episod 1 ,untuk episod ke 2 ,tv 3 telah mengunjungi kawasan perkampungan orang asli Mahmeri di Pulau Carey.






Aidid marcello merupakan pengacara rancangan ini.



Salah seorang penduduk di kawasan pulau carey yang giat aktif mengukir patung diperbuat daripada kayu,yang uniknya wajah/imej patung tersebut dialami dari mimpi.

Patung yang diukir ini bukan saja unik malah dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit.


Semasa sambutan "Hari Moyang".Dari segi pakaian dan pelbagai hiasan juga dibuat sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit.

Pada yang nak mengetahui budaya masyarakat orang asli di Malaysia,jangan lupa like fanpage orang kita dan menonton rancangan orang kita pada hari sabtu ,pukul 6 petang.

Kredit gambar:Fanpage orang kita
Read more ...
Designed By Izzasakura