Breaking News

Header hasil photoshop

Nak tengok header baru?tu kat atas tu,buruk kan,ok penghasilan header untuk orang yang pemalas aka kekurangan idea macam saya,hehe.

Tengoklah nanti nak tepek header yang cantik -cantik sikit,tapi tengah kering idea pula nie,tak tahu nak hasilkan header macam mana lagi ea?

OK tajuk tu bertukar kan,selalunya cherry blossom lagi,siap ada lagi makhluk tuhan yang panggil cik cherry ,hehe,kan dah kne..tu la lain kali letak la nama sebenar,
Tema untuk header kali ni simple je,tapi bertemakan warna biru lembut dan terang,,hmm boleh tahan cantik juga lah

Ada sesiapa nak tempah header?boleh inform nanti k kalau berminat,Tiada unsur paksaan di sini.Oklah setakat ni je entri untuk hari ni,nantikan header untuk cik naz pula ye,percuma je,,


Read more ...

BE Mine..


Kecoh dunia youtube apabila kelahiran artis baru iaitu Tasha Manshahar dengan lagu be mine yang sangat santai dan semestinya memikat hati para pendengar 

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja
c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you
Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever
**********************
Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar
Read more ...

Tutorial buat header comel cara Cik Maz

Hari ni nak bagi tips untuk semua yang tengah nak belajar buat header untuk blog .Buat header ni tak susah mana pun,guna photoscape untuk buat tulisan lepas tu transparent guna paint net,senang je kan?Tapi cara saya lain sikit,Disebabkan saya tak boleh nak download adobe dan yang seangkatan dengannya tu,saya guna je apa yang ada dalam lappy ni,

First:Google gambar yang nak buat header.Kalau rasa gambar tu comel ,ambik la,save dalam lappy
         
                                                             Contoh:Marie cat

Kemudian buka photoscape,tekan kat editor kemudian menu  dan new photo,

                                                                                 ok siap 

Saiz header tu ikut kesesuaiaan blog anda.Lepas tu transparentkan header guna paint net ,

Senang kan?

Ni antara gambar yang saya google tadi,Boleh buat imej header ke,sidebar ke,ikut kreativiti masing-masing,Tak perlu kredit, tapi saya minta jasa baik anda untuk komen dulu kalau nak ambil,terima kasih



        Komen dului,thanks,,                                                   
Read more ...

Kamu manja?Atau mengada-ada?

Read more ...

Tolong jangan abaikan perasaan anak,

Read more ...

SEGMEN CUTI-CUTI BY ERNY

   Segmen kedua yang saya join,Kalau ada sesiapa yang berminat jom ramai-ramai meriahkan contest ni,hadiahnya pun menarik .Rugi kalau tak join.
                Klik banner kalau nak join.Tarikh segmen ni tamat pada 3.12.12.Join cepat!!!                                  
Read more ...

Tempahan blog

ENTRI SERIUS

Saya bukanlah pandai mengedit blog  dan masih lagi belajar tapi niat dan tujuan saya membuka tempahan edit blog ni adalah untuk menjadikan blog anda mesra pengunjung dan tidak serabut dengan widget-widget yang bertaburan di blog sehingga melambatkan loading blog,dan pengunjung pun malas nak masuk.

Jadi saya akan membuka tempahan ini bagi sesiapa yang berminat sahaja,Istilah bayar dulu baru buat merupakan peraturan bagi sesiapa yang berminat dengan tempahan ini.Cara pembayaran
melalui top up RM10 untuk full template,murah kan?

Sesiapa yang berminat boleh email  saya di damisya.maya@yahoo.com ataupun boleh add saya di fb sebelah kiri blog ini.Saya akan cuba yang terbaik untuk mengedit blog anda mengikut permintaan anda sendiri.

Dan untuk pengetahuan anda juga,saya bukanlah pengguna photoshop,adobe illustrator,dan yang berkaitan dengannya.Saya hanyalah menggunakan kreativiti saya sendiri iaitu dengan paint net(untuk transparentkan header)photoscape(untuk membuat header) dan sebagainya.

Jika anda sebarang gambar yang ingin disertakan untuk membuat header,saya akan cuba yang terbaik.Sertakan ciri-ciri blog yang anda mahu dari segi background dan yang berkaitan dengannya.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya saya,ataupun tinggalkan komen anda di bawah,

Terima kasih.


Read more ...

Tutorial For newbie

Tadi masa tengah blogwalking,terjumpa satu blog ni yang ada word verification,jadi kepada blog yang berkaitan tu,pastikan komen tu tak ada word verification ok,

Nak buang word verification tu ni caranya

                                                      First klik kat settings

                    Nampak kan yang dibulatkan tu,,Show word verification tu tukarkan kepada no,,

Done.kemudian tekan save settings yang ada kotak merah,kt atas

Faham kan??kalau tak faham ,leh tanya.terima kasih
Read more ...

Cantik ke kalau kulit putih?

Kebiasaanya kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita ada,kulit dah putih ,nak putih lagi,Malaysia kita memang terkenal dengan produk memuthkan kulit muka,tapi bila kita tengok orang negara Barat muka dah putih tapi kalau dah perangai tak elok,orang tetap pandang serong pada kita,

Jadi apa yang saya nak bagi pendapat kat sini,tak kiralah kita secantik mana pun,mekap tebal-tebal tapi kalau dah perangai tak elok,semua keburukan kita orang akan nampak,dan kecantikan itu akan hilang lah.
                                          
                                            
Kalau kulit kita gelap sekalipun tapi hati kita bersih,tak ada niat jahat sikit pun,mesti semua tu akan terserlah kat muka kita kan,,betul tak?dan kepada lelaki-lelaki di luar sana tu,jangan memilih isteri nak yang cantik je,tapi hati budi..tak ambil peduli,asalkan isteri dia cantik,
                
Cuba kita tengok model-model barat yang berkulit gelap contohnya Afrika ,walaupun berkulit gelap tapi dapat juga jadi model kan

Yang penting hati ,bukan rupa,dan yang pling penting klik sini ya terima kasih
Read more ...

Siapakah blogger misteri ini?

Pelik tajuk atas tu kan,sememangnya tak pelik pun ,mungkin ramai yang tak tahu siapa blogger di sebalik blog ni kan,,sebab saya tak terlalu menonjol dalam dunia maya ni pun,mungkin orang anggap 'biasa-biasa sahaja'
                                      
Tidak perlu  untuk  bercerita panjang Saya merupakan gadis asli yang berasal dari Pahang,tak percaya?tanya mak saya ,hehe.Berdarah kacukan cina+semelai,,tak percaya lagi,,?,tanya nenek saya,,hehe,

Masih baru dalam dunia blogger dan sentiasa mencari pengalaman ,suka akan kreativiti.Berminat dalam seni quiling .

Nak tengok gambar?Ish tak payah la ea...kalau nak tengok juga,mai2 meh add fb saya meh..hehe,so bagi sesiapa yang dah kenal atau pun belum kenal lagi tu ,selamat berkenalan ,semoga kita dapat mengeratkan tali silaturahim sesama blogger ,bukan sahaja di dunia maya tetapi juga di dunia realiti.


Oklah  ni je entri untuk malam ni,

Terima kasih semua yang sudi follow tu,
Ada apa-apa nak tanya lagi pasal saya?
Read more ...

Tempahan blog

Seperti tajuk yang tertera di atas,tertera ye bukan tentera,,,Tempahan blog telah di buka jadi kepada sesiapa nak edit blog sila beri komen dan kerjasama anda agar proses mengedit berjalan lancar,,

Terbuka kepada semua golongan sama ada remaja,datuk nenek ,ibu ayah mai2 edit blog ...

Ada sesiapa nak edit tak??
...


OK Entri merapu je,sila jangan percaya pula k,hehehe..
                                                
Header telah bertukar lagi ,header ni special sikit,sebab design guna microsoft excel.percaya tak?hasilnya pun ala-ala 3d,biarpun tak ada photoshop ,or gimp bagai,leh juga kita explore sendiri kan,asalkan kita kreatif dan  berimaginasi tinggi untuk  buat header ni .Tapi bisalah tiap pekerjaan mesti memerlukan kesabaran,sabar itu penting.
                                      
Itu sahaja entri untuk hari ni

Terima kasih sudi bertandang

P/S :Masih dalam mood mengedit blog,pening2 lalat tengok coding.
Read more ...

Review Chinese story

Hai semua,
Hari ni bersemangat pula nak review ceita cina kesukaan saya,,,eh saya ada benda nak bagitahu ni,,meh dekat sikit,,shhh,,,jangan bagitau kat orang lain ok,,promise...OK actually saya ni peminat setia cerita cina dari kecl lagi,korea?oh korea tak minat pun,,,dan ni adalah cerita cina yang best sangat pernah saya tengok

                                                               Chinese Paladin
                                                Hero dan heroin cerita ni
Mining magnate(cerita ni masih bersiaran lagi,banyak pengajaran yang kita dapat,and cerita ni best)
  The legend of Mok         (yang ni pun sama,pengajaran untuk semua                            
Read more ...

Manusia biasa

Siapakah pemilik sebenarnya blog ini?Mungkin dia seorang yang hebat ?oh tidak,,,,tidak sama sekali .Sedangkan bermadah pun tidak mengerti apatah lagi ingin menyusun kata atau bicara yang merungkai terlalu banyak sel-sel di otak seseorang individu untuk menikmati karya penulisannya .

Dia cuma hanyalah insan biasa,biasa seperti mana?Biasa seperti blogger lain juga.Selama mungkin dalam 7 bulan lebih,meneroka dan mencari pengalaman untuk menjadi blogger yang terbaik di antara yang terbaik,Setiap pandangan dari karya penulisan blogger lain diperhalusi dengan baik,dan setiap kata yang tersirat di situ memberikan sejuta makna yang dapat memberikan kesan yang sangat mendalam buat pembaca,Terlalu banyak yang saya perlu perbaiki . .


Blog saya ini hanyalah sekadar luahan hati saya kala saya berduka cita,tempat berkongsi perkara-perkara yang saya belajar mengenai kehidupan.Mungkin saya tersesat di alam maya ini tanpa arah tuju,ibarat terumbang-ambing di lautan tanpa ada sesiapapun yang menemani,kecuali sang bintang di sudut sana ,kelam ,sayu,malap dan tidak terang cahayanya,Lihat,betapa kerdilnya diri saya ketika itu.

Tetapi sang bintang itulah yang setia menemani kegelapan malam tatkala saya bersendirian ketika itu.Sang bintang itulah yang memberikan jalan untuk saya ,mungkin jalan yang harus saya tuju,Jalan yang penuh dengan sinarnya mentari pagi,terbuai hati melalui alunan-alunan kicauan dan siulan burung yang mengasyikkan .

SAMPAIKAN saya terlupa..terlupa kerana apa?Terlupa kerna alam ini terlalu indah buat saya,mungkin hari ini baru saya mengerti betapa indahnya kurniaan Tuhan.Sangat indah...Tetapi sya tidak menghargai semua itu...

Saya cuma manusia biasa ,,kadangkala tersilap dalam mebuat percaturan hidup,...

Terima kasih tuhan
Read more ...

Sukarnya nak maafkan seseorang

Tatkala teringat peristiwa ini,saya sukar untuk memaafkan seseorang atas kesilapan dia ,pada dasarnya saya rasa dia memang kejam,terlalu kejam tapi,....saya tidak berhak untuk menghukum dia atas kesilapan yang dia pernah lakukan pada saya ,mungkin Tuhan akan membalas semua perbuatan dia pada saya ,dan mungkin juga tidak,,,tatkala dia berikan saya sekuntum mawar yang indah,.indah pada luarannya sahaja ,tetapi pabila saya telah menerima dengan seikhlas hati,mawar itu makin layu,dan terus layu ditelan waktu dan begitu jugalah kisah yang telah tercoret di tangan Tuhan untuk kami.


Saya tak nafikan bahwa mulut saya berkata saya maafkan dia,,,tetapi hati saya?Hati saya cuma Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu,Pabila dia tidak memerlukan saya ,dia buang saya jauh-jauh dan kini ,sekarang dan  mungkin selamanya saya telah buang dia jauh dari kehidupan saya yang dulu,

Saya tersenyum ketika ini,Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyedarkan saya dari mimpi-mimpi yang buruk ini atas kehendak saya sendiri,Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana telah membukakan pintu hati saya untuk memaafkan seseorang yang pernah melukai hati saya .
Read more ...

Tip elak jerawat cara saya

Saya tak nafikan muka saya dulu berjerawat ,masa saya dah akil baligh mula-mula jerawat tumbuh kat dahi je,tapi bila dah start masuk form 3 jerawat dah start naik kat pipi,masa tu seriously stress sangat,nak jumpa orang pun malu,Mungkin disebabkan persekitaran kawasan sekolah saya tu berhabuk,muka pun terdedah jadi  sebab tu lah jerawat timbul.Sampaikan kawan sekelas aka besfriend saya pun tanya" awak tak pakai pencuci muka ke?masa tu pun diam je lah cakap pun perlahan-perlahan,"pakai je"(dengan nada kecewa dan stress)

Masa tu dah macam-macam produk guna,oxy la,apa lah tapi jerawat sama je camtu,tak ada perubahan apapun tapi lepas dah habis pmr saya  guna petua ni iaitu guna tepung alpha lipid  tu letak air pastu sapu  kat muka tiap malam hasilnya pun sangat-sangat berkesan,jerawat pun dah kurang .Bestfriend saya pun tegur,dah licin dah muka awak...produk apa awak guna?see ?cara tradisional lebih baik dari cara moden kan?mudah,dan menjimatkan juga

Then saya pun start minum susu kambing HR .ni untuk membuang toksik-toksik daripada badan.PERINGATAN untuk wanita, ataupun remaja perempuan sebenarnya minum susu ni bagus untuk kesihatan kita bukan sahaja luaran daripada dalaman juga,Kalau dalam kita tak sihat,jadi mesti luaran kita teruk juga kan?Muka saya pun dah ada perubahan masa tu .

Saya sekarang jarang pakai produk kecantikan disebabkan kulit muka saya agak sensitif jadi pakai pun mungkin sekali dua je.

Ni tips untuk mengelak jerawat cara saya 
1.Belah limau nipis kemudian sapu di muka,tapi sebelum sapu basuh muka dengan air dulu,kalau tak tahan pedih ,basuk ok,
2.Ambil serbuk teh kemudian sapu seluruh muka,buat macam masker,hampas tu jangan buang 
3..campurkan susu tepung ,limau nipis dan kemudian madu,letak dalam peti sejuk,buat macam masker tiap-tiap malam.

Cara yang sangat berkesan,jangan lupa cuba nanti.Bukan setakat jerawat je hilang ,muka pun jadi berseri-seri
Read more ...

Cara menangani masalah jerawat yang teruk

Hai semua,lamanya tak update blog kan,update pun kejap je disebabkan kesibukan diri ni.blog pun dilupakan untuk sementara waktu,ok kali ni saya nak berkongsi tips dengan semua yang tengah mengalami masalah jerawat yang teruk di muka,Jerawat mungkin terjadi disebabkan :
Nak ke muka jadi mcmni?
                                                
Perubahan persekitaran
Mungkin cuaca sekarang ni panas ,ataupun mungkin juga persekitaran kita yang kotor tu menyebabkan muka kita berminyak dan berjerawat.Jadi pesanan buat individu yang mempunyai kulit sensitif ni ,bawa tisu muka .

Perubahan hormon
Kadang-kadang hormon yang tak menentu pun boleh sebabkan jerawat ni.Dulu masa belum remaja memanglah muka cantik,bersih je,tapi tiba-tiba bila dah mula akil baligh,mulalah jerawat nak mencanak naik,macam  cendawan selepas hujan pula kan.Jadi masa tu la kita kena jaga betul-betul,Jangan picit jerawt tu,nanti kuman dia merebak.

Penggunaan produk yang salah
Ha,,ni lagi satu,alahai tengok artis pakai produk tu,punyalah cantik ,dia pun nak juga guna,Cik adik cik akak oi,tak semestinya produk tu berkesan untuk kita, sebab kulit kita ni semua nya berbeza jadi kesannya pun mesti berbeza kan?,jadi berhati-hati sebelum beli produk kcantikan,jangan sebab nak cantik je,kulit pun jadi terseksa.

Penggunaan syampu
Ni lagi satu yang kebanyakan kita tak ambil peduli,kadang-kadang syampu rambut yang kita pakai tu boeh menyebabkan jerawat juga.jadi better be careful ok

Makanan yang berminyak
Makanan berminyak pun boleh sebabkan jerawat jadi tinggalkan dulu makanan bergoreng tu.Makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menyingkirkan toksin dalam badan yang menyebabkan jerawat.

Ok itu saja tip yang saya dapat kongsi ,nak tahu tips mengelakkan jerawat cara saya,jangan lupa baca entri seterusnya,


Read more ...

Ikan tilapia masak sos

 Hari ni bersemangat nak berkongsi dengan semua  resepi masakan dari maz setelah sekian lama tak update blog.jadi kepada sesiapa yang tengah mencari resepi tu,jangan lupa cuba masakan ni,confirm tak menyesal
                                                
SEDAP TAK?
                                                          
Okey bahan-bahan yang diperlukan ialah

                                        1.Goreng ikan tilapia sampai kelihatan garing
                                        2.Tumbuk bawang merah/kecil berserta dengan cili api
                                        3.Panaskan minyak masak dan masukkan cara yang ke 2 tadi.
                                        4.Masukkan ikan tilapia dan letakkan sos cili,serta letakkan sedikit air
                                        5.Sedia dihidangkan.
                          
Senang kan?rasa manis dalam sos menambahkan kelazatannya dan keikhlasan dalam memasak itu haruslah penting,,,
SELAMAT MENCUBA..
                          
Read more ...

Ketahui tentang kebaikan teh hitam

Teh hitam bukan saja sesuai diminum pada waktu pagi dan petang malah teh ini juga mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan kecantikan.

Antara khasiat teh hitam ini ialah
* Melembapkan bibir

Gunakan uncang teh untuk membersihkan bibir selama lima minit dan bibir tidak perlu dibilas.

* Mengatasi bau mulut

Teh juga digunakan untuk mengatasi bau mulut. Caranya ialah menjadikan teh sebagai ubat berkumur.

* Menyejukkan kulit

Mendinginkan kulit yang terbakar sinar matahari. Caranya ialah dengan merendamkan beberapa uncang teh dan biarkan sejuk setelah itu tampal uncang teh pada bahagian terbakar sinar matahari.

* Mengatasi luka bakar ringan

Caranya sama untuk mengubati kulit terbakar sinar matahari iaitu dengan merendam satu uncang teh dan biarkan sejuk. Serta tampalkan pada bahagian yang terbakar.

* Mengatasi uban

Caranya rendam tiga uncang teh dalam satu cawan air mendidih. Tambahkan satu senduk makan rosemary yang dikeringkan. Biarkan semalaman dan tapis. Untuk menggunakannya ialah seperti menyapu syampu rambut seperti biasa, lalu tuangkan campuran teh pada rambut. Pastikan semua rambut dibasahi teh. Selepas semua dibasahi oleh teh, jangan dibilas dengan air tetapi keringkan dengan tuala. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

* Meredakan gusi berdarah

Jika gusi anak berdarah kerana gigi sulungnya patah, hentikan pendarahan dan redakan sakit dengan cara, basahi uncang teh dengan air sejuk. Tekankan langsung pada bahagian yang berdarah.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/07/khasiat-teh-hitam-untuk-kecantikan-dan.html#ixzz2BEre9Y3k
Read more ...

Free doodle

Hai semua,hari ni nak bagi free doodle yang dibuat khas oleh maz ,menggunakan microsoft excel sahaja,diulang lagi sekali,microsoft excel sahaja... so jangan ingat microsoft excel takle buat doodle ni,..bagi sesiapa yang suka doodle ni ambik la tapi komen dulu,jangan jadi  blogger yang tidak bertanggungjawab ok,(pengajaran di situ)

Tanpa membuang masa ,jom tengok doodle ni
          
                                                                
cantik kan?
Jangan buang masa lagi ambik la,terima kasih    .Sory ada 1 warna je,                                   
Read more ...

Penghargaan Buat Cik Naz

Hai semua,disebabkan hari ni mood rajin nak mengupdate blog,jadi terfikir pula rasanya nak mengedit blog Cik kepada blog ni  kerana telah berjaya menjadi top commentor dalam setiap post saya.


Terima kasih kepada Cik Naz kerana sudi berkunjung dan membaca setiap entri-entri  yang lepas.Untuk pengetahuan semua,saya akan mengedit blog cik naz secara percuma tiada bayaran langsung .Harap cik naz suka walaupun mungkin blog yang saya edit  tidaklah secantik mana.
 



         Jadi kepada cik naz,sila add saya di fb okey ,Terima kasih..Semoga cik naz akan lebih bersemangat untuk mengupdate blog lagi,banyakkan karya penulisan yang mungkin berguna untuk pengunjung blog cik naz.
Read more ...
Designed By Izzasakura