Breaking News

Petua mudah merawat kucing demam & selesema

Hai semua,
kucing selesema,minyak kelapa dara,

Kali ni nak bagi sedikit petua untuk merawat kucing selesema,Selesema ni virus datang dari burung umpama wabak juga la dulu masa tahun  2009 kot tak ingat.Lepas tu berjangkit dengan ayam seterusnya kucing sehinggalah ke hari ini tak habis-habis kucing kena selesema terutama anak-anak kucing yang baru lahir,,malah ada juga yang mati masa kecik kesian kan.


Kalau kucing selesema susah nak rawat lainlah kalau manusia.Manusia pandai bersin dan makan ubat .Kucing dibawa pergi ke doktor pun belum tentu selesemanya jadi baik malah duit pun habis,masa pun terbuang kan jadi kali ni nak bagi tips untuk merawat kucing selesema dengan petua lama.Memang ambil masa tapi lama-lama kucing akan pulih .

Petua 1
Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara ni memang bagus tau bukan saja untuk manusia,malah untuk haiwan juga.Mengandungi 1001 khasiat yang kita tak pernah ambil tahu.lepas ni boleh cuba google Khasiat minyak kelapa dara ya.Beli minyak kelapa dara yang siap dijual tu tak kisah jenama apa pun.Titikkan sedikit ke dalam makanan & minuman kucing.

Saya dah buktikan cara ni memang berkesan kerana suatu hari kucing saya nampak murung,tak bergerak,tak nak makan dan minum,nafas pun tercungap-cungap sampai hilang suara.rupanya terkena demam dan selesema.Saya cuba memberi ubat selesema ,letak vicks,halakan wap ke hidung dia tapi kurang berkesan tetap juga macam tu.

Selama beberapa hari juga saya buat tips tu kemudian akhirnya saya tekad nak cuba meletakkan minyak kelapa dara ni,Cara pertama saya letakkan sikit dalam mulut dia kemudian hari-hari seterusnya dia dah ada selera makan dan minum seperti biasa,cuma suara je tak ada lagi.saya cuba lagi letakkan minyak kelapa dara tu.


Akhirnya dalam beberapa hari suaranya pun dah keluar ,seronok juga dapat dengan suara dia dan skearang ia kembali  aktif macam biasa,lari kesana sini,panjat sana sini..


Bersyukur kan sebenarnya ramuan semulajadi yang kita tak pernah ambil tahu tu sangat berguna untuk kita.


13 comments:

Aqilah Azmi said...

terima kasih kak <3 heheh

Diya Hanun said...

:"( tak pernah ada kucing lg

Eintan Nurfuzie said...

bgus pnduan ni. ambik yg semualjadi

Mr. Doctor said...

Good tips for cats lover.. Saya suka kucing tapi belum ada peluang untuk bela sekor.. huhu

nurrul78 said...

Tq sgt2... kucing saya tgk demam selsema la ni smapai fobia dgn saya sendiri sbb dok paksa mkn ubat. Yg sekor nmpk dah mau mkn yg selor lagi x mau mkn dan minum langsung.... saya risau sgt2...������

Yoroshiku said...

Terima kadih byk2. Bg tips. Kucing sya selsema n xda selera makan sngt. Harap dapat tingkatkan selera dia lpas ni huhu

Unknown said...

terima kasih byk2 .. risau jgk skrg kucing fav sy bru tkne virus slesma dri ank kucing sy.. risau ssgt.. hrp2 lh bleh sembuh guna tips ni.. doakn ye..

Unknown said...

Terima kasih ngan cara ni..pg ni sy tgh tekejar2 nk g keje..pastu tgk kucing plak sakit bg makan xnk..ddk menyendiri bdn lesu..
Moga2 blh sihat..

Unknown said...

Minyak kelapa dara tu nak dititiskan berapa dalam makanna dan mulutnya??

Unknown said...

Kucing Saya pon lame dah selsemanye..kesian Saya tengok dia..

Unknown said...

Thanks for sharing, my cats kena selsema .kesian nengoknya

Unknown said...

Salah satu juga kita kena jaga akan udara sekitar luar rumah atau luar rumah sebab tu saya da guna kan penyedut udara yg elok utk hindarkan virus terus menjalar dan mengawal keadaan virus itu.sangat elok mmg berkesan sangat..bahkan baik utk seisis keluarga sihat dan kucing2 juga akan sentiasa sihat dgn adanya udara yg terkawal dan blh melawan virus2..untuk lebih lanjut boleh wasaap sy 01162309088 pn anne

Anne Ibrahim said...

Tq share info ni.

Designed By Izzasakura