Breaking News

CARA KURANGKAN JERAWAT DENGAN TONER INI!


Hai semua,kali ni saya nak berkongsi salah satu tips kecantikan yang baru saya cuba menggunakan toner cuka epal.

Haa pernah dengar tak?kalau belum pernah lagi jom kita teruskan baca....Jadi tips ni sebenarnya saya dapati dari Pinterest.

Pinterest ni memang bagus sangat sebab banyak tips kecantikan,tips penjagaan alatan di rumah,tutorial melukis,info kesihatan dan pelbagai lagi.Yang paling saya suka adalah tips kecantikan menggunakan bahan semulajadi saja😊.


Bahan semulajadi ni bukan saja selamat untuk kulit malah lebih jimat duit pomet hihi.

Ok jom kita mulakan
Bahan-bahan
-1/2 sudu air biasa
-Cuka Epal (tak kisah jenama apa)
-Botol spray




Saya gunakan jenama dari Sahara.Harga pun mampu milik RM14.00 saja😊

Anda cuma perlu tuangkan saja satu sudu cuka epal campur bersama air tadi dan isikan dalam botol spray .

Cara penggunaannya senang saja selepas saja selesai mencuci wajah, tuangkan sikit toner pada kapas muka dan bersihkan wajah anda seperti pipi,dahi dan kawasan hidung.

Nampak kan banyak sangat kotoran melekat di tisu muka tu.

Kelebihan toner cuka epal
-Mengecutkan jerawat
-Membantu mengecilkan liang pori di wajah
-Mampu mengurangkan blackhead & whitehead di wajah
-Sesuai untuk semua jenis kulit.

Selepas saja saya mencuba toner cuka epal ni ,kulit rasa lebih segar,berseri dan jerawat pun nampak kurang.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan cuka epal ni bukan setakat untuk kecantikan malah bagus juga diminum untuk kesihatan anda.

Nanti saya akan kongsikan manfaat cuka epal
ya.
.

Terima kasih sudi baca😊

1 comment:

Farhah said...

Wah. ini pertama kali dengar pakai cuka epal ni. Logik jugak pakai cuka.

Designed By Izzasakura