Breaking News
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Rahsia cantik dengan oat

Kali ni saya nak berkongsi satu petua yang mudah,jimat serta dijamin berkesan,saya pun dalam proses mengamalkan petua ni

Petua ni sesuai untuk

  • Mengurangkan kedutan di wajah
  • Memberikan kecerahan sempurna pada wajah
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Menghilangkan jerawat halus
  • Menggebukan kulit wajah
  • Menghilangkan bintik hitam pada wajah
cantik,petua kulit muka,jerawat,teruk,bintik hitam.,kedutan

Langkah 1
Ambil sedikit oat,

petua jerawat
                                                         Langkah 2
                                  Letakkan sedikit air,genggam sedikit oat sehingga mengeluarkan cairan susu 


Langkah 3
Ni la rupanya oat yang telah digenggam tadi,cuma sapukan di bahagian wajah dan leher ,tunggu sehingga sedikit kering kemudian basuh

Amalkan sehingga anda lihat hasilnya,dijamin berkesan

Anda juga boleh tambah campuran yogurt dan limau nipis kemudian sapukan di wajah,
Selamat mencuba ya...



Read more ...

Tempahan vector dari Haneeza

Hai semua,

Terima kasih pada seorang blogger kita iaitu Haneeza Mohamad kerana sudi menempah vector dari saya yang tak seberapa ni,

Banyak sangat perubahan perlu dilakukan sebenarnya,saya ubah vector ni tiga kali,penat juga sebab ambil masa berjam-jam menghadap photoshop,bila tengok youtube,semuanya speedpaint je,sukar sebenarnya nak buat vector ni ,perlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi

Oleh kerana neeza orang yang pertama sekali menempah vector dari saya,makanya saya bagi harga yang murah sikit,hehe,bawah dari RM20,bukannya apa kalau letak harga terlalu tinggi,risau pula hasilnya tak memuaskan.Banyak lagi kena belajar.terutama dari segi ton warna,yang sangat penting dan kekemasan juga.

Gambar yang diberi

Tiga perubahan yang dilakukan


                                                                   Pertama

 
                                                                Kedua

                                                       

                                                                    Last sekali

Walaupun tak cantik,tapi bolehlah kot,hihi,so komen korang?untuk yg nak menempah boleh emelkan di damisya.maya@yahoo.com atau Blog Cik Maz

















Read more ...

Doodle muslimah bergaya

Kali ni saja menampilkan sedikit kelainan doodle ni,nampak bergaya mengikut aliran fesyen dan tidak nampak kaku,

Susah juga nak menampi;lkan gaya-gaya tersebut,doodle ini adalah insipirasi dari akak nurdani,si cantik yang berbakat besar,

Doodle yang sangat memikat hati,rasa nak pinjam sekejap tangan dia,hehe


Cuma susah sikit nak gayakan tangan dooodle tersebut ini kiranya percubaan yang baik la,hihi,ini adalah 100% photoshop

Jadi komen anda?

Read more ...

Pemilik blog cherry blossom akhirnya didedahkan

Macam tajuk berita pula,

Ini hanya sesi pengenalan diri ye walaupun saya dah lama berblogging,dari bulan 4. 2012 ,memandangkan ada ramai yang nak berkenalan dengan saya ni jadi hari ni saja buat entri santai-santai hehe,

Sesi pengenalan diri dah lama tapi entri entah kemana pula perginya,jadi kalau ada sesiapa yang terjumpa entri tu,rajin-rajinkanlah membaca kalau nak tahu serba sedikit ke serba banyak ke mengenai diri saya,

Kita ringkaskan saja ok,

Nama diberi izza sakura,hehe(bukan nama sebenar)

Kaum Cina+asli semelai

Jeng...jeng..jeng..


Mungkin entri ini akan dipadam jadi cepat cepat tengok,hehe

Ada komen?nak tanya apa-apa?tinggalkan komen di bawah


Read more ...

Eh,kuningnya gigi kamu!

Eur kuningnya gigi kamu"tak berus gigi ke?

Cara penjagaan gigi amat penting bagi kita,Jika dia seorang yang mementingkan tahap kebersihan dan kesempurnaan diri maka tahap penjagaan gigi akan lebih berdisiplin jadi jom semak kenapa gigi jadi kuning dan tips agar gigi menjadi lebih putih berseri.

Kenapa gigi jadi kuning ye?
1.Gigi jadi kuning disebabkan amalan pemakanan yang tidak betul,mungkin terlalu banyak mengambil makan yang manis cth gula-gula,dan sebagainya ala yang manis2 tu,sebab itu la digalakkan kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman"senyum sampai telinga pun tak apa,hee

2.Kejadian plak

3.Pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan gigimenjadi kuning

4,Merokok pun salah satu puncanya"merokok dapat merosakkan gigi serta menyebabkan gigi menjadi hitam,bukan kuning dah,nasib baik tak hijau,hehe

Jom putihkan gigi kamu
1.Arang
Cara ini dapat memutihkan gigi dengan tumbuk arang hingga halus dan gosokkan pada gigi serta kumur dengan air,jangan telan pula ye,huhu

2.Garam halus
Taburkan sedikt garam di ubat gigi dan berus gigi lepas tu kumur,cara ni juga dapat menghilangkan karang gigi

3.Buah pinang
Ambil buah pinang yang lering dan bakar sehingga menjadi arang ,gosokkan pada gigi dan kumur

Read more ...

Wanita dan misai?

Urrgh seram je dengar,bila dikatakan wanita mempunyai misai?Macam mana nak jumpa orang ni?Ouh itu bukan misai ye cik abang-abang semua ,itu adalah kumis halus,

Kumis halus ni terjadi disebabkan lebihan hormon lelaki iaitu hormon androgen .Kenapa boleh jadi banyak?Kerana ia dipengaruhi faktor,semulajadi,genetik.pemakanan dan penuaan

Kumis halus tidak boleh dicukur kerana ia akan menjadi lebih banyak jadi,,cara yang disarankan adalah melakukan tweezing ,pemakanan pil mengawal hormon,laser hair removal,Hair Growth Inhibitor Lotion”Dan wax  dan cream tetapi boleh menyebabkan iritasi
Read more ...
Designed By Izzasakura