Breaking News
Showing posts with label muka. Show all posts
Showing posts with label muka. Show all posts

Tempahan vector dari Haneeza

Hai semua,

Terima kasih pada seorang blogger kita iaitu Haneeza Mohamad kerana sudi menempah vector dari saya yang tak seberapa ni,

Banyak sangat perubahan perlu dilakukan sebenarnya,saya ubah vector ni tiga kali,penat juga sebab ambil masa berjam-jam menghadap photoshop,bila tengok youtube,semuanya speedpaint je,sukar sebenarnya nak buat vector ni ,perlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi

Oleh kerana neeza orang yang pertama sekali menempah vector dari saya,makanya saya bagi harga yang murah sikit,hehe,bawah dari RM20,bukannya apa kalau letak harga terlalu tinggi,risau pula hasilnya tak memuaskan.Banyak lagi kena belajar.terutama dari segi ton warna,yang sangat penting dan kekemasan juga.

Gambar yang diberi

Tiga perubahan yang dilakukan


                                                                   Pertama

 
                                                                Kedua

                                                       

                                                                    Last sekali

Walaupun tak cantik,tapi bolehlah kot,hihi,so komen korang?untuk yg nak menempah boleh emelkan di damisya.maya@yahoo.com atau Blog Cik Maz

















Read more ...

Tutorial Letak pattern di doodle

Hai semua,

Bahan-bahan yang perlu ada
Photoshop
Pattern(boleh google)

Tutorial ini adalah permintaan dari seorang blogger,siap pm kat fb lagi,jadi jom bertutorial ye,

Langkah 1

Klik open 


Cari background yang korang suka

Sudah?

Patern tadi kita akan drag dan letak di atas layer tudung,

cute,cantik,tempah doodle

Namakan background tadi sebagai pattern dan drag bawah layer tudung .Klik kanan dan create clipping mask

photoshop,tutorial
siap,,dah


Kalau tak faham tanya,jangan malu-malu meow2 ye





Read more ...

Pemilik blog cherry blossom akhirnya didedahkan

Macam tajuk berita pula,

Ini hanya sesi pengenalan diri ye walaupun saya dah lama berblogging,dari bulan 4. 2012 ,memandangkan ada ramai yang nak berkenalan dengan saya ni jadi hari ni saja buat entri santai-santai hehe,

Sesi pengenalan diri dah lama tapi entri entah kemana pula perginya,jadi kalau ada sesiapa yang terjumpa entri tu,rajin-rajinkanlah membaca kalau nak tahu serba sedikit ke serba banyak ke mengenai diri saya,

Kita ringkaskan saja ok,

Nama diberi izza sakura,hehe(bukan nama sebenar)

Kaum Cina+asli semelai

Jeng...jeng..jeng..


Mungkin entri ini akan dipadam jadi cepat cepat tengok,hehe

Ada komen?nak tanya apa-apa?tinggalkan komen di bawah


Read more ...

Doodle hasil photoshop

Hai semua,huhu ,dah makin banyak la entri kali ni,malam ni nak pamerkan sikit hasil lukisan doodle dari photoshop ni,

Walaupun tak berapa cntik tapi saja nak bagi anda semua tengok,ini adalah 100% peratus hasil dari photoshop,kalau  dah pandai lukis doodle ,boleh buat business ni ,hehe

Kalau ada sesiapa nak ambil pun boleh juga,silakan,,tu pun kalau ada nak ambil.

Sebenarnya saya lebih suka hasil dari photoshop berbanding paint tool sai,sebab photoshop hasilnya agak "sharp" sebab kita bermain dengan pen tool,pen tool ni la yang susah sebenarnya tapi hasilnya memang cantik,

Paint tool sai pula kurang kemas sebab guna curve saja,dah la tangan saya ni kidal,hehe

Ni hasil lukisan doodle tadi,tapi bila dah praktis lama-lama ,dah jadi biasa,
                   


Jadi macam mana ye?harap dapat bagi pendapat anda semua agar sayadapat memperbaiki lagi hasil lukisan ni.
Read more ...

Tempahan vector dibuka

Dengan ini saya telah membuka tempahan melukis vektor,

Untuk half body seperti di atas hanya RM10 SAHAJA manakala untuk full body RM15-RM30 mengikut kerumitan gambar.Cara pembayaran bank in/topup  celcom

          Anda hanya perlu memberi gambar yang bersaiz besar ,dan resolusi yang tinggi,syaratnya  anda perlulah membayar dahulu sebelum hasil lukisan disiapkan

       Antara vektor-vektor yang lain


             Untuk tempahan sila pm di fanpage Blog cik maz atau emelkan di damisya.maya@yahoo.com
Read more ...

Testimoni rumpai laut

Kali ni nak berkongsi mengenai keberkesanan rumpai laut @seaweed ni.Ini adalah testimoni saya sendiri tapi saya tak jual rumpai laut ni,cuma berkongsi kebaikan rumpai laut ni je,


Sebagaimana yang anda tahu,rumpai laut ni mempunyai 1001 khasiat,memang banyak sangat khasiatnya malahan ia juga sesuai untuk golongan berumur,golongan remaja,malahan budak-budak kecil pun boleh.cuma mungkin rasanya yang agak meloyakan bagi sesiapa yang baru nak mencuba.

Rumpai laut ni pun dikenali sebagai kolagen,tapi saya rasa bukan kolagen.Rumpai laut ni sesuai juga untuk sesiapa yang kurang makan sayur@ tak nak makan sayur,hehe.

Oh ,panjangnya membebel kan,ok terus kepada topik asal,dahulu wajah saya mengalami jerawat halus,atau mungkin jerawat pasir kot namanya,contoh bila kita picit ia akan keluar seperti bintik putih.Bintik putih ni akan menyebabkan muka berlubang dan terasa kasar.

                                     
Ni adalah wajah dahulu kala,harap jangan geli tengok pic ni.Gambar ni dah lama sebenarnya.
Masa tu pakai krim garnier,sebab tu nampak berminyak



Haa nampak,myang kecil kecil halus comel tu sebenarnya jerawat halus,macam ruam je kan,huh..

Setelah mengamalkan Rumpai laut ni dalam 5 bulan rasanya,jerawat dah hilang,parut pun dah kurang,

Muka pun nampak bersih je walaupun tak pakai krim ,nampak bersih sehingga ke malam,dan muka nampak bersinar,

Caranya adalah dengan hanya menyapukan rumpai laut ni ke wajah sehingga kering,boleh juga dibawa tidur,kalau saya bawa tidur je,hehe.

Keesokkan harinya basuh muka dengan pencuci muka ataupun nak lagi berkesan,basuh muka dulu dengan air suam kemudian barulah boleh sapukan rumpai laut ni ke wajah supaya pori-pori muka terbuka dan khasiat rumpai laut tu meresap ke dalam kulit.

Apa yang hebatnya mengenai rumpai laut ni kerana ia mengubati luka dari dalam cth luka-luka jerawat tu,bukan macam produk kecantikan yang hanya mengubati luka dari luar tetapi tidak dari dalam kulit,


Jadi tak rugi mencuba rumpai laut ni,saya dah cuba,anda bila?

Ini adalah hasil setelah lebih 4 bulan menyapukan rumpai laut ni dan mengamalkannya.

Oh ok malas nak rotate hihi,sengetkan kepala kalau nak tengok,Tanpa edit dan tanpa mekap ye,
Untuk gambar sebenar dirahsiakan...


Read more ...

Cara mencuci muka dengan betul

Wanita dan kecantikan semestinya tak dapat dipisahkan ,pelbagai penjagaan kecantikan yang perlu dititikberatkan agar wajah sentiasa segar,mulus dan juga bebas dari segala masalah kulit.

Penjagaan wajah juga bermulanya dari teknik mencuci muka yang betul.Mencuci muka merupakan satu rutin wajib bagi menghilangkan kotoran di wajah anda.

Ini adalah langkah-langkah mencuci muka dengan betul

Sebelum mencuci muka,pastikan tangan dibasuh dengan bersih.

Jika anda menggunaan sabun pencuci muka,basahkan sabun itu hingga mengeluarkan buih dan kemudian barulah mencuci muka anda dengan teknik yang ditunjukkan di bawah.



Selepas mencuci wajah,anda perlulah mengelap muka perlahan-lahan dengan tuala setelah itu letakkan sedikit toner di kapas muka untuk membuang segala kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka tadi dan menutup liang roma tadi,

Kemudian sapukan pelembap muka untuk mengembalikan kelembapan wajah anda,kerana semasa mencuci muka tadi,minyak semulajadi dari muka telah hilang .


Read more ...
Designed By Izzasakura