Breaking News

Review Ephyra Skin Bar

Hello dan hai semua

Selamat berhujung minggu,
Siapa cakap kulit I flawless??
Kalau dia tengok muka I yang dulu mesti dia rasa geli kan
Disebabkan sedar diri muka tak cantik banyak kotoran maka kita pun rajinkanlah mencantikkan diri huhu..


okay harini pagi-pagi semangat nak berkongsi satu produk yang berkesan buat saya iaitu ephyra skinbar.Biasalah perempuan suka dengan kecantikan,semua benda nak cuba hehe,tapi berlainan sikit dengan saya,saya akan cari produk yang semulajadi dan saya lebih suka kulit lembab berbanding kulit yang kering .

Review sana sini sinun akhirnya saya memilih ephyra skinbar.Salah satu sabun yang mengandungi bahan semulajadi.Bau harum & segar membuatkan saya fall in love la dengan sabun ni.

Hasil pertama pemakaian ,tumbuh seketul jerawat batu di rahang,okay saya biarkan je.Fikir positif sebab sebelum ni rasanya tak pernah langsung tumbuh jerawat batu tapi mungkin  sabun ni  bertindak untuk keluarkan toksin dalam kulit.kemudian berhenti pakai dalam 2-5 minggu .Kemas barang sikit tiba-tiba terjumpa sabun ni masih ada lagi tinggal seketul.Okay memandangkan tinggal seketul maka pakai la balik kan hehe.Bila pakai  rasa best pulak.

Bahan sabun ni ada rumpai laut  dll tu yang best tu.Bau sabun macam berry sikit dan juga boleh digunakan sebagai sabun wajah atau badan.

Sabun ni mudah cair ye kalau terdedah lama-lama dengan udara jadi kena letak dalam plastik dan tutup dengan kemas.

Kesan pemakaian sabun ni dalam masa beberapa hari dan pertama kali kulit rasa lebih lembut,halus,jerawat pasir pun makin hilang .


Gambar no makeup dan takda filter,Efek cahaya matahari je.Setakat ni saya berpuas hati dengan sabun ni.Muka saya memang jenis cerah merah gitu jadi kalau ada jerawat dan pori besar memang kelihatan agak ketara.

Disebabkan muka saya sensitif jadi saya jarang pakai produk yang banyak bahan kimia walaupun sekadar masker .
Setelah penggunaan sabun ni nampak whitehead memang hilang  serta kulit lebih halus.Jadi saya sarankan buat sesiapa yang malas sangat pakai skincare,lebih baik cuba sabun ni memang sesuai sangat untuk semua peringkat umur serta lelaki .

Gambar sebelum lupa nak snap.nantikan review skincare saya pula ye hehe.

PERHATIAN!!
SELLER ONLINE YANG MENJUAL PRODUK EPHYRA SKINBAR TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK MENGAMBIL /EDIT/ DOWNLOAD TESTIMONI DARI SAYA SENDIRI

Entri ini tidak berkaitan dengan tajaan dari pihak ephyra ya.Ini adalah review ikhlas dari saya sendiri.
TERIMA KASIH




6 comments:

Normi Nieza said...

good sharing

Yan Saflina said...

boleh lah try nanti, kulit pun kusam ni..:(

Salina Johari said...

skinbar ephyra memang terbaik!!

sya mimie said...

sy pn pnh pkai ephyra skinbar.. mmng best..

Eintan Nurfuzie said...

sllu org kt produk ni bgs..

Salina Johari said...

Ephyr skinbar mmg terbaik !!

Designed By Izzasakura