Breaking News

Review produk avon Clearskin

Salam dan hai semua

Opps u............tak habis-habis duk try produk kecantikan ni kan hehe,selagi masalah jerawat timbul,selagi tu duk tukar produk bagai.Saya tidak mengalami masalah jerawat besar dan bernanah tu tapi kondisi kulit saya ni agak sensitif,disebabkan  produk dan pemakanan .

Kali ni saya bertekad nak cuba produk dari avon iaitu Clearskin blemish clearing,Clearskin ni tak adalah popular macam produk skincare tempatan lain .

Kenapa clearskin ni bagus??Clearskin ni bagus disebabkan ia sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat dimana ia mengandungi saliyric acid 2.0  sangat bagus untuk membunuh kuman jerawat dari dalam kulit bukan membantutkan pertumbuhan jerawat macam skincare di pasaran sekarang ni sebab itulah kalau kita pakai skincare tempatan sekarang ni memula memang licin sangat lepastu dah stop jerawat mula bertambah naik.

Pengalaman saya macam korang juga sentiasa tukar skincare,tapi hasilnya tetap sama.Mula-mula saya mencuba  pencuci muka clearskin iaitu foaming cleanser tapi ia agak mengeringkan kulit dan bahagian tepi hidung dan bibir mula mengelupas disebabkan kandungan saliyric acid tu yang tak berapa sesuai untuk saya tapi hasilnya jerawat dah mula kurang .Saya guna selama 4 hari camtu kemudian stop.

Akhirnya saya memilih untuk menggunakan sabun clearskin pula,sabun ni sesuai untuk wajah dan badan dan mengandungi bahan triclocarban sebanyak 1.5% ,boleh beli dengan pengedar avon yang berdekatan,harga murah sangat tak sampai rm10 rasanya.Ya memang berkesan,saya dapat lihat jerawat halus di dahi berkurang dan hilang.

Boleh baca penerangan di bawah

Being a soap which promises to cure pimples, I checked out its ingredients. Of all the most notable ingredients, I noticed glycerin, titanium dioxide and triclocarban. The latter is the active ingredient in the soap as it contains 1.5% of it. This content is the most common ingredient find in antibacterial hand washes or germicidal soap that doctors or health professional use. This is the substance that can prevent bacteria and fungi to multiply as it cuts off its cellular production. Thus, it eradicates. Pimples has bacteria and so the stopping of it can ease the problem.

Sabun ni memang mengeringkan kulit anda sebab itulah selepas penggunaan sabun ni korang wajib pakai pelembab ye ..Lepas dah pakai sabun ni saya gunakan pula toner dari avon juga,clearskin toner untuk membunuh kuman jerawat,memang sangat berbaloi guna produk dari avon ni.Sebenarnya saya beli 3 item dari set clearskin ni tapi malangnya salah satu item iaitu overnight lotion tak sesuai untuk saya manakala item lain takda stok ..
avon clearskin berkesan,clearskin avon testimoni



after


After lepas 4 hari guna sabun clearskin dan toner clearskin as a astrigent,nanti saya review yer
Jerawat halus bahagian dahi dah mula kurang,bintik hitam pun nampak kurang sikit,parut jerawat merah-merah dah takda lagi.


Jadi saya memang sarankan sangat buat remaja yang mengalami masalah jerawat teruk atau normal macam saya,lebih baik rawat muka dengan produk yang mengandungi bahan pembunuh jerawat seperi saliycric acid tapi pastikan sesuai dengan kulit muka ye,sebab kadang-kadang bahan salicyric acid ni agak mengeringkan kulit dan menggelupaskan kulit ikut kesesuaian .

Produk semulajadi tak berapa membantu.itu saja saya nak kongsi.







1 comment:

atdfdzl said...

hai saya datang melawat + follow sini.

jemput unruk follow blog saya juga :)

http://fatihah-fadzil.blogspot.my/

terima kasih.

Designed By Izzasakura