Breaking News

PETUA CANTIK GUNA HAMPAS KELAPA & KUNYIT



Hai semua.
Lama sungguh tak berblog .Bukan tak ada masa tapi kadang idea tu tak muncul bila nak tulis blog.Lebih banyak menulis di page dan sibuk buat bisnes .

Jadi harini saya nak berkongsi sedikit petua dari sumber
Sarifa Redzuan II dan Abang Terlajak Laris.

Bagi anda yang minat petua kecantikan ni bolehlah cuba .Petua kecantikan sebegini bukan saja berkesan malah menjimatkam duit juga.

Memang berkesan tapi kenalah konsisten juga jangan ikut sangat sikap malas kita ini.

Bila KULIT SIHAT,BADAN SIHAT,DUIT PUN BERTAMBAH ..haa gitu 😊😄

Zaman sekarang ini banyak sangat produk kecantikan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan jadi berhati-hatilah kita tak tahu bahan apa yang dimasukkan dalam produk tersebut.

Takut nanti buah pinggang pun rosak akibat obses dengan produk sebegini.

Sudah sedia ?jom mula
Bahan bahannya

1. 7 sudu besar hampas kelapa 
2. Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit 
3. 2 sudu besar gula biasa atau gula perang 
4. 1 sudu besar garam halus 
5. 2 sudu tepung beras

Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!

Cara guna

1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
4. Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air.
Selamat mencuba.

In Sha Allah. Akan nampak perubahan ketara.

Mudah saja kan?jom cuba!

Untuk lebih tips kecantikan lain boleh juga

Follow IG https://instagram.com/maz_shaklee

No comments:

Designed By Izzasakura