Breaking News

13 Produk "Drugstore" yang baik untuk kulit berjerawat

 Hai semua,


Jerawat ni merupakan salah satu musuh utama kaum wanita dan juga lelaki terutama ketika waktu mula akil baligh.

Terdapat pelbagai punca jerawat ni muncul antaranya disebabkan oleh persekitaran,pemakanan seharian, faktor kebersihan,resdung dan juga perubahan hormon serta banyak lagi.

Jerawat muncul seketul je di muka dah membuatkan wajah anda murung kan?iyalah orang lain asyik pandang muka anda yang berjerawat saja  bukannya mata anda .

Maz pun tak terkecuali dari menghadapi masalah kulit berjerawat ketika remaja ni.Wajah Maz sangat teruk dengan jerawat batu bernanah serta merah-merah ,kulit pun selalu saja berminyak.

Bila muka berjerawat automatik keyakinan diri pun kurang.Jadi disini Maz nak "share" dengan anda produk durgstore yang sesuai untuk masalah kulit berjerawat.

Produk ni hasil perkongsian dari rakan-rakan facebook dan juga produk yang Maz amalkan.


1.CLEARSKIN AVON

Clearskin avon ni produk yang berjaya membantu menyelesaikan masalah kulit Maz yang berjerawat pasir dan memang banyak di kawasan pipi dan dahi.

Harga produk ni pun sangat murah mampu milik dan berpatutan sesuai untuk remaja yang menghadapi masalah kulit berjerawat tetapi awas produk sebegini akan mengeringkan kulit anda jadi selepas cuci muka wajib pakai pelembab okay!


2.ST IVES SCRUB

Kalau nak tahu kulit berminyak pun perlukan scrub. Scrub ST IVES ni memang "best" sebab ia mengelupaskan kulit secara lembut.Butiran scrub pun halus memang sesuai sangat untuk korang yang ada masalah jerawat ni.Harga mampu milik dan boleh didapati di pasaraya atau di WATSON & GUARDIAN.


3.SET JERAWAT SENDAYU TINGGI.

Set jerawat sendayu tinggi ni pun salah satu produk bagus yang mampu milik dan boleh didapati di WATSON & GUARDIAN.

4.Pelembap


Jika tiada pelembap maka kulit kita akan lebih mudah breakout dan akan menjadi lebih berminyak. 

Bila pakai pelembap, boleh kurangkan tanda penuaan, kulit yang kurang kelembapan akan mudah cepat berkedut seribu

Jadi, lepas ni jangan takut pakai pelembap juga ya

Cari produk yang berlabel “non - comedogenic, oil free formulation dan water based kerana ia mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat akibat dari kulit yang berminyak. 


Antara rangkaian pelembap lain yang boleh korang cuba

5. Neutrogena 

Salah satu jenama "skincare" yang baik untuk kulit berminyak tapi saya belum pernah mencubanya.

-6.Nano White Fresh

-7.Laneige

8. Hada Labo.

9.Himalaya

Produk himalaya salah satu rangkaian skincare yang organik tapi malangnya tidak sesuai untuk kulit seperti Maz ni.

10. Safi Balqis 

Siapa yang tak kenal dengan produk Safi balqis ni antara produk yang bagus juga untuk kulit berminyak.Maz hanya pernah mencuba rangkaian toner safi balqis oxywhite.Toner safi balqis oxywhite ni sangat" best".Ia menyegarkan muka dan juga membantu membuang kotoran di bahagian wajah kita

11. Garnier

-12.Cetaphil

Cetaphil baik untuk kulit berminyak dan berjerawat.Rata-rata mereka yang menggunakan cetaphil cleanser ni sangat berpuas hati disebabkan ia tidak berbuih,tidak merengsakan dan tidak mengeringkan kulit.Jadi memang sangat.sesuai untuk kulit yang tengah breakout .

13.AIKEN 

Banyak sangat pilihan buat anda yang merawat kulit berjerawat ni .Pastikan pilih produk yang betul risau nanti lain pula yang jadi.

Sebelum pakai apa-apa produk sebaiknya sila kaji dulu okay!apa yang Maz tulis ni hanya sekadar panduan saja berdasarkan review dari rakan-rakan" facebook"


Semoga berjaya mendapatkan kulit yang yang cantik dan bebas jerawat!

Anda ada pertanyaan?boleh hubungi cara secara terus di whatsapp http://maznimaz.wasap.my

No comments:

Designed By Izzasakura