Breaking News

Tips melembutkan rambut cara mudah & murah

Hello dan hai semua

Kali ni saya ingin berkongsi mengenai tips melembutkan rambut cara mudah,murah dan berkesan seawal pertama kali penggunaan

Alah ni mesti semua dah tahu kan,caranya hanya menggunakan daun bunga raya yang berfungsi untuk melembutkan rambut,menyuburkan rambut dan menyejukkan kulit kepala .Selain itu ia juga bergfungsi untuk membantu mengurangkan kelumumur jika diamalkan selalu .


Saya pun bukan rajin mengamalkan petua ni tapi memandangkan rambut agak sedikit gugur,bila selesai cuci rambut pula  rambut terasa sangat kering bila dipegang,tak bermaya & menggerbang , okay walaupun dah pakai perapi rambut  tetap juga kering sangat.

Tapi bila saya menggunakan ramuan bunga raya ni,seawal pertama kali saya dapat rasakan rambut lebih lembut ,tak menggerbang walaupun dah kering.Kini tak perlu berbelanja lagi.Maklumlah harga semua barang dah naik sekarang ni.

Untunglah kalau sesiapa yang rajin tanam pokok bunga raya ni tepi rumah kan hehe,Kalau tak ada daun bunga raya ,boleh je terus beli syampu v'asia tu

Langkah-langkah
1.Sediakan 10 helai daun bunga raya bergantung berapa panjang rambut korang
2.Ramas/tumbuk daun bunga raya bagi lendir tu keluar
3.Campur sikit air dan usapkan di kulit kepala dan rambut dan biarkan selama sejam atau 15 minit .atau nak biarkan semalaman pun boleh
4.Basuh seperti biasa.
5.Amalkan selalu untuk melihat hasilnya

Jarang juga dapat berkongsi dan meluangkan masa untuk blog ni memandangkan line agak sedikit teruk,

Inginkan lebih tips dan petua kecantikan?fllow je instagram saya @mek_cun

2 comments:

Amanda Suria said...

thanks for sharing ...kena cari daun bunga raya ni..nak pi treatment selalu mahal kan...

Diya Hanun said...

Ha ni petua dr mak sy juga, tp tulah buat masa kecik lagi..skrg nak cari bunga raya pun x ada..haha

Designed By Izzasakura