Breaking News

Review Nutriwhite cleanser shaklee



Hai selamat pagi.
Minggu ni rasa bersemangat je nak update blog tak tahulah kenapa mungkin banyak sangat idea hendak dikongsikan dengan semua pembaca blog ni.Kali ni saya nak berkongsi mengenai pencuci muka yang saya gunakan iaitu Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee.

Sebelum ni saya memang selalu bertukar-tukar pencuci muka maklumlah muka saya ni cepat berminyak dan senang naik ruam serta jerawat.Pelbagai pencuci saya gunakan dari yang bentuk sabun sehinggalah cetaphil cleanser dan bulan lepas saya gunakan Avon cleanser hasilnya amat memberangsangkan cuma satu je masalahnya pencuci muka avon ni menyebabkan kulit jadi tegang dan kering,tak bestlah kan...


Jadi saya mula mencari pencuci muka yang tak menyebabkan muka jadi tegang dan pada masa sama boleh mengurangkan ruam di muka ni maka saya pun memilih NW cleanser by shaklee ni.Saya mula gunakan NW cleanser ni pada malam selepas produk ni sampai di tangan saya.


Nak tahu camna hasilnya?selepas je cuci muka dengan Nutriwhite ni hasilnya sangat sangat  awesome lah,Kulit jadi lembut,kurang berminyak,ruam pun kurang.Yang paling best nutriwhite ni tidak mengandungi pewangi tau,sesuai untuk muka yang agak sensitif macam saya ni..

Jom kita tengok perubahan pada kulit muka saya selepas 30 hari menggunakan pencuci muka nutriwhite ni.
30 hari je tau dah dapat efek sebegini,kalu sebulan?3 bulan?mesti dah nampak beseri-seri dah ,whitehead dan blackhead mulai hilang secara perlahan-lahan dan yang penting muka sekarang terasa lebih licin dan lembab

pencuci muka nutriwhite,pencuci muka shaklee,shaklee ,pengedar
SEBELUM 

sshaklee,testimoni pencuci muka shaklee,shaklee  murah,set nutriwhite

 
                                                                     SELEPAS

Haa sekarang nampaklah kan kulit saya yang tak berapa licin dengan pori -pori terbuka kesan jerawat remaja dulu.tapi sekarang lebih bersyukur kulit tidak seteruk dulu,sobs sobs,,

Oh ya,gambar di atas saya menggunakan kamera oppo mirror3 dengan mode normal tau,takde apps beauty bagai hehe,ligthing pun lebih kurang je.



 Hanya yang menggunakan NW Saja tahu akan kebaikan pencuci muka ni ,hehe nanti next entri kita bincang pulak pasal kelebihan pencuci muka ni tau.Tunggu ya.Review ni adalah ikhlas bukan tajaan mana-mana pihak,Saya berkongsi apa yang saya pakai dan amalkan.

Terima kasih..

2 comments:

Unknown said...

husna tak pernah tukaq lagi pencuci muka dok setia satu tu je.. tp menarik ye..

Unknown said...

Antara cetaphil dan nutriwhite mana yang lebih bagus?Sbb muka saya mmg sama dengan muka akak yg sebelum tu..Tak tau sama ada nak beli nutriwhite atau cetaphil..

Designed By Izzasakura