Breaking News

Ciri -ciri blog menarik


Hai semua,tak tahu beberapa hari ni rajin sangat update blog hehe.

Kalau malas tu berbulan tau tak update...

Saya banyak sangat blogwalking ke blog lain terutamanya newbie.Macam mana saya jadi newbie dulu begitu juga apa yang saya nampak sekarang ni.Ciri-ciri blog menarik penting ye sebab ia dapat menarik pembaca datang ke blog kita.

Biarlah blog kita buruk pun janji kemas tau,dan rajin up entri tu yang penting.
Di bawah ni saya senaraikan ciri-ciri blog yang menarik .

1.Kemas
Haa ni sangat penting,kalau rumah korang bersepah,ada tak orang nak masuk?macam tu lah juga blog kita.Anggap blog kita sebagai rumah kita.Jangan letakkan terlalu banyak widget yang tak penting di blog.tak perlu hiasan jatuh dari blog tu semua tau,serabut...

2.Header
Header pun tak perlu besar gedabak kan nak bagi orang nampak ,cukup je ikut kelebaran dan tinggi header kita.Sesiapa yang tak rajin atau tak pandai buat header,boleh je tempah dari saya.

3.Tulisan
Bila blogwalking ke blog lain,ada sesetengah tulisan ni ya ampun nak rabun kot baca.Mana tahu kot makcik pakcik nak singgah bertandang dalam blog korang tiba-tiba tengok tulisannya lahai kecil je,terus takda mood nak baca.

4.Gambar yang berlebihan
Mungkin korang ni jenis suka selfie jadinya semua gambar korang letak tepi sidebar tu.Cukup je 4 5 gambar .Bila gambar terlalu banyak blog jadi terlalu lambat loading lainla kalau line korang laju .

5.Hiasan
Haa ni pun satu,korang terlalu excited sangat nak hias blog  sampaikan blog korang dah penuh dnegan hiasan,sana sini hiasan,tak cukup lagi,letak lagi hias bunga la macam-macam kan.kalau boleh penuh satu blog letak bunga hehe.Yang ni memang banyak saya jumpa.Maaflah ya sebenarnya itu membuatkan loading jadi lambat dan lambat.Keep it simple je cukup.

Tak tahu nak hias blog?tempah je dari sesiapa yang pandai buat blog tapi janji kemas,cantik dan ringkas contoh blog www.azhafizah.com.


Ok cukup la panduan untuk blogge baru kan,sekian,byeee....





4 comments:

NUR RAIHANAH said...

nice entry :)

Diya Hanun said...

hehe.. sy prefer yg cute2 punya theme

Kim Chaa said...

Suka entry ni :D .. nanti jmput laa singgah blog sy, tengok tengok ada yg perlu diperbaiki lg tak ^^ #newbie
http://kimchaa.blogspot.my

sofie adie said...

nice sharing! #kipidap

Designed By Izzasakura