Breaking News

Juara Gegar Vaganza 2015

siti nordiana,paling  comel,juara,naib juara


Hai semua,tajuk yang tengah trending sekarang iaitu juara gegar vaganza 2015 milik Siti Nordiana atau panggilan mesranya Nana menyampaikan lagu Putus terpaksa.Artis lama yang meningkat naik gara-gara Gegar vaganza.Memang sangat meriah dengan persembahan dan selitan lawak dari Nabil & Jihan Musa.


Ya ,pada mulanya tak berapa jangka yang Nana  ni akan menang disebabkan beliau nampak kurang menonjol tapi bila membuat persembahan dari segi suara memang terbaik sangat.Rasa macam tak percaya je.Memang bagus sangat astro membuat rancangan untuk mengcungkil lagi bakat artis lama kita ni

Siti Nordiana ni dulu popular dengan lagunya "Paling Comel" duet bersama arwah Achik Spin.Memang terngiang-ngiang lagi lagu ni masa zaman kecil dulu.Suaranya pun comel masa tu kan hehe jadi memang tak jangka la kan dapat jadi juara.


Apa-pun tahniah Siti Nordiana di atas kemenangan anda.Mula-mula ingatkan Haiza  jadi  naib juara disebabkan beliau sentiasa memberi kelainan pada persembahan beliau  tapi farahdiya pula yang dapat.Okay rezeki masing-masing kan.

Batch kedua pula beliau menyampaikan lagu 'Awak kat mana 'bergandingan dengan Nassier Wahab.okla kan.Setakat ni saya tiada apa-apa bantahan mengenai program ni,sesiapa yang kalah atau menang tu adat pertandingan .Pada saya semua yang menyertai gegar vaganza ni adalah pemenang.Mereka cuba sedaya upaya menyampaikan persembahan dengan sebaik mungkin dan menerima setiapa tugasan yang diberi .

Mungkin ada lagi gegar vaganza 2016?kita tak tahu kan.Suara Maya Matahari pun best juga .
Tahniah semua.....




3 comments:

Roziah Muhammad Nor said...

kita tak pernah tengok pun rancangan nih. hihi. tapi nana suara dia memang lantang.

Kim Chaa said...

Tak pernah tgok rancangan ni, tp memang minat nana dari zaman duluuu

ros nordin said...

tak tengok cuma nampak ramai blogger yang update . btw tahniah utk pemenang :)

Designed By Izzasakura