Breaking News

Khasiat hampas teh untuk kecantikan





Hai semua pembaca blog Izza sakura,cewahh kali ni kita berkongsi mengenai tips kecantikan yang mudah,murah saja .

Bahan ni boleh didapati di rumah saja .Cemburu tengok pipi orang lain kelihatan kemerahan  secara semulajadi tak?nampak comel saja kan,nak cubit-cubit je pipi dia.


Mesti anda selalu buang hampas teh tu kan selepas digunakan okay sekarang jangan buang dulu..Kita simpan dan jadikan sebagai masker kecantikan

Di dalam hampas teh ni mengandungi vitamin E yang berguna untuk kesihatan kulit anda.Kita semak dulu apa khasiat hampas teh ni.

Khasiat hampas teh
Mencerahkan kulit 
Mengandungi vitamin e yang baik untuk menghilangkan jerawat,bintik hitam,anti penuaan dan juga boleh dijadikan sebagai scrub .Satu hal lagi yang anda tidak tahu sebenarnya hampas teh ni mengandungi   vitamin  508 kali lebih banyak  dari lemon .Wah bestnya!!

Mengurangkan parut jerawat
Untuk menghilangkan parut jerawat tak perlu susah cari krim parut lagi.Anda pun boleh menggunakan hampas teh ni dan sapukan di kawasan yang bermasalah.Amalkan sekerap mungkin..

Mengurangkan kesan gelap di bawah mata.
Bila tengok cermin,mesti ada kesan lingkaran bawah mata anda tu kan,.Kesan lingkaran bawah mata membuatkan anda kurang keyakinan diri.Bila keluar je mesti kena sorokkan dengan conclearer.Kini tak perlu risau lagi,biarkan di dalam peti ais semalaman dan tekapkan di kedua mata anda Ini juga dapat membantu mata anda relaks dan kurang tekanan.

Untuk kesihatan rambut.
Hampas teh yang masih lembab tu boleh dilsapukan  pada rambut.Amalkan setiap hari sehingga anda puas hati dengan hasilnya.

Wah banyak sangat kegunaan hampas teh ni,Mesti anda pun baru tahu kan?hihi.Selepas ni boleh la jimat sikit beli produk kecantikan








No comments:

Designed By Izzasakura