Breaking News

Petua mengecutkan jerawat

Kadangkala jerawat tumbuh tanpa dipinta.Jerawat tumbuh ni disebabkan banyak faktor iaitu hormon dan mungkin juga disebabkan pemakanan kita yang berminyak dan bergoreng serta keadaan persekitaran yang kotor.


Jadi kali ini,saya nak berkongsi petua untuk mengecutkan jerawat cara mudah dan ringkas hanya dengan bahan-bahan semulajadi dan semestinya murah .

1.Tomato.
Tomato bukan saja berkhasiat untuk dimakan malah ia juga boleh menghaluskan kulit muka ,membantu kulit lebih berseri dan bebas jerawat.Caranya belah sebiji tomato dan lumurkan di wajah anda.Biarkan seketika dan bilas dengan air suam.

Amalkan 2 kali seminggu.

2.Susu tepung
Petua ni saya selalu amalkan bila jerawat dan ruam naik di wajah .Caranya ambil satu sudu susu tepung campurkan sedikit air dan lumurkan di wajah anda.Bila dah kering,bilas wajah anda dengan air suam.Ia membantu wajah lebih lembab dan mengurangkan masalah kulit berminyak.


3.Timun
Timun ini juga dapat membantu mengecutkan jerawat caranya hanya blend/kisar dan jusnya boleh dilumurkan pada wajah atau di kawasan yang berjerawat.


4.Madu
Madu juga berfungsi sebagai antiseptik untuk merawat jerawat dan juga melembabkan kulit.Caranya hanya lumurkan di wajah dan bilas dengan air suam.Boleh juga dicampur bersama serbuk kulit kayu manis.Amalkan petua ini sehingga jerawat hilang.


Wah mudah kan nak jaga kulit wajah dengan bahan semulajadi ni malah lebih selamat dari pelbagai produk di pasaran ni.
Nak shaklee untuk rawat jerawat dan juga dalaman??jom hubungi saya.


Whatsapp +60193484205.

2 comments:

Along Misuari said...

Mudah sangat rupanya nak bagi muka cantik cam anak dara..
Nanti nak bagi kat isteri AM amalkan je la..
Semua bahan dah ada di rumah je..

Posting terbaru AM
5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Izza Sakura said...

@Along Misuari ye betul tu along

Designed By Izzasakura