Anda sering meluahkan perasaan marah anda kepada seseorang pada status Facebook konon kononnya tidak mahu orang itu mengetahui anda sedang marah sedangkan orang yang anda maksudkan itu membaca status facebook anda
Anda sering meluahkan perasaan marah anda kepada orang yang mencuri gambar anda di facebook sedangkan anda sendiri meletakkannya pada album gambar secara terbuka
Anda kerap menyatakan hasrat anda untuk menutup akaun facebook (deactivate) di status anda tetapi sampai sekarang masih tidak tutup lagi…(budget anda hot dan orang akan sedih jika anda tiada facebook)
Anda sudah membenci seseorang itu tetapi setiap kali sign in facebook,page si dia yang anda benci itu lah yang kerap anda singgah
Anda menyatakan perasaan marah anda pada status facebook kepada rakan yang suka “tag” nama anda pada produk mereka.. sedangkan anda juga pernah “tag” orang lain pada produk anda
Anda selalu menyatakan “facebook memboringkan” tetapi setiap kali online,facebook jugalah anda tuju .
Anda mengutuk facebook di status facebook dan menyatakan TWITTER lagi bagus,facebook menjengkelkan tetapi sampai sekarang anda masih lagi mempunyai akaun facebook malahan masih lagi kerap ke facebook.. ^^
Renung-;renungkan dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment