Cerita seorang wanita, gadis dipukau sememangnya bukan baru. Namun, apabila ia dilaporkan menjadi antara penyebab ramai wanita dan gadis melarikan diri, termasuk ke negara jiran, timbul persoalan, apakah semudah itu wanita menjadi mangsa pukau?
Sukar mendapatkan jawapan tepat, namun fakta yang menggerunkan ialah kaitannya dengan laman sosial. Malah keghairahan mendedah dan menyiarkan gambar penuh di halaman Facebook atau laman twitter kepada rakan sosial tidak dikenali, ibarat jerat mangsa pukau.
Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata pada zaman moden bukanlah mustahil perbuatan syirik termasuk pukau dilakukan menerusi laman sosial seumpama itu.
Sehubungan itu, Sharhan menasihatkan orang ramai, khususnya wanita dan remaja tidak sewenang-wenang memaparkan gambar atau foto di laman sosial kerana perbuatan itu boleh memerangkap diri sendiri.Tolong jangan lakukan ini jika anda sayangkan diri anda!!
"Ada pelbagai jenis sihir dalam masyarakat kita, antaranya termasuklah pukau yang bukan saja perbuatan haram dan salah dalam Islam tetapi juga syirik. Ilmu pukau ini menggunakan perantara orang ketiga iaitu jin yang juga berperanan utama untuk `mengenakan' seseorang itu," katanya ketika ditemui Pusat Perubatan Islam Sinar Zamdurrani di Subang Jaya, barubaru ini.
Mangsa warga Afrika
Sharhan berkata, dalam satu kes pukau menggunakan facebook, pihaknya ada membantu satu keluarga yang mengadu, anak gadisnya yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) lari mengikut teman lelakinya yang hanya dikenali melalui laman sosial berkenaan.
"Sehingga hari ini pelajar IPT perempuan itu tidak dapat dikesan walaupun usaha sudah dilakukan. Difahamkan, dia berkenalan dengan jejaka Afrika melalui facebook dan mereka saling bertukar-tukar mesej dan gambar. Malah, kenalan facebook baru dikenali itu turut menghantar beberapa gambar seksinya kepada mangsa.
"Sejak saling bertukar gambar, gadis itu mula berubah sikap dan asyik mengingati teman lelaki barunya. Perubahan lain dirinya termasuk enggan lagi memakai tudung.
"Akhirnya, keluarganya mendapat tahu gadis itu membeli tiket perjalanan yang tidak diketahui destinasinya untuk mengikut lelaki berkenaan. Gadis itu disyaki sudah dipukau kerana ada tanda-tanda penggunaan ilmu sihir itu terhadapnya," ceritanya.
Jampi SMS, asap rokok
Penggunaan bahasa dan gambar boleh dijadikan bahan untuk memukau apabila menggunakan jampi atau ayat serapah yang dibaca oleh pihak bersekongkol dengan jin dan syaitan. "Biarlah dikatakan sombong supaya tidak terjerat dengan perkara tidak elok," kata Sharhan.
Katanya, pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, perbualan, minuman, telefon (percakapan dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), bersalaman dan menepuk belakang serta membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
"Bagi wanita, anak gadis atau remaja lazimnya terjebak pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada yang sanggup mengikut lari lelaki baru dikenali termasuklah warga asing. Ini berikutan, apabila terkena pukau, individu itu akan berasakan terlalu sayang kepada orang yang menggunakan sihir ke atasnya. Inilah dikatakan cinta itu buta, individu terbabit sudah tidak kenal siapa dirinya lagi dan sering dilanda gila bayang disebabkan menjadi mangsa pukau..ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEPERTI INI?tidak.bukan.
Pendinding pukau
Sharhan berkata antara petanda individu dipukau termasuk hilang arah pedoman, ikut kata dan kehendak individu yang memukau, berlaku perubahan perangai tiba-tiba seperti bertudung dan tidak mahu memakainya, cepat marah serta sebagainya dan mengalami gangguan psikologi.
Bagi mengelakkan menjadi mangsa pukau, Sharhan menasihatkan individu menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali dan tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang.
Untuk `pendinding diri', amalkan beberapa ayat suci alQuran termasuk sentiasa amalkan surah Hud (Ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Taha (Ayat 69), ayat Qursi dan surah tiga Qul.
"Jangan layan seseorang tidak dikenali lebih lima saat kerana dalam tempoh sekejap itu seseorang itu boleh dipukau. Selain itu setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa sewajarnya dan sentiasa jaga solat fardu sebagai perisai mukmin.
"Kalau boleh, sentiasa dalam keadaan berwuduk kerana iblis tidak boleh menembusi," katanya.
Mangsa seks bomoh
Halimah 38, (bukan nama sebenar), sudah berkahwin 15 tahun dan dikurniakan seorang anak. Masalahnya, dia berasa dingin dengan suaminya setiap kali bersama.
Mendapatkan nasihat rakan, Halimah mengambil keputusan berubat dengan seorang bomoh di Selangor. Bomoh ditemui, berjanji membantu Halimah dengan kos rawatan RM3,000 dan kos tambahan bagi tujuh rawatan.
Halimah bersetuju biarpun tindakannya di luar pengetahuan suami.
Bagi sesi rawatan pertama, bomoh dan isterinya mengajarkan kaedah dan cara perhubungan seksual yang boleh membantu meningkatkan kemesraan. Bagi sesi rawatan kedua, Halimah diminta membawa duit untuk membeli kambing dan beberapa peralatan lain untuk tujuan perubatan.
Sepanjang proses rawatan itu, bomoh meminta kebenaran untuk merokok.
Sebaik saja bomoh itu menghembuskan asap rokok, Halimah pening dan seakan-akan mengikut kata-kata bomoh berkenaan.
Bomoh itu memberitahu perlu memasukkan minyak sudah dijampi pada bahagian sulit Halimah, kononnya ada saka dan ia perlu ditarik keluar, dan tanpa sebarang bantahan, Halimah sekali lagi akur.
Suatu hari, mujur dia menonton televisyen dan berpeluang mendengar Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie membicarakan isu pukau dan jin.
Lalu, Halimah pun mengambil keputusan untuk mendapatkan runding nasihat dan rawatan di situ dan kini keadaannya sudah pun kembali pulih.
Halimah berasa menyesal kerana mudah terpedaya dan bukan saja wang ringgitnya habis hampir RM6,000 tetapi maruahnya turut tergadai.
Info SihirPukau
* Sejenis ilmu sihir hitam yang bertujuan untuk menjadikan mangsa tidak sedar dan keliru dengan apa yang berlaku.
* Sihir ini adalah perbuatan berkaitan dengan jin dan syaitan sehingga menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
* Guna perantara - jin untuk kenakan mangsa
Kaedah
* Gambar penuh di laman sosial
* Hembusan asap rokok
* Renungan mata
* Jampi SMS
* Salam
* Tepuk bahu
* Buang najis, pakaian buruk di hadapan rumah.
Siapa mudah dipukau:
* Individu yang lemah semangat, didatangi haid, ada saka, mudah percaya atau taksub, tinggalkan amalan wajib dan tidak menutup aurat
Jadi jangan biarkan diri ANDA DISELUBUNGI MISTERI...
Sumber: BH Oleh Nor affizar Ibrahim
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/07/pukau-internet-sihir-zaman-moden.html#ixzz1zzjQI16I
2 comments:
penah dgr jugak nih citer pasal benda2 mcm nih menakotkn jer,...mcm2 cara derang buat skrg kn
visit n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/singgah-sat.html
tu lah,kdg2 kita kne hati2 aplagi dgn warga asing tu,,,k terima kasih masmira masri..:).
Post a Comment