Breaking News

Tips sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan

Walaupun rasanya sudah terlambat untuk publish entri ni,tapi saya rasa ia bermanfaat buat sesiapa jua yang akan menghadapi peperiksaan ada tahun ini,hari-hari yang mendatang.

Peperiksaan inilah yang ditakuti oleh semua pelajar,kerana peperiksaan ini akan menguji tahap mana korang faham semasa korang belajar tu,

Jadi saya berikan tips yang mungkin agak berbeza sikit dari yang lain.

Yang pertama
1.Lupakan atau putuskan hubungan dengan bf/gf
Ha...ini masalah utama pelajar,sesiapa yang ada bf/gf terutamanya budak remaja yang masih bersekolah tu lupakan dulu kisah percintaan agung korang tu ,tumpukan pada pelajaran dulu,sebab hubungan couple tu akan menjejaskan prestasi dan semangat untuk belajar.Bayangkan sewaktu korang sedang menghadapi exam.tertiba-tiba gf/bf tu minta putus,haa jawab la exam sambil menangis...hoho,,banjir pula nanti..

2.Pastikan diri serta keluarga sihat
Tekanan juga menyebabkan kita stress semasa peperiksaan jadi kalau rasa tak sihat tu,cepat-cepat makan ubat.Keluarga pun kena jaga kesihatan.terutamanya ibu dan ayah.sebab ini akan mempengaruhi /menganggu peperiksaan anak-anak nanti.Perkara ni saya pernah hadapi,sampaikan untuk jawab peperiksaan pun tak fokus.

3.Belajar secara bijak
Belajar secara bijak ni sebenarnya bukan membaca semua buku yang ada,belajar secara bijak ni bermaksud membaca nota-nota penting saja,supaya otak tu tak rasa tertekan dan tak berserabut.Nota ni maksudnya ringkasan sebaiknya ditulis dari awal lagi sewaktu form 4 ,atau form 1.

4.Sediakan peralatan peperiksaan
Ini kita dah tahu kan,jadi tak perlu duk pinjam sana sini,sampaikan kerusi meja pun nak pinjam.

5.Bersarapan pagi
Tidak perlu mengambil makanan yang berat cth daging kerana ia akan menyebabkan kita mengantuk sewaktu peperiksaan sedang berjalan.

6.Tidur awal
Tidur pada waktu yang tetap supaya badan lebih segar dan tidak mengantuk pada keesokan hari.


Itu saja tips dari saya,semoga bermanfaat,tips yang lain tu semua kita dah tahu kan

5 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

doa semua berjaya....

Sabrina SA said...

Nice sharing kak ♥ ^^
Ina setuju sgt dgn no 1 tu..

Sabrina SA said...
This comment has been removed by the author.
Sabrina SA said...
This comment has been removed by the author.
Cik JariManis said...

haha..terus igt zaman2 upsr, semua segala exam...mcm2 mak pesan..mana budak spm n stpm ni...meh bagi dia org baca satu2..hee..jm share kat fb ya kak.. ^_^

Designed By Izzasakura