Breaking News

Perkara yang tak perlu ada dalam blog.

Hai semua ,hari ni saya kongsikan sedikit tip yang mungkin berguna untuk blogger yang baru nak berjinak dalam dunia blogging ni,setelah 4 bulan lebih menerjah dari blog ke blog(blogwalking la tu maksudnya).Niat cuma ingin berkongsi sahaja kerana diri ini masih khilaf dalam dunia berbloging ni.
                                    
Perkara-perkara yang tak perlu ada:


Alert message
Tak perlu ada dalam blog kerana ini menganggu pengunjung anda kerana mungkin akan merimaskan pengunjung blog tersebut.

Welcome image(click here to enter)
Yang ni pun sama sebab akan menyusahkan blogger lain untuk blogwalking,asal nak blogwalking je,mesti muncul benda tu,rimas kan?

Music player yang tiada button stop...
Lagi merimaskan ,terutama jika berkunjung ke blog yang lagunya  rock kapak,jiwang bagai la,semua ada,.Memang tak salah tapi letak  la music player yang ada button stop tu disebabkan tak semua blogger suka baca entri sambil dengar lagu kan?
.

Word verification  for comments
Kenapa orang lain tak nak comment kat blog kita?SEBAB aPA?Sebab ada word verification ,benda ni pernah terjadi pada saya,saya dah baik hati nak komen tiba-tiba ada pula word verifaction ni ,jadi kepada blogger check dulu blog tu ada word verification ke tidak ye,

Terlalu banyak widget
Widget yang terlalu banyak ni menyebabkan loading jadi sangat...sangat lambat(macam apa?macam siput),terutama untuk blog yang terlalu sarat dengan widget jam la,dan seumpamanya.


1 Page 1 Post
Faham kan 1 page 1 post tu apa?Maksudnya di sini,1 halaman 1 post,ataupun boleh letak 2 ke 3 post ke kan,saya pernah blogwalking terjumpa 1 blog ni,loading dia agak lambat walaupun dia tak letak banyak widget/atau tak letak widget langsung,sebab apa?sebab dia letakkan terlalu banyak post dekat 1 halaman jadi loading blog dia pun slow,saya pun jenuh duk tunggu,tunggu macam tunggu durian nak jatuh ni,alahai lamanya ,,nasib baik saya baik hati ,saya follow juga dia(maaf kepada sesiapa yang terasa )

Cursor
Kalau boleh pilih la cursor yang simple sikit ye,(disebabkan itulah saya malas nak letak cursor)sebab bila saya nak scroll kat bawah,,ehhh kenapa tiba-tiba tak leh tekan ni?rupa-rupanya dia tekan kat benda lain,ish,,ish

Tulisan yang memerlukan kanta pembesar
Tiba-tiba terdetik di hati,nak datang blogwalking blog2 lain,baca je entri ,,alahai keciknya tulisan,penat mata ni nak baca. terutama untuk blogger yang menggunakan blogskin tu.

Mungkin tu je yang dapat saya kongsikan kali ni,harap-harap tiada sesiapa akan terasa dengan entri ni,cuma untuk tujuan pesanan sahaja,terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapa ni.

4 comments:

Misz Mieza said...

Yezza! Setuju 100%! ^_^

Izza Sakura said...

trima kasih kak mieza,btw cantik la blog awak,kemas sgt2

PILOT LOVER said...

semua kat atas memang betul...yg paling naz tak suke is word verification...rase nak ngamuk je taw...huh

Izza Sakura said...

haah btul tu naz,

Designed By Izzasakura