Breaking News

Berat Badan Naik ketika haid

Betul ke berat badan boleh naik ketika haid?Memang perkara ini berlaku pada kebanyakan wanita tetapi anda perlu menerima hakikat bahwa pertambahan berat badan ketika haid adalah sebahagian daripada simptom sebelum haid (PMS)yang wanita pernah alami.

Mari kita lihat apakah penyebab berat badan boleh meningkat


1.Pembendungan air
Biasanya .berat bertambah ketika haid disebabkan takungan air dalam badan/edema  dan ia bukanlah berat daripada lemak dalam badan .Ia kerana disebabkan perubahan hormon dalam badan yang tidak menentu  dan tidak berada pada tahap normal ketika haid.Wanita menyimpan air di bahagian tertentu seperti di lengan,perut dan kaki,.Sesetengah wanita juga mengalami bengkak di dada dan mengakibatkan ketidakselesaan fizikal

2.Nafsu makan meningkat dan makan berlebihan 
Perubahan nafsu mengakibatkan keinginan yang kuat untuk makan  .Ini selalu terjadi pada wanita yang mengalami PMS.Keinginan akan meningkat dan mungkin melebihi jumlah kalori yang diperlukan badan terutama apabila mengalami pendarahan yang banyak 

3.Kembung perut
Pengumpulan gas dalam perut adalah penyebab kembung perut ketika haid dan menyebabkan masalah sembelit yang biasanya terjadi ketika haid .Malah jika seseorang itu sakit perut seperti sengugut,ia mungkin 
disebabkan kembung perut.

4.Kurang gula dalam darah
Tahap magnesium berkurangan dalam darah dan penghasilan insulin menjadi rendah .Wanita ketika haid mengalami kekurangan gula dan menyebabkan nafsu makan lebih tinggi agar paras gula berada pada tahap normal..

Cara pencegahan
1.Kurang mengambil sodium 
Ini akan mengurangkan  pembendungan air dalam badan .Sayur dalam tin,kicap,serbuk perasa.makan ,makanan diproses  mengandungi sodium yang tinggi  menyumbang kepada pertambahan berat badan ketika haid.Jadi elakkan pegambilan sedemikian

2.Bersenam
Bersenam dapat menggelakkan sakit kepala,perubahan mood dan nafsu makan yang tinggi ketika haid.

3.Pengambilan serat
Pengambilan serat digalakkan untuk mengawal berat badan dan nafsu makan sekaligus mengurangkan masalah gemuk air.

4.Makan makanan berkhasiat dalam jumpah kalori yang diperlukan .
Pilih makanan yang tinggi serat,protein tanpa lemak,bijirin,buah-buahan,dan sayur-sayuran,

Akhir kata,kenalilah diri anda kerana setiap wanita mempunyai kedatangan haid yang unik dan tersendiri.

Sumber:Harian metro
Diolah semula oleh :Cik Maz



3 comments:

Noli@Ibu Wafa said...

hai jenguk petang cni :)

Izza Sakura said...

thanks u akak

PILOT LOVER said...

nice..boleh guna pakai time kritikal nanti.. tq :)

Designed By Izzasakura