Breaking News

Cara menangani masalah jerawat yang teruk

Hai semua,lamanya tak update blog kan,update pun kejap je disebabkan kesibukan diri ni.blog pun dilupakan untuk sementara waktu,ok kali ni saya nak berkongsi tips dengan semua yang tengah mengalami masalah jerawat yang teruk di muka,Jerawat mungkin terjadi disebabkan :
Nak ke muka jadi mcmni?
                                                
Perubahan persekitaran
Mungkin cuaca sekarang ni panas ,ataupun mungkin juga persekitaran kita yang kotor tu menyebabkan muka kita berminyak dan berjerawat.Jadi pesanan buat individu yang mempunyai kulit sensitif ni ,bawa tisu muka .

Perubahan hormon
Kadang-kadang hormon yang tak menentu pun boleh sebabkan jerawat ni.Dulu masa belum remaja memanglah muka cantik,bersih je,tapi tiba-tiba bila dah mula akil baligh,mulalah jerawat nak mencanak naik,macam  cendawan selepas hujan pula kan.Jadi masa tu la kita kena jaga betul-betul,Jangan picit jerawt tu,nanti kuman dia merebak.

Penggunaan produk yang salah
Ha,,ni lagi satu,alahai tengok artis pakai produk tu,punyalah cantik ,dia pun nak juga guna,Cik adik cik akak oi,tak semestinya produk tu berkesan untuk kita, sebab kulit kita ni semua nya berbeza jadi kesannya pun mesti berbeza kan?,jadi berhati-hati sebelum beli produk kcantikan,jangan sebab nak cantik je,kulit pun jadi terseksa.

Penggunaan syampu
Ni lagi satu yang kebanyakan kita tak ambil peduli,kadang-kadang syampu rambut yang kita pakai tu boeh menyebabkan jerawat juga.jadi better be careful ok

Makanan yang berminyak
Makanan berminyak pun boleh sebabkan jerawat jadi tinggalkan dulu makanan bergoreng tu.Makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menyingkirkan toksin dalam badan yang menyebabkan jerawat.

Ok itu saja tip yang saya dapat kongsi ,nak tahu tips mengelakkan jerawat cara saya,jangan lupa baca entri seterusnya,


1 comment:

Unknown said...

Adakah anda MALU untuk berada di khalayak ramai kerana mempunyai masalah JERAWAT? Adakah anda dah puas mencuba pelbagai produk tapi hasilnya ZERO? Adakah anda penat menggunakan produk yang mengambil masa yang lama untuk merawat kulit wajah anda? Kami ada penyelesaiannya dengan Set Rawatan No 1>>>ZARRAZ PARAMEDICAL…
layari : http://zarrazparamedical.wix.com/beauty
fb : https://www.facebook.com/zarrazparamedical.ara

Designed By Izzasakura