Breaking News

Kuku reput kerana inai homemade

Hai semua,macam tak berapa percaya dengan cerita sebegini,inai homemade pun boleh menyebabkan kuku mereput?itulah hakikatnya,untuk  pengetahuan semua,inai homemade ni bukanlah inai dari  daun pokok inai tu tetapi inai ini ada campuran dari pewarna sirap tu,ala yang buat bancuh-bancuh jadi air sirap tu,dan kemudian diletakkan sabun lux ataupun ada juga yang meletakkan sabun axion ...

Setakat ni saya tak jumpa lagi penjual yang meletakkan kapur dalam inai homemade ni,jadi inilah perkara yang berlaku,kuku kanak-kanak ni mereput,kesian dia
kuku reput,,murah,bahaya

Anak Saudara kepada salah seorang pengguna facebook Puan Diela berkata anak saudaranya menangis tak berhenti kerana kukunya pedih dan panas.

Jadi ini adalah satu pengajaran ye buat kita semua,sebolehnya jangan pakai inai homemade ni,pakai je daun inai tu,,terjamin keberkesannya dan banyak kelebihan daun inai tu,jangan kerana nak mudah je,terus beli inai homemade seperti di atas.

Saya pun pernah pakai inai homemade ni tapi tidaklah seperti ini,mungkin campurannya berbeza dan nasib saya baik,saya pakai tidaklah terlalu lama ,Haa pengajaran juga buat korang semua,kalau nak beli apa-apa ke silalah review dulu bahan-bahan yang digunakan ,sekarang ni teknologi kan dah canggih GOOGLE kan ado,kita sebagai pengguna pun kena bijak,takkan kerana RM10,kesihatan kita terjejas,ok itu saja,

Jaga diri............

6 comments:

izzeyda said...

Itulah ada juga baca kat fb..lebih baik pakai inai asli yang dari daun inai yang ditumbuh tu..

Fatimah Azzahrah said...

Jual tapi nak untung cepat . Buatlah elok elok bahan yang elok . Kesian budak tu dah reput kukunye

siti zawiah said...

dah baca kisah ni kat fb..kesian budak tu..peniaga macam tu meniaga nak kaut untung ja.tak fikir kesan orang yg guna..

Anonymous said...

Tp tu slh ibunye jgk. Np x tanye kt seller tu awl2 lg yg inai tu bleh pkai kt baby x? Np x bgtau awl2 sape yg nk pkai inai tu?
Yg nk baby die cntik2 tu np? Nilh pdhnye. Bknnye Islam tuntut untok pkai inai sedari kcik.
Maaflh law trksr bhase. Sy cume tlis je ap yg sorg seller ni kate psl bende ni.

milla said...

assalamualaikum,
Saya pun ade pengalaman yang sama kuku eput ni. Memang waktu pakai mula2 ok. bila basuh tetiba rasa sakit sangat berdenyut2. bila gosok2 atas kuku tu kuku terhakis dalam 2 hari masih rase sakit tu. Kuku mmg agak terangkat sedikit. mungkin kalau teruskan akan tercabut terus.

Nana said...

Cmna nak buat, huaaaaa saya baru pkai dan rasa sakit

Designed By Izzasakura