Pertama kalinya saya ingin mengatakan di sini bahawa saya bukanlah guru bahasa melayu,di sini saya cuma membantu para pelajar untuk membina ayat-ayat gramatis dalam karangan mereka ,saya hanya menyenaraikan ayat gramatis ini berdasarkan pengalaman saya menulis karangan spm Bahasa Melayu .
Pernahkah anda terfikir karangan anda seperti karangan budak tahun 6 walhal anda dalam Tingkatan 5?Kebanyakan pelajar fikir,"ya aku boleh lulus Bahasa Melayu ni ala kacang je ni" tetapi kerana perkataan 'SENANG" mereka mengabaikan matapelajaran tersebut dan akhirnya mereka hanya mednapat B+ B-.
Jika anda ingin mendapat A+ dalam karangan Bahasa Melayu,sila buka mata besar-besar sikit ya,sila baca buku karangan,ya dengan cara itu ada dapat menambah kosa kata dan juga menambah ilmu pengetahuan anda.Anda takkan pernah rugi pun.
Di bawah ini saya senaraikan ayat gramatis yang sangat berguna untuk anda ketika menulis karangan mengikut kesesuaian soalan yang diberi.
*Jangan jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan
*tidak ingin hidup seperti Si Tanggang
*matang dalam memberikan buah fikiran
*tidak bersikap bagai buntal kembung
*kebejatan moral
*mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi
* tidak lagi menebarkan sayap negatif
*bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
*tangan yang terbuka dan hati yang lapang
*mempunyai nilai mandiri
*bakal memegang tampuk pemerintahan negara
*mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar
Mutiara Kata
*“Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” (ulamak Hamka)
*agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Peribahasa
*buang yang keruh ambil yang jernih
Ayat gramatis di atas perlu disesuaikan dengan soalan yang diberi,apa pun rujuk dengan guru anda jika ada kesalahan,saya cuma membantu saja.Ayat tersebut merupakan sumber dari internet dan dari saya sendiri.gunakanlah dengan sebaik-baiknya.
3 comments:
terbaik :)
terbaik :)
terima kasih
Post a Comment