Breaking News

Tips sebelum memelihara arnab

Arnab ni sememangnya haiwan yang comel dan jarang didapati.Saya pun baru saja memelihara arnab.Bila ada arnab ni bermaksud kita memegang tanggungjawab  yang besar untuk menjaganya.Tapi malangnya ada yang  beli dan biar je,,
arnab,harga arnab,arnab angora

arnab,angora,makanan arnab


Memang susah nak menjaga arnab ni kerana ia bukanlah seperti kucing,bila dia lapar dia akan minta makanan

Jadi di sini saya khaskan buat sesiapa yang ingin memelihara arnab ni,

1.Makanan
Arnab tidak boleh makan palette selalu kerana ia akan menyebabkan berat badannya bertambah kemudiannya obesiti,jadi ia memerlukan timothy hay ataupun alfalfa hay dan beberapa jenis sayuran supaya pemakannya seimbang.Arnab tidak boleh makan sembarangan kerana ia akan menyebabkan cirit-birit

2.Persekitaran rumah
Anjing merupakan salah satu musuh utama arnab,Jadi pastikan rumah anda dan persekitaran anda tidak mempunyai anjing.

3.Masa lapang
Arnab yang baru dibeli susah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru kerana itulah anda sebagai tuannya perlulah banyak meluangkan masa  dan membelai  arnab anda,kalau anda sentiasa sibuk memanjang tidak perlulah memelihara arnab.Bulu arnab juga perluah disikat selalu ye,

4,Ubat-ubatan serta vitamin
Arnab memerlukan kesihatan yang baik oleh itu ubat serta vitamin dan sangkar yang besar diperlukan agar ia lebih selesa jadi jika anda merasa tidak mampu melakukan semua itu, tidak perlulah memelihara arnab.

Sebenarnya banyak lagi tips sebelum memelihara arnab ni,tapi itu saja yang saya dapat berikaan berdasarkan pengalaman pertama saya memelihara arnab angora white ni hehe

2 comments:

Unknown said...

Za pun bela arnab jugak.. :)

izzeyda said...

alaa comeinya dia.. sama la bela jugak arnab.. sebab anak nak bela sesangat..

Designed By Izzasakura