Hargai diri ini
Kisah yang telah lama berlalu pergi tapi tetap kekal dalam ingatan ,wajahnya,senyumannya kini ibarat satu mimpi yang mengerikan dalam tidurku,tatkala diimbau kembali ,tidak sungguh rasanya untuk menahan perit tapi semua itu telah berlalu pergi,tiada gunanya untuk dikenang lagi ,kisah kira-kira dua tahun lepas bermula dari detik perkenalan yang mungkin kita tak pernah rancang,ketika masih di bangku sekolah ,pelajar lain sibuk mengejar cita-cita,kita pula?mungkin kedua-duanya,Tetapi itu hanya sementara,
Dari hari ke hari,perangainya kian berubah,lagak gayanya tidak seperti dulu,keegoannya semakin menebal dalam diri,rasa marah mula merasuk secara tiba-tiba ,Setiap patah perkataan mula terpacul dari mulutnya tanpa belas kasihan ,saat emosi menguasai diri, perkataan itu telah mula dilafazkan..sungguh,,.....tika itu,hati mula resah gelisah,apakah ini pengakhirannya ?Hanya air mata jadi peneman sepi, tetapi diri ini masih tetap bertahan dan masih berkawan lagi dengannya .
Tetapi mungkin waktu itu,dirinya sudah tidak memerlukan diri ini,Adakah diriku hanya persinggahan semata-mata ?untuk melepaskan segala rasa sedih atas kenanganya dahulu?,atau mungkin hanya teman biasa?Hanya Tuhan yang tahu ..........
Dan .....hati mula berkata,patutkah aku menjauhkan diri daripadanya?Kini,impian itu telah tercapai juga akhirnya ,setelah hampir dua tahun diri ini tidak pernah langsung menghubunginya,sama ada menghubungi keluarganya .No telefon bimbit pun sudah lama ditamatkan perkhidmatanya hanya untuk mengelak daripada dia.
Tetapi pada masa itu mungkin juga dia berusaha menjejaki kembali dengan meminta bantuan rakan-rakan,tapi
semua itu tidak akan mengubah apa-apa sekalipun,
Malam itu,kedengaran mesej masuk di telefon bimbit berjenama Nokia ,tidak ku sangka dia berusaha menjejaki no baruku,
Bait perkataan ,'Aku minta maaf dan kalau kau reply mesej ni,bermakna kau dah maafkan aku"aku tahu aku dah buat salah,minta maaf banyak2."aku dah mula sedar......................(dengan panjang lebarnya)
Tapi semua itu tak dapat ubah apa-apa pun ,terima lah apa yang pernah dia buat akan kembali tempias pada dia nanti,mungkin dia sudah menyesal,dan diri ini sudah lama memaafkannya .Mesej itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang balasan sampai ke hari ini
Ini hanyalah rekaan atau realiti ?hanya tuan punya hati dah persaan sahaja yang tahu...
Pengajaran buat semua.
Kita selalu mengabaikan orang yang di depan mata kita,tetapi bila dia tidak wujud,kita mula belajar erti menghargai dan dihargai,
Utamakan pelajaran dahulu
Jagalah tutur kata kamu kerana kata -kata lebih tajam dari mata pedang .ibarat telajak perahu boleh diundur ,terlajak kata,.........................?sambung sendri ye,hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul tue maz . . mai pun penah mngalami ny & now mai cuba melupakan dia wlaupun hati ini berkata masih syg kn dia :(
betul tu maz...ena juga pernah diperlakukan sedemikian... kita syg seseorang tu sepenuh hati kita tapi last last dia pijak kepala kita.. hurmmmm
manusia jarang menghargai kan. bersabar jelah..yang berlalu biarlah berlalu. mulakan langkah ke depan. Puteri pernah melaluinya...jadi puteri faham apa rasanya :)
btul tu..klu bukan kita nk hargai diri kita siapa lagi...:D
Post a Comment