Breaking News

Testimoni rumpai laut

Kali ni nak berkongsi mengenai keberkesanan rumpai laut @seaweed ni.Ini adalah testimoni saya sendiri tapi saya tak jual rumpai laut ni,cuma berkongsi kebaikan rumpai laut ni je,


Sebagaimana yang anda tahu,rumpai laut ni mempunyai 1001 khasiat,memang banyak sangat khasiatnya malahan ia juga sesuai untuk golongan berumur,golongan remaja,malahan budak-budak kecil pun boleh.cuma mungkin rasanya yang agak meloyakan bagi sesiapa yang baru nak mencuba.

Rumpai laut ni pun dikenali sebagai kolagen,tapi saya rasa bukan kolagen.Rumpai laut ni sesuai juga untuk sesiapa yang kurang makan sayur@ tak nak makan sayur,hehe.

Oh ,panjangnya membebel kan,ok terus kepada topik asal,dahulu wajah saya mengalami jerawat halus,atau mungkin jerawat pasir kot namanya,contoh bila kita picit ia akan keluar seperti bintik putih.Bintik putih ni akan menyebabkan muka berlubang dan terasa kasar.

                                     
Ni adalah wajah dahulu kala,harap jangan geli tengok pic ni.Gambar ni dah lama sebenarnya.
Masa tu pakai krim garnier,sebab tu nampak berminyak



Haa nampak,myang kecil kecil halus comel tu sebenarnya jerawat halus,macam ruam je kan,huh..

Setelah mengamalkan Rumpai laut ni dalam 5 bulan rasanya,jerawat dah hilang,parut pun dah kurang,

Muka pun nampak bersih je walaupun tak pakai krim ,nampak bersih sehingga ke malam,dan muka nampak bersinar,

Caranya adalah dengan hanya menyapukan rumpai laut ni ke wajah sehingga kering,boleh juga dibawa tidur,kalau saya bawa tidur je,hehe.

Keesokkan harinya basuh muka dengan pencuci muka ataupun nak lagi berkesan,basuh muka dulu dengan air suam kemudian barulah boleh sapukan rumpai laut ni ke wajah supaya pori-pori muka terbuka dan khasiat rumpai laut tu meresap ke dalam kulit.

Apa yang hebatnya mengenai rumpai laut ni kerana ia mengubati luka dari dalam cth luka-luka jerawat tu,bukan macam produk kecantikan yang hanya mengubati luka dari luar tetapi tidak dari dalam kulit,


Jadi tak rugi mencuba rumpai laut ni,saya dah cuba,anda bila?

Ini adalah hasil setelah lebih 4 bulan menyapukan rumpai laut ni dan mengamalkannya.

Oh ok malas nak rotate hihi,sengetkan kepala kalau nak tengok,Tanpa edit dan tanpa mekap ye,
Untuk gambar sebenar dirahsiakan...


2 comments:

norhasnizakhalid said...

mama makan 2 bulan jer, lepas tu try buat sendiri, mak aii bau dia mama tak lalu..

last2 seperiuk buang dalam tong sampah.. hihi

Izza Sakura said...

Yke ruginye

Designed By Izzasakura