Breaking News

Petua di dapur

Cara penyimpanan bahan masakan seperti daging ayam ,sayuran serta buah-buahan amat penting bagi mengekalkan kesegarannya swrta memastikan ia tahan lama.

Kali ini saya kongsikan petua-petua yang amat penting ketika di dapur.

Panduan penyimpanan sayur dan daging
1.Memastikan udang tahan lama
Campurkan udang dengn perahan air limau nipis kemudian simpan di dalam peti sejuk

2.Hilangkan hanyir ayam & daging
Ambil sedikit tepung gandum kemudian beberapa helai daun limau purut ,kemudian ramas bersama ayam & daging.

3.Cuka menyegarkan sayur
Cuka bertindak menyegarkan sayur dan membuang kotoran pada sayur dengan merendam sayur bersama sedikit cuka,

Panduan memasak
1.Hilangkan pahit peria
Potong peria dan rendam bersama air mengandungi garam halus

2.Segarkan tauge
Lebihan tauge yang tidak habis digunakan perlulah disimpan di dalam bekas berisi air serta masukkan asam keping dan simpan

3.Elakkan lemak sup terkumpul
Ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain bersih



4.Melembutkn daging
Campur beberapa helai daun nangka dalam masakan.Tekstur daging aan menjadi lembut dan mudah dimakan

5.Elakkan ikan melekat di kuali
Ambil asam keping dan biarkan digoreng bersama ikan tadi

2 comments:

Cik Yana said...

baru ku tahu tepung gandum bersama daun limau purut boleh diguna untuk hilang hanyir ayam. boleh cuba tips ni. :D

Izza Sakura said...

yana:boleh je hehe,cuba jgn tkcba

Designed By Izzasakura