Breaking News

Tips design header blog

Hai semua,lamanya tak update,sibuk siapkan tempahan 4 blog sekaligus dari minggu lepas lagi kan,memang penat juga nak perah idea untuk buat design...

Tiap hari menghadap design,rasa jemu pula..

Jadi hari ni meluangkan sedikit masa untuk menaip entri mengenai pemilihan design header.Boleh dikatakan saya masih lemah lagi mengenai design ni,tapi untuk header ni,tak perlu mempunyai bakat yang tinggi dalam photoshop,cukup hanya untuk pengetahuan asas sahaja .

Di bawah saya senaraikan tips design header.

1.Typhography...
Apa itu typography?typhography ni penting dalam membuat header kerana ia merupakan susun atur gambar dalam header terutamanya untuk yang suka meletakkan banyak gambar dalam header.Macam rumah kita juga.perabot banyak tapi tak pandai susun ,mesti nampak serabut dan tak cantik kan



Contoh :

2.Warna


Warna ni memang sangat penting jadi tak ada la header kita hitam putih je,pilih warna yang agak sedikit lembut,untuk header yamg colourful memang nampak cantik tapi saya rasa boleh pilih warna pastel .kerana warna colourful ni kadang2 boleh sakit mata kalau terlebih terang.

3.Tulisan
Untuk tulisan header ni tak perlu tulisan yang terlalu fancy sampai susah nak baca,cukup pilih tulisan yang cantik tapi tak terlalu fancy,fancy ni maksudnya tulisan yang terlalu banyak hiasan.

4.Gambar
Ni part yang paling penting dimana saya selalu je mengadapi masalah customer yang suka bagi gambar kabur untuk diletakkan di header,Sebenarnya gambar yang kabur ni nampak tak cantik kerana mainan warna di header ni lebih menonjol dari gambar tersebut,jadi semasa memilih gambar tu pastikan gambar tu nampak cantik dan tidak kabur.

5.SKetch/lakaran
Memang susah kan bila kita nak buat header tapi tak ada idea?jadi bila rasanya idea tu datang cepat2 sketch dulu atas kertas ,kemudian baru aplikasikan di photoshop bagi saya memang akan praktikkan cara ni bila dh kering idea sangat.

Ok itu saja entri untuk hari ni,

3 comments:

dina said...

bagus la tip ke 5 tu . saya belum cuba yang tu . nice info . terima kasih ye :D

Asma' Sah said...

Nice info :D

✿INA AINAA✿ said...

nice sharing maz.. betul tu, semua tu jadi salah satu faktor org berminat dengan blog kita

Designed By Izzasakura