Breaking News

Misteri di Tasik Bera bahagian 3

Kisah mengenai dua orang adik beradik silakan baca ye,harap tak bosan sebab cerita ni memag panjang



Ceritanya bermula begini 2 adik beradik sedang mencari ikan di tebing sungai ,pendapatan mereka pada hari tersebut sangatlah lumayan. 

Kerana terlalu khusyuk mereka mencari ikan si adik berasa pelik kerana abangnya tidak kelihatan walhal mereka tidak berjauhan ketika mencari ikan...memanggil nama abangnya yang langsung tidak bersahutan .maka ternampak lah olehnya sebuah lubang yang besar .tanpa membuang masa beliau terus masuk kedalam lubang itu ,mungkin saja abangnya ada didalam .

 Semakin lama semakin kelam dan gelap lubang yang besar itu dan makin sempit hingga beliau terpaksa merangkak didalam air yang penuh dan lumpur serta bau hanyir ular.. bau hanyir ular ?? beliau sudah agak mungkin saja abangnya menjadi mangsa ular besar tersebut.Dengan penuh dendam beliau terus mengekori dan menyusup ke dalam lubang tersebut dengan dendam ingin membunuh ular tersebut selama 3 hari beliau mengekori dan menyusup ke ketika beliau menyusuri lubang tersebut beliau terlihat akan cahaya dari lubang dihadapannya ketika itulah dia mendengar suara orang kampung dan bunyi ayam denak/ayam hutan sedang mengais mencari makanan . 

Menggunakan keris yang dibawanya dia terus mengorek dan keluar dari lubang tersebut ..orang kampung kehairanan dan beliau menceritakan segalanya kepada orang kampung . Dengan bantuan orang kampung mereka mencari batang kayu yang panjang yang telah ditajamkan setelah sarang ular itu berjaya dikesan maka dia dan orang kampung serta merta menikam ke arah lubang dengan cara memasakkan kayu2x tajam tersebut terus ke sarang ular tersebut .

Si adik dan beberapa orang kampung turun ke dalam lubang tersebut untuk memastikan ular tersebut mati ,dan usai sudah dendamnya ke atas kematian abangny.kawasan pulau buntar adalah kawasan yang paling keras dan keramat di penuhi dengan jin kerana ianya tempat pembunuhan ular tersebut .ketika dulu adalah amat dilarang barang siapa pun pergi ke kawasan itu kerana akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti contoh tersampuk atau mendapat penyakit yang ganjil dan misteri yang boleh mengakibatkan maut. 

                                     
Satu cerita di mana penduduk kawasan kampung berdekatan dengan tempat itu ( sebelum resort dibina) sedang memancing ikan berdekatan kawasan tersebut .Sedang leka memancing beliau ditegur oleh satu suara yang bertanyakan " oiiii erei gie khom cereh ?? " = oii banyak ke dapat ikan?? lalu dia menjawab " erei nya!!" = banyak jugak!! ketika balik ke rumah dia terus rebah dan meninggal dunia terus.... tapi setelah persona lake resort di buka dikawasan pulau buntar tersebut sedikit demi sedikit keramatnya dan kekerasannya sudah berkurangan ...

jangan takut sebab sekarang dah takde cumanya jangan bercakap besar dan buat perkara yang tidak elok di tempat sebegini ye,

 BERSAMBUNG

3 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

teringin la nak pergi tasik bera... memandangkan ena study kat kuantan ni.. huuuuuuuuuuuu

siti zawiah said...

seram..

cik yaya said...

oh macam tu...nak lagi nak lagi

Designed By Izzasakura