Breaking News

Perubahan selepas menggunakan rumpai laut



Salam sejahtera semua,hari ni nak berkongsi dengan semua mengenai perubahan selepas saya minum rumpai laut /seaweed baru 3 hari tapi kesannya dah nampak dah.Gambar kat atas tu sebenarnya rumpai laut berwarna ungu gred AAA gred yang paling elok la untuk kesihatan dan kecantikan kulit.Baunya pun agak sedikit hsnyir biasalah dari laut kan,tapi kalau nak cantik+sihat ,tahan je la hihi

Saya beli rumpai laut yang dah siap masak jadi cuma perlu letakkan dalam peti sejuk aje tapi jangan letakkan kat bahagian atas pula,letak kat bahagian bawah ala macam agar-agar je bentuknya.

Perubahan yang dapat saya rasakan bila bengkak di gusi semakin surut yang menyebabkan saya susah sangat nak mengunyah makanan sekarang sudah masuk hari ketiga bengkak pun dah sembuh,gusi tak lagi berdarah ketika memberus gigi

Pembuangan yang lawas,kiranya setiap hari pergi toilet,bibir tak lagi mengelupas macam dulu,moist je,untuk kulit muka pula cuma buat masker tiap2 malam ,bergantung pada kita ,ada yang sapu kemudian basuh selepas kering ,boleh juga dibiarkan semalaman ,pagi esoknya baru basuh.Muka kelihatan tegang dan bersih selepas guna.Rumpai laut ni boleh diamalkan bersama vitamin c untuk kesan yang lebih cepat .Kat rambut pun boleh letak

Kadang-kadang mungkin kita susah nak bangun pagi kan dan selalu lambat tidur tapi bila dah amalkan rumpai laut ni hasilnya badan terasa segar dan bangun pun awal juga.

Untuk pengetahuan semua,saya ada juga membaca dari forum mengatakan ada antara kita yang mengalami alahan rumpai laut ni jadi berhati-hati pada siapa yang mengambil rumpai laut ni kot2 badan tak serasi kan.bila muncul gatal-gatal di lengan.Jangan lupa jumpa doktor ye.

Ada juga pengguna rumpai laut ni mengalami tindakbalas positif contohnya seperti sakit2 sendi ,pening ,dan sebagainya itu bermakna rumpai laut tadi sedang membuang toksik di dalam badan,jangan berhenti terus je makan.

Untuk mengamalkan rumpai laut ni kena rajin ye,jangan malas2 kalau malas macammana nak berkesan.

Perkongsian saya untuk malam ni.goodnight hehe

6 comments:

cik didiey said...

byk rupanya khasiat rumpai laut ni ye??akak selalu dengar tp xpernah nk mencuba :)

psst~~wah!!! dia dah tukar design blog..comel!

Puteri Kasih said...

puteri lom pernah mencubanya lagi :)

Syafiq Muhammad said...

ASSALAMUALAIKUM , JOM SERTAI G.A BESAR-BESARAN BY O.S.M . HADIAH TOP REFERRAL HAMPIR RM150++ DAN TERDAPAT BANYAK LAGI HADIAH . JOM JOM . TAG RAMAI2 . ANDA JUGA DI TAG #55
LINK TAGGING :
http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
LINK G.A :
http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini sedang diadakan sehingga 30 mei. Jangan lupa follow jg ye.. :)

Terima kasih
~Hijab Valley~
http://hijab-valley.blogspot.com

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

veesandii said...

assalamualaikum ... saya dah mkn hampir sebulan . kulit jadi lembab dan lembut . tapi mak saya tak tahan . dia ceret beret jer memanjang . kesian lak .

Designed By Izzasakura