Breaking News

Design blog Aisyah

Selamat petang

Aisyah ni newbie juga,baru berblog tahun ni,bayaran 20 ringgit jadi template kenalah cantik,Ingatkan aisyah ni tua sikit dari saya,rupakan kitaorang sebaya,hehe

Mula-mula berbincang tu,aisyah nak template warna hijau lembut,teal dengan purple ,tapi akhir-akhir tu tukar jadi oren hijau ,tapi tukar lagi dan akhirnya memilih warna oren purple,jadi betapa susahnya saya sebagai seorang designer ni memenuhi kehendak pelanggan.

Memang bukan senang,aduh rasa nak berhenti buat design pun ada.
Setiap kali buat design,macam ni lah kerja saya,bila dah buat,then kena tunjuk kat customer,memang rasanya bazir masa juga,tapi apakan daya,tinggal 3 blog lagi kena buat ni.



Pening juga fikirkan kombinasi warna yang menarik dan akhirnya berjaya juga

Tengok sini 

Follow dia sekali ye

         
Read more ...

Tanda-tanda badan mempunyai toksin berlebihan

Selamat malam,ini adalah entri mengenai kesihatan,mungkin tak ramai yang mengambil berat mengenai kesihatan dalaman yang sangat penting.
Toksin diibaratkan racun dalam tubuh badan dan ia merosakkan fungsi tubuh badan kita.

Kali ni saya kongsikan sedikit pengetahuan yang saya tahu mengenai tanda-tanda badan yang mempunyai toksin yang sukar untuk dielakkan tetapi kita boleh mengamalkan supplemen tertentu untuk detox

Oleh itu ,penjagaan usus sangatlah penting

Simptom-simptom toksin berlebihan
1.Susah bangun tidur,gelap di bahagian keliling mata ,lenguh-lenguh badan
2.Jerawat,ekzema,perut kembung,perut buncit,sakit sendi.kurang bertenaga,lemah daya tumpuan
3.Lemah daya ingatan,
4.Masalah sinus,sakit kepala,badan berbau,nafas berbau,
5.Sering letih tanpa sebab.
6.Berat badan naik
7,Bahagian kulit yang lebih gelap di kawasan lain.
8.Sakit sendi,




Bayangkan jika usus anda begini?ngeri nya.

Untuk pengetahuan semua,perut yang buncit merupakan sarang penyakit.


Punca-punca toksin adalah pencemaran alam sekitar,racun serangga ,makanan dan minuman

Jadi jagalah usus anda dengan baik,kerana kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman anda

Semoga mendapat manfaat ya..
Read more ...

Design blog cik bunga

Cik bunga seorang newbie,masih baru dalam dunia blogging,

Tema blog biru+Pink soft dan semestinya kena ada bunga ,

Customer yang tak banyak karenah,hihi

Full template








Read more ...

Review produk safi

Hai semua,dah berhabuk dah blog ni,fuhhh...banyaknya labah-labah..eh rama-rama pun ada,hihi

Kali ni nak berkongsi mengenai produk safi ni ,saya guna dua produk safi iaitu safi sari gamat dan safi lidah buaya.Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai sari gamat ni.kita cerita dulu mengenai safi lidah buaya.

Kelebihan safi lidah buaya

Ini adalah pelembap muka safi lidah buaya.Pelembap muka ni sangat penting dalam penjagaan wajah terutamanya untuk kulit yang berminyak dan juga kering.Untuk pengetahuan anda,semasa membasuh muka,muka akan jadi lebih kering kerana minyak semulajadi tadi telah hilang jadi penyelesainya selepas membasuh muka,hendaklah memakai pelembap agar wajah sentiasa lembap.
Sangat berkesan untuk saya.Muka jadi lebih putih dan gebu.


Krim kecantikan ni 3 dalam 1 kerana ia berfungsi sebagai foundation dan juga sebagai krim untuk mencerahkan kulit ,mengurangkan bintik hitam & mengurangkan parut jerawat.Saya pernah guna tapi jarang juga la,sebab rasa melekit pula bila pakai .Nasihat saya cuma jangan pakai banyak sangat krim ni




Penting ke toner?Okay sebenarnya toner ni sangat2 penting kerana selepas membasuh muka semestinya masih ada lagi kotoran yang melekat di muka kan?jadi boleh gunakan toner untuk nenanggalkan kotoran serta mekap .Toner ni membantu menyegarkan kulit dan merapatkan pori-pori kulit.



Pelembap muka sari gamat,saya baru je beli minggu lepas,pelembap ni memang terbaik sebab bila pakai rasa sejuk dan ringan ,tak melekit serta cepat meresap.membantu mengawal sebum iaitu minyak yang berlebihan pada muka,mengecutkan jerawat dan mencerahkan kukit muka.Bau pun harum je.

Ok la itu je entri hari ni,semoga dapat manfaat.

#update tahun 2016,saya dah tak pakai krim safi ni lagi.sekian terima kasih
Read more ...

Design blog miratul

Hai semua,sudah lama blogku ini tidak berupdate kan,disebabkan kesibukan menyiapkan tempahan edit blog untuk full template blog miratul reyyah.

Lama juga nak menyiapkan blog ni sebab banyak sangat kena adjust,huhu tapi takpelah asalkan tuan blog dia puas hati.

Tema ni just simple tapi cantik,erm boleh la kot,pink terang dan biru terang juga,Miratul nakkan header yang ada kerawang gitu,

Okla jemput follow dan lawat blog dia,SINI Miratul 


So camne?cantik tak?Pendapat...pendapat...


Untuk yang ingin menempah boleh pm saya di fanpage blog cik maz atau emel di damisya.maya@yahoo.com

serious buyer only....
Read more ...

Tutorial edit header baru

Hai semua,perasan tak bila korang tukar header,header tu akan jadi camni?Jadi penyelesaiannya korang takleh upload header kat Pageelement lagi,kena guna edit coding pula,susah kan?



Header saya yang mula2 bersih suci,tiba2 terkena jangkitan hitam pula dia,stress juga dibuatnya,


                                          Wow,sangat buruk jadinya

Mula2 korang dah save as png tapi bila upload jadi hitam pula kan,jadi di sini cara penyelesainnya

Coding ni sesuai untuk minima template dan denim shaja.Template lain kurang pasti

 1.Cari kod #header-wrapper { 

2. Paste kod ni bawah kod no 1 background:transparent url(URL HEDER) no-repeat scroll 0 0;
border-bottom:0px solid #A6A6A6;
height:90px;
margin-bottom:-13px;
width:936px;
}

3. Yang warna ungu tu korang ubah ikut width:lebar blog dan  height:tinggi header manakala kod URL HEDER  tu tukar kepada url imej korang ok,

4.Preview >save template

Kalau tak faham tanya la ye




Read more ...

Perubahan selepas 2 minggu menggunakan PMC



Hai semua,kali ni saya nak berkongsi dengan semua mengenai perubahan selepas 2 minggu guna pmc(pure marine collagen)

Perubahan ni tak ada lah ketara sangat tapi saya leh nampak kesan tindakbalas pmc ke atas badan saya bila masa tu kelam-kabut ikut pakcik pergi melaka atas urusan ,saya pun dengan senang hatinya tak ambil sarpan pagi tu,bukan sebab berdiet tapi tak sempat hihi,masa dalam kereta lalu jalan tampin,rasa pening kepala sangat2,pastu batuk last2 termuntah.ish2 habis baju kena muntah,tapi muntah sikit je,mungkin sebab tak minum banyak air

Bermula dari hari tu juga,saya kena cirit-birit tak teruk sangat berlanjutan sampai 4 hari macam tu,kemudian bercakap dalam hati esok nak stop minum dulu pmc ni tapi keesokan harinya,cirit-birit dan rasa sakit perut tu dah hilang dh,mungkin pmc tu sedang bertindak balas membuang pelbagai toksin kot,hihi

Mengenai datang bulan pula,saya tak menghadapi masalah sangat cuma saya nak berkongsi la pada wanita2 tu,kalau ada period pain,boleh amalkan pmc ni,dan ada juga dibaca laman web ,darah haid yg hitam tu maksudnya darah haid yang kotor dan kalau darah tersebut tidak dikeluarkan ia akan menjadi ketulan

Untuk kulit pula terasa lembut dan kurang minyak,dan tak terasa kasar ..
Rambut lembut je,
Ok la tu je,semoga dapat manfaat ya..
Read more ...

Freebies brush bunga

Freebies ni boleh dibuat sebagai header pun boleh,ikut kreativiti ,komen dulu sebelum ambil

Khas untuk followers saya je,




Read more ...

Mini Segmen DIS

                                    Tekan banner untuk maklumat lanjut
HADIAH

   
Hello Kitty Spectales  ::  1 pemenang and Bracelets : 1 pemenang   ( Saguhati )
 Vintage Necklaces Mustache :: 1 pemenang                                           
 IPhone 4:: 1 pemenang                                                                                     
 Sweater Bunny Hoodies : 1 pemenang      
                                                 
Read more ...

Design blog simple


Selamat pagi semua,selamat hari guru pada semua guru2 dan kali ni bukan bercerita pasal hari guru tapi mengenai blog yang saya design ni,sebenarnya dua hari je masa yang peruntukkan untuk design blog kak anim ni,cepatnya kan?sebab blog dia ni simple je

Akak ni sebenarnya pemenang segmen saya bulan 3 ke camtu,huhu sory ye kak,sebab masa tu susah sangat nak contact akak ni,laptop pula rosak jadi tertangguh la design dia.nasib baik akak tak marah hihi.

Mengenangkan janji saya tu,maka saya pun minta pswod dan emel akak,

Akak ni nak tema biru hijau dan gambar header tu gambar wedding akak yang sangat sweet .memang sesuailah dengan tema blog dia.

Harap akak anim suka dengan design saya yang tak seberapa ni,akak anim pun beruntung sebab masa bulan 4 tu saya tak reti lagi coding2 cmni,tapi sekarang dah belajar sedikit demi sedikit,hihi

Hasil screenshoot

                                 

                                               Tekan untuk maklumat lanjut
            
Read more ...

Misteri di Tasik Bera bahagian 3

Kisah mengenai dua orang adik beradik silakan baca ye,harap tak bosan sebab cerita ni memag panjang



Ceritanya bermula begini 2 adik beradik sedang mencari ikan di tebing sungai ,pendapatan mereka pada hari tersebut sangatlah lumayan. 

Kerana terlalu khusyuk mereka mencari ikan si adik berasa pelik kerana abangnya tidak kelihatan walhal mereka tidak berjauhan ketika mencari ikan...memanggil nama abangnya yang langsung tidak bersahutan .maka ternampak lah olehnya sebuah lubang yang besar .tanpa membuang masa beliau terus masuk kedalam lubang itu ,mungkin saja abangnya ada didalam .

 Semakin lama semakin kelam dan gelap lubang yang besar itu dan makin sempit hingga beliau terpaksa merangkak didalam air yang penuh dan lumpur serta bau hanyir ular.. bau hanyir ular ?? beliau sudah agak mungkin saja abangnya menjadi mangsa ular besar tersebut.Dengan penuh dendam beliau terus mengekori dan menyusup ke dalam lubang tersebut dengan dendam ingin membunuh ular tersebut selama 3 hari beliau mengekori dan menyusup ke ketika beliau menyusuri lubang tersebut beliau terlihat akan cahaya dari lubang dihadapannya ketika itulah dia mendengar suara orang kampung dan bunyi ayam denak/ayam hutan sedang mengais mencari makanan . 

Menggunakan keris yang dibawanya dia terus mengorek dan keluar dari lubang tersebut ..orang kampung kehairanan dan beliau menceritakan segalanya kepada orang kampung . Dengan bantuan orang kampung mereka mencari batang kayu yang panjang yang telah ditajamkan setelah sarang ular itu berjaya dikesan maka dia dan orang kampung serta merta menikam ke arah lubang dengan cara memasakkan kayu2x tajam tersebut terus ke sarang ular tersebut .

Si adik dan beberapa orang kampung turun ke dalam lubang tersebut untuk memastikan ular tersebut mati ,dan usai sudah dendamnya ke atas kematian abangny.kawasan pulau buntar adalah kawasan yang paling keras dan keramat di penuhi dengan jin kerana ianya tempat pembunuhan ular tersebut .ketika dulu adalah amat dilarang barang siapa pun pergi ke kawasan itu kerana akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti contoh tersampuk atau mendapat penyakit yang ganjil dan misteri yang boleh mengakibatkan maut. 

                                     
Satu cerita di mana penduduk kawasan kampung berdekatan dengan tempat itu ( sebelum resort dibina) sedang memancing ikan berdekatan kawasan tersebut .Sedang leka memancing beliau ditegur oleh satu suara yang bertanyakan " oiiii erei gie khom cereh ?? " = oii banyak ke dapat ikan?? lalu dia menjawab " erei nya!!" = banyak jugak!! ketika balik ke rumah dia terus rebah dan meninggal dunia terus.... tapi setelah persona lake resort di buka dikawasan pulau buntar tersebut sedikit demi sedikit keramatnya dan kekerasannya sudah berkurangan ...

jangan takut sebab sekarang dah takde cumanya jangan bercakap besar dan buat perkara yang tidak elok di tempat sebegini ye,

 BERSAMBUNG
Read more ...

Pecahan Kaum orang asli di Malaysia

Hai semua,bersambung lagi mengenai kaum orang asli di Malaysia,Suku kaum asli ini dipecahkan mengikut 3 kategori,setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan masing2,bukan semua bahasa sama ok,


Negrito

[sunting]Senoi

[sunting]Melayu Proto

                          
                                               Rumah pada zaman dahulu,sekarang jarang nak tengok rumah camni

Lihat betapa ramainya suku kaum orang asli ni kan,yang saya boldkan berwarna hitam itu adalah kaum saya ,mengikut pecahan kumpulan melayu proto,Melayu proto ini bermaksud melayu asli,

Saya pun kurang mengetahui asal-usul orang semelai ni,sebab ada yang mengatakan kaum semelai datangnya dari  keturunan Batin Paduka Alam  yang mempunyai kuasa sakti,mengikut cerita orang tua2 dulu,dan kuam semelai merupakan keturunan ketujuh.

Ada juga yang mengatakan dulunya kaum asli sebenarnya meganut agama islam,tapi sekarang tidak lagi,ada juga mengatakan kaum ini berasal dari negeri2 lain kemudian tinggal secara tetap,dan berasal dari golongan raja2,

Kaum semelai ni tidak banyak bezanya dengan orang melayu,ada yang berkulit cerah,hitam manis,ada yang berkulit putih seperti orang cina kerana kebanyakan orang asli di tempat saya kahwin dengan orang cina pada zaman dahulu setelah berakhirnya kejadian komunis dulu,


Read more ...

Segmen Bloglist by WanMuna

Join segmen yang awesome ni
Tekan banner untuk maklumat lanjut

Tamat pada 13.05.2013 pukul; 9 malam

Hadiah menanti anda 

Wow,banyak sangat hadiah menarik kan,jom join ye
Read more ...

Misteri tasik bera bahagian 2

Sesiapa yang belum baca lagi ,ini adalah sambungan dari entri sini ye,

           

Lubuk chenderoh merupakan tempat yang sangat keramat dan misteri,lubuk ini terletak di tasik bera.Lubuk ni bukan setakat buaya je tinggal,macam2 ada makhluk misteri dekat sini salah satunya ialah ular besar lagi besar dari anaconda.

Apabila melalui pulau ini dengan bot,anda akan melalui satu tempat roundbout iaitu pulau kercut( sejenis tumbuhan tasik ) memang besar jika banjir ia tidak tenggelam dan tidak pulak bergerak ke mana2x.

Pada ketika itu,seorang lelaki sedang memancing ,sedang beliau memancing,tersa seolah-olah perahunya ditarik dan air menjadi deras tetapi dia membiarkan sahaja perahunya mengikut arah air tersebut sehingga merempuh kawasan kercut tadi,barulah beliau bangun dan melihat apa yang membuatkan air menjadi deras,rupanya seekor ular besar sedang menyedut perahu dan dirinya lalu dia terjun ke dalam kawasan kerjut tadi dan memanjat pokok,

Manakala ular tadi hilang sekelip mata beserta dengan perahunya 
Misteri kan?hehe

Jadi pada yang suka memancing ataupun berkelah di kawasan2 tasik bera ni,jaga percakapan,kiranya jangan cakap besar.bahaya nanti,,


Bersambung,jangan biarkan misteri menyelubungi anda.......

Read more ...

Percubaan membuat vector

Buat vector guna paint tool sai,
                                                           
                                                         Gambar asal

Sedikit cacat sebab muka dia nampak berisi pula,hehe.

Apa pendapat korang pula?

Read more ...

Misteri tasik bera


Selamat pagi ,,
Memandangkan ada antara blogger kita berminat nak mengetahui tentang asal-usul di kawasan petempatan dan budaya kaum saya ,Saya akan ceritakan serba sedikit ye,sebab kalau dah cerita dari a-z memang tahun depan baru habis hehe.

Bermula dari kisah tasik bera dulu ,banyak sangat kisah misteri di tasik bera ni,semua pun dah tahu kan tasik bera ni merupakan tasik terbesar di malaysia ,cuma misteri di tasik bera yang pernah terjadi dahulu kala belum pernah didengari lagi ,

Misteri dongeng di tasik bera ni ialah mengenai
1.Pulau buntar iaitu kawasan paling misteri dimana seorang pemuda telah membunuh ularbesar yang mengorbankan abangnya menggunakan kayu tajam dan kayu tu pun masih ada lagi sampai sekarang tapi dinasihatkan jangan pergi ke trmpat tu sebab banyak jin...

2.Lubang ular yang ditutup dengan tong dram tapi sekarang ni dah takde ,sebab orang tua dulu2 cakap ular tu dah tembus kat tasik chini dan panjangnya kira2 6 kilometer

3.Ikan yang bersambung di bahagian ekor .kembar siam tapi bila photographer tangkap gambar ikan tu takde pun.

4.Kisah naga bersisik emas

5.kisah ular besar yang menjadi sebutan apabila ular tersebut menjelmakan diri semasa banjir

Itu je yang dapat saya ceritakan buat masa sekarang ni ,sebenarnya banyak lagi dalam 5 lagi tapi malas pula nak menaip hihi,,,


BERSAMBUNG...
Read more ...

Tiba masanya untuk mendedahkan identiti sebenar


Salam sejahtera semua .urm ramai kan di antara korang yang tak tahu siapa saya,cuma tahu nama kat blog je kan ,gambar tuan blognye tak ada pula terselit tergantung kat mana-mana,hihi

Saya pun dah lama berblogging dari tahun lepas lagi tapi tu la mungkin belum tiba masanya nak dedahkan gambar tuan empunya blog ni,hihi malu katakan

Kalau ada yang perasan bahagian about me di sidebar saya ada menaip indigenous semelai people yang bermaksud saya bukan muslim,saya kaum asli semelai jadi minta maaf la yek pada yang rajin2 tag saya ajak join segmen bagai tu ,saya akan tengok dulu hadiahnya apa baru saya join.jangan cakap saya sombong pula sebab tak nak join ,

Mungkin agak janggal bagi korang mendengar perkataan kaum saya tu tapi harapan saya agar korang hormat saya juga ye,saya pun manusia.sama macam awak-awak semua yang comel belaka ni.

Kalau ada soalan apa-apa mengenai saya,silakan tanya..jangan malu meow2 yek,

Selamat berkenalan semua...
Read more ...

Petua hilangkan sengugut

Salam sejahtera semua ,kali ni nak memberi sedikit tips menghilangkan senggugut yang terjadi di kalangan perempuan,ada antara kita membiarkan sahaja dan ada juga yang mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kesakitan ketika dot..dot ni kan,

Penyakit sengugut ni akan datang bila pertama kali datang bulan,cara untuk mengurangkan kesakitan ini adalah menggunakan kaedah tradisional ,Bahaya kalau dibiarkan begitu sahaja kerana ia juga akan menyebabkan kita pengsan ,badan juga terasa lemah oleh kerana pada masa itu kita kekurangan darah..
                             
Cara pertama ,
1.Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam,kemudian tambahkan air,minum seperti biasa,halia akan membantu kurangkan kesakitan dan membuang angin dalam badan..

2.Minum air teh pahit tanpa gula

3.Ambil daun sirih dan serai wangi kemudian rebus dan minum airnya.

4. Petik daun betik ,tumbuk dan airnya diminum setiap pagi sehingga senggugut hilang
Read more ...

Freee header hello kitty

Oh hello kitty yang comel,siapa yang minat hello kitty?

Kali ni nak bagi freebies hello kitty untuk korang semua,sebagai penghargaan,ambik la ye,jangan malu-malu ,

Header simple je ni

save image as >download

Size sebenar 1000x500 nanti adjust ye kalau lebar sangat




Read more ...

Review blog alyaa najlaa

Seorang blogger muda mudi,hehe muda lagi dari saya,perasan sekejap diri ni dah tua,hehe

       
                                                       Peminat lee minhyuk

Alya ni peminat blogskin manakala saya ni bukanlah peminat blogskin,sebab banyak juga kekurangan blogskin pada pandangan saya la,

Tulisan pun agak pudar,saiz kecil je,susah nak baca bagi orang yang mengalami masalah rabun tu,,dan blogskin ni saya jarang jumpa di google ,,mungkin code seo pun tak ada,dan search engine susah nak cari tapi ni cuma pandangan saya je ok,bergantung pada individu tu nak nilai macam mana

Blog alyaa ni kemas dan semestinya ringan sebab guna blogskin kan,cuma kalau boleh tulisan tu bagi clear dan besar sikit ok,dan untuk pemilihan background pun agak suram je,jadi lebih baik pilih background yang terang dan mwujudkan suasana ceria,

jemput follow blog alyaa yek,ada giveaway ,hadiah pun awesome sangat
,                                        

                                      http://ordinaryalyaa.blogspot.com/

Read more ...

Freebies icon menu tab dan header

Kali ni nak buat freebies untuk menu tab,sesiapa yang malas nak buat,boleh je ambil freebies ni tapi bagitahu  dulu kat komen ok..


                                              Size 200x50 ,,boleh adjust ok,cuma ada dua colour je,hihi.

Untuk dapatkan imej gambar cuma save image as n download  kemudian tulis la pape yang nak letak kat menu tab tu ye,,

Yang ni header..
size 900x500

save image as n download 



Read more ...

Berwajah baru lagi


Salam sejahtera semua,di kala mood kerajinan datang .blog pun nak tukar baju baru ,memandangkan tema blog warna pink+grey tu tidak menepati cita rasa si empunya diri.

Nak minta pendapat korang semua,ok tak baju baru blog ni?takut ada part yang menggangu kan,tapi rasanya tak ada kot.hehe

Header tu header lama cuma bahagian yang ditukar dari segi tab menu ,sidebar ,post title tak sempat nak buat,senang juga nak buat sebab dah biasa dengan coding.

Untuk menempah sila emelkan di damisya.maya@yahoo.com atau di fanpage /my facebook je ..

Tema blog ni berwarna biru ..

Ok bubye..
Read more ...

Header baru versi comel

Salam sejahtera semua,terdetik di hati nak tukar header baru memandangkan header yang lama tu simple aje kan,so kita bagi la kreativiti sikit ,,yang penting penggabungan warna yang lembut dan sesuai,penggabungan warna ni memang penting sebab header merupakan satu tarikan dan simbol sesebuah blog,kali ni berjaya juga gabungkan warna-warna yang lembut,tidak tertumpu pada satu warna sahaja

Header lama versi simple tapi comel,,hehe perasan

                                    Recycle semula dan bagi nampak kreatif sikit,kreatif ke???

EH..EH.,EH fanpage pun kena ada timeline jugak tau,

       
tadaaa,,,,,,comel tak  kak ton?iklan kejap
Read more ...

Design blog lagi

Biar gambar menceritakan segalanya,malas nak menaip.hehe,


                                                   Header -dah berapa kali duk tukar2,hehe

                   Tema awal blog kak zie ni sebenarnya hijau+pink tapi tiba-tiba jadi pink+kelabu pula,
post title and border di sidebar..Perhatian ye jangan pilih sidebar yang cmni,memang hampir putus asa bermain dengan coding dan photoshop bagai,huhu,

Footer yang sangat simple je



Actually blog ni maybe campur blogshop dan personal kot,mula-mula untuk background blog sebelum diedit warna purple dark,ditambah dengan header pun purple so blog dia pun agak gelap+kusam+tak bermaya hehe jadi saya pun dengan baik hatinya tukar semua biar nampak elegant gitu,barulah bersesuaian dengan tema blog kak azie ni,


AMARAN ye,design di atas adalah hak saya,jadi jangan cuba meniru karya orang lain,gunakanlah karya anda yang tersendiri.itulah namanya titik peluh kita sendiri kan,,kan ,,

bye
Read more ...
Designed By Izzasakura